Macam biasa, beberapa blog berita yang selalu aku lepak dah update cerita terbaru tentang isu Guru kena tembak. Kali ini, dah TIGA kali kes guru kena tembak yang masuk dalam surat khabar. Yang tak masuk dalam surat khabar tu, tak payah lahh nak cerita kan. Kalau dah sampai TIGA..ngeri juga keadaannya tu..
Soalan aku kepada penembak.
“Kenapa hang tembak cikgu tu?”
Biasanya, benda-benda macam ni berlaku disebabkan bermotifkan tertentu. Sama ada kes balas dendam, kes hutang tak bayar atau memang ada usaha untuk menjatuhkan guru-guru lelaki yang kacak seluruh dunia.
Senarai nama mangsa. (Kot-kot korang kenal..)
- Mat Zaki Hashim, 35 (Pasir Mas)
- Hashim Mat Zin, 43 (Bachok)
- K. Shanmugam, 45 (Penang) – TERBARU
KIRA-KIRA pukul 12.25 petang tadi, seorang guru,K. Shanmugam, 45, memandu dari rumahnya di Taman Bidara dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Bagaimanapun ketika tiba di Simpang Empat Keladi, dia ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali.
Dia mati akibat tembakan tersebut.
Peluru yang dilepaskan sebelum itu kena pada bahagian kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandunya.
** Aishh..apa la nak jadi sekarang ni. Mudah sungguh nak tembak-tembak. Ingat main Polis Entrriiii want to jagaaa ke??
8,268 total views, 1 views today
Mana dia dapat senjata api tu ha..aku nak gak la. haha
kurangla cikgu kat Malaysia ni nanti
tembak la tupai ke ape
cikgu plk mangsanya
adoi
mgkn ciktu tu ada masalah
Hal serius ni..
keamanan & keselamatan negara malaysia sudah tidak terjamin…
udah macam kat dalam tv tu dah jadinya..ohoho
Bahaya ni.. apa la motif dorang erk..
semua cikgu yg ditembak tu lelaki…adoi…bahaya bahaya…yg pompuan kena tembak..x masuk berita la ye
Macam2 sekarang ni kan, Erm makin kuranglah cikgu lelaki :mrgreen:. Mungkin penembak ni anti dengan polis kot,Ehhh! mungkin juga mereka suka main Polis Entrii Want to Jaga tu, 🙄
Takpe kita masih aman lagi. Takde perang, boleh makan cendol hari-hari kira ok la tu. 3 Orang tu cuma kes terpencil.. hahahaha.
rupanya ada hikmah gak aku tak jadi cikgu
cikgu pun dalam bahaya skrg nih, camne tuh? cikgu ada buat bisnes luar kot
Sekarang ni nak sewa pistol mudah. Ada kaki buat biz sewa senjata macam cerita hollywood lah pulak. Dengar kata bisnes tu bagus keuntungannya
Pistol pun mudah dapat sekarang nih..kawalan kurang ketat 🙂
Agaknya penembak tu berdendam dengan cikgu dia masa sekolah dulu.. Nak lepas dendam tu dia tembak orang yg kerja sebagai cikgu..
Jadi la Cikgu kalau nak kena tembak….hehehe
kenapa semakin menjadi2 ye kes tembak guru ni…. mesti ada motif tertentu.. tp apa motifnya…. cikgu2 sekelian…tak takut ke…
Sekarang ni dah ada ancaman baru buat guru-guru kacak… huhuhu… nampaknya bekerja sebagai guru juga dah tak selamat, kalau tak kena caranya…
mcm mudah saja dorang dapatkan senjata api..
Kata menteri, sbb ketua2 gengster yg kena tahan bawah akta darurat dah bebas…tu yg makin byk kes2 tembak…
releven atau tak…gua tak tau
aku tertanya juga apa motif mereka tembak cikgu ni…
makin teruk…itu baru tembak guru..belum tembak anak murid..isyh..isyh skrg mana-mana kita duduk tak selamat..padahal rumah yang berpasang grill depa berani cungkil..walhal dalam rumah tu pula ada tuan rumah..
kalau en titan gerun saya gerun..bila selak banyak pula dada akhbar kes samun..pecah ruamh area ipoh..kisah area taiping tambun mmg buat kita urut dada berkali-kali..
Bagi saya, motif bukan persoalan. Memang banyak sebab nak bunuh orang ni. Kalau pelajar lagi, memang banyak sakit hati dengan cikgu. Tapi persoalan nya, macam mana pistol tu dengan mudah didapati.
Mesti ada hal tu, org puasa hati
dendam selalunya, tapi kalau ikutkan takde motif nk tembak orang sesuka hati. hmmmm
Emm ingtkan polis askar jer tak selamat kerjanya..guru pun tak selamat juga..adoiii…
🙄
rasa terancam pula bila status sama ni.
jaga2 la sapa yg jadi cikgu tu..haha
gangster sangat pun tak boleh jugak. yg terlibat je tau ❓
Bro jg kena berhati2 tu… mungkin dalam list.. hehehe
adakah para guru skrg ni ada job sambilan seperti menjadi samseng jalanan. ataupun mungkin ada yg berhutang dgn along. ataupun mungkin kerana kes peribadi kot