Nampaknya, cerita Sukan Universiti Dunia kali ke 27 (Kazan Unversiade 2013) tidak habis dengan sukan hoki dan bola sepak sahaja. Malaysia juga turut menghantar wakil dalam sukan badminton.
Skuad badminton negara mengakhiri pencarian pingat pertama Malaysia pada Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) apabila menyumbang tiga pingat gangsa pada saingan hari kelima semalam.
Skuad badminton negara meraih 3 Pingat Gangsa!
Tiga pingat itu diraih
- Perseorangan lelaki -Iskandar Zulkarnain,
- Beregu lelaki – Loh Wei Sheng/Jagdish Singh
- Beregu wanita – Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean.
Dalam perlawanan separuh akhir di Tennis Academy, ketiga-tiga wakil negara terpaksa berpuas hati dengan pencapaian gangsa selepas gagal ke final.
Iskandar kalah kepada pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 9-21, 11-21 manakala Loh/Jagdish tunduk kepada beregu nombor satu dunia Lee Yongdae/Ko Sungyun dari Korea Selatan 14-21, 8-21.
Manakala, Mei Kuan/Meng Yean turut mengalami nasib sama apabila diketepikan satu lagi pasangan Korea Selatan, Chang Ye Na/Kim So Young 17-21, 9-21.
Pada kejohanan itu mereka yang tewas di separuh akhir berkongsi gangsa.
Sumber – BERNAMA
** Fuhh..sukan apa lagi yang ada wakil negara selain badminton, bola sepak dan hoki??
Ps: 3 gangsa pun lumayan gak tu..
2,245 total views, 2 views today
Gangsa pun gangsalah….janji pingat.. 🙂
Dah cakap dah, si Iskandar ni boleh pergi jauh..harap dia kerja keras lagi lepas ni..
Tenis ada..tp dah kalah…lain…tak malas nak tgk sangat…hehe
gangsa pun gangsa lahhhh…hehe