Kasihan sungguh aku tengok nasib yang menimpa pada si Puteri.
Sudahlah ada adik beradik tak sama bapak dengan Astro Awani. Tak pasal-pasal dalam beberapa hari ini Puteri Awani pula dilanda musibah. Dimanakah sang putera yang sepatutnya datang mempertahankan si puteri??
Dalam hal ini..
Aku memang kesian gak la dengan apa yang dah jadi dengan Puteri Awani.
Merata dah aku tengok kat facebook yang mengutuk, mengeji, memerlu dan mencaci.
Sedap aje korang hentam budak tu.
Aku tahu korang menyampah, geram dan rasa macam nak muntah tengok pengakuan dia.
Tapi agak-agaklah..
YA..of course mereka hentam bersebab walaupun aku tahu ada yang agak melampau gak. Macam la diorang tu perfek sangat kan? Agak-agak la kot kalau nak bagi nasihat pun.
Hak bercinta, itu hak dia.
Hak nak letak video kat youtube tu pun. Itu pun hak dia.
Pakcik Youtube pun tak kesah. Sang Putera yang tak berapa kacak itu pun ndak kesah.
Yang korang nak kesah apa pasal? Best sangat memerli dan menjatuhkan aib orang?
Kalau korang dah tengok video tu, senyum sorang-sorang dah la. Tak payah la dok siap download video tu dan lepas tu pi HANTAQ kat 1001 laman perkongsian video yang lain. Paling keji..siap letak gak kat youtube juga. Maka, bertambah-tambahlah aib si Puteri Awani ini.
Bak kata pepatah,
“Sudah jatuh, ditimpa-timpa dengan tempayan-tempayan yang suka meroyan”
..
….
Dah. Cukup-cukup sudah. Cukup sampai disini sahaja kutukan korang.
Belajar terima hakikat bahawa budak tu tengah masuk air. Biasalah tu. Dan aku harap, bila dah cukup umur cepat-cepatlah Puteri Awani kahwin yekk. Siap bersumpah lagi, kan?
** Sekuranganya blog dia ada salji tau! Hehe..
Ps: Baca penjelasan beliau kat sini. Kesian sungguh nasih si Puteri ini ye – Rintihan Sang Puteri.
11,290 total views, 1 views today
As-Salam. Tak tahan cakap pasal masuk air dengan salji.
apa pasal plak tak tahannya?
haha
haha blog ada salji yg tak menahan tuh..
haha..
blog ada salji..memang best woo.
alamak..blog kte xda salji plak..hehe
HAHAHA… tapi kelakar gile isu dia ni.. nak buat macam mane.. nasib tak menyebelahi die kot..
Ya.
Dia muncul pada masa yang silap.
xde luck la dia
ramai kot yg buat cmni
cuma x tersebar je
Yap.
Tapi orang kita, benda macam ni, memang diorang takkan lepas pandang punya.
aduhai..minta di jauhkan anak-anak akak dan kaum kerabat membuat perkara camni..memalukan ibu ayah ajerlah
Memang agak memalukan.
Harap, gua tak terjebak sama. 😈
agakla..budak-budak mentah..mane dia fikir panjang dan fikir kesan disebalik benda ni..masyarakat kita suka hentam je..sedangkan anak sendiri pun sama diorang tak tahu.
ramai yang bercerita pasal budak ni di fb, akak tak tahu langsung, malas pulak nak tengok2 video yang digembar gemburkan tu
errrrr,,,, ada anon suruh buat video macam dye.. kbai
Kesian jugak. Tapi tu la bercinta biar ada tahap. semoga menjadi pengajaran dan iktibar…
*bukan 1 hari bukan 2 hari..3 atau 4. tapi selama hidup saya.
Hahaha
cyber buli kat malaysia pun cukup tinggi sebenarnya..
blog bro pun ada salji. adakah munkin bro akan buat video yang seumpama itu 🙂
Aku nak buat gak video dah kawin 2 tahun..agak2 viral tak? Hahaha
org malaysia mmg takde keje.. pelik skit dan suka kutuk org. hehe
Apa saja orang buat jadi cermin diri. Kalau yang tak baik tu bukan untuk kutuk orang tapi untuk tanya samada kita buat yang sama atau tidak.
x pernah tgk vid nya.. teringin lak nk tengok
malas den nak tengok videonya…
memang tak patut korang buat camtu igt kalau ada anak or adik jgn2 tbalik kt diri sndiri sudah laaa
kesian jugak kat dia..laki tu pom bangang…x ngaku awani tu awek dia…n lagi satu lagi tu memang x hensem lansung…
budak masuk air. duhh. hahaha.
Benda ni disensasikan oleh pemilik-pemilik yang gila LIKE… 😆
Tengok Vid. Adik ni comel sgt tapi tu la mungkin dengan vid. ni akan sedarkan dia agar tak buat vid macma ni lagi.
tak tau pun psl bdk nih, ada jgk terbace kutuk2 kt fb tp hilang punca, xtau hujung pangkalnya
budak ni punya punya respon lagi bagus daripada lelaki tu punya respon -.-
Cantik.. comel.. hhehehhe.. best ada salji dari ada lagu.. kuikui..
betul bro. dia pun dah minta maaf, kira ok, kurang sikit fitnah dan segaka cerita negatif. rasanya kalau di removekan lagi baik.
comelnyer putri awani.. besaq nnt berbakat jadi pengacara nona hehe.. anyway selamat berpuasa bro 😀
Setujulah. Nak kutukpun agak2lah weh…
tak pasal2 tambah dosa senang2 gitu jer
aku tak kenal lagi lah dengan puteri awani ni
Putri Awani… Semoga lekas bertemu Jodoh yer… Nanti jangan lupa ajak saya makan nasi minyak dekat rumah awak…
Emm tak tengok pun videonya..tak jumpa cari..hahaha