Ok.
Aku rasa ramai yang masih tak tahu hal sebenar tentang isu “Makan dalam tandas“.
Ini artikel yang aku rasa cukup sesuai untuk kasi CLEAR dan pencerahan agar korang faham hal yang sebenar.
BACA.
…
….
Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.
Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.
“Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.
Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.
Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:
1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai “kantin”
6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.
7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda “tandas” (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda “tandas” tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup “kantin sementara” dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.
Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.
Sumber: Facebook, Syarih, dan blog dhanyaram
…
…..
Ps: Ini bukan artikel yang aku tulis. Aku kongsikan disini agar korang boleh hadam sikit isu makan dalam tandas tu. Yang sebelum ini ada wat cerita tak betul, kasi edit dan betulkan apa yang patut. Faham? Cukup la mengarut tak tentu pasal sebelum ini yek.
5,115 total views, 1 views today
terbaik bro
Makan dalam bilik persalinan??? Cikgu berkopiah makan berdiri. Diorang pon macam tak snggup duduk dan menjamu selera.
Bagi saya terbantut kot selera. Hahaha
tengok,, ckgu pun makan kat sini kot,, grrr
anak pengetua tu ada update status kat fb, sayu baca bila dia luahkan rasa sedih dia disebabkan fitnah terhadap ayah dia ni…hmmm… kita ni cepat sangat nak share benda yang tak tau lagi sahih ke tak… adoiii
Terima kasih beri maklumat. Barulah faham situasi sebenarnya sekarang
kurang budget la ni kan… huhu
pasal geli selere ker x ni lebih kepada naluri masing masing, aku tgk keadaan bilik persalinan tu xda apa yg geli pun, aku ok jer makan kat situ, kena faham situasi la, kantin tgh diperbaiki,
Aku rasa isu ni sengaja diperbesarkan…bendanya tak ada pape sgt pun
Haa..sapa2 yang terlibat, cepat pegi edit..
Normal la tu bro. Memang ramai yang suka sebar maklumat yang tak dihadam betul2 dulu..
Dah cerah dah. Mana yg masih gelap tu, p cerahkan cepat2 =)
Penjelasan yang menjelaskan segalanya…
Ooo ni cerita sebenarnya..ingtkan betul2 makan dalam tandas…
semoga penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan
inilah kisah sebenar. Tak ada isu sangat sbenarnya. bila orang tak tahu tu yang sebab jadi macam-macam tuduhan.
Sentuhan dalam blog awak buat saya termenung… mungkin simple ..
tapi mendalam bagi yg mahu berfikir.. tahniah ..
dari peminat tulisan awak 🙂