KAZAN (Rusia): Ireland menyingkirkan Harimau Muda A menerusi sepakan penalti selepas tamat perlawanan sebenar penentuan kedudukan kelima hingga kelapan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) yang berlangsung di Stadium Trudovye Rezervy.
Kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan seri 1-1 sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Ireland menewaskan Harimau Muda A, 5-4.
Penjaga gol Ireland Niall Corbert menggagalkan sepakan penalti kapten pasukan negara, Mohd Irfan Fazail dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir manakala penjaga gawang Malaysia Mohd Farhan Abu Bakar turut menyelamatkan sepakan penalti pemain lawan, Jonathan Addis.
Sebelum itu, perlawanan antara kedua pasukan menyaksikan skuad bola sepak universiti negara menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan Syarul Azwari Ibrahim hampir membolosi gawang lawan pada minit ke-17 namun percubaannya
tersasar.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri 0-0.
Babak kedua menyaksikan pemain negara K.Reuben mengasari pemain lawan dan memberikan sepakan penalti yang sekali gus menghadiahkan gol pertama buat Ireland pada minit ke-63 menerusi Correy Davidson. (Aduhai Reubennnnn!!)
Malaysia mengikat Ireland 1-1 menerusi rembatan cantik oleh Saarvindran di luar kotak penalti pada minit ke-69.
Harimau Muda dijadual menentang Kanada atau Ukraine bagi penentuan kedudukan ketujuh dan kelapan pada Selasa ini.
Sumber – Bernama
** Harap dapat tempat ke 7. Kalah penalti pulak dengan Ireland. Aduhh..
Ps: Apapun, still masih antara 8 pasukan terbaik dalam kejohanan kali ini.
4,426 total views, 1 views today
boleh la..tp menang lg ok erm.. 🙄
semoga mereka menang kali ni..
semoga kemenangan kali ini milik mereka…InsyaAllah…
Salam Ramadhan dari Bunda…
Hehe..hebatnya…tahniah2..
harap tempat ke-7 menjadi milik Malaysia…
Ok le tu, tapi kena menang pulak lepas ni
Tahniah HM… Pencapaian yang membanggakan
Betapa pentingnya latihan sepakan penalti. Tidak mengapa, walaupun kalah. Tetapi kalah dengan bermaruah. Tewas sepakan penalti yang peratusan tertinggi mengikut nasib..
bukan main semangat kesukanan lagi haa. ingat salah masuk blog dah 😯
dapat top8, boleh la.. ^^
kalah lagii! 🙁
boleh menang tapi nak wat camne..kira kalah penalti oklah…
top 8 dunia…terbaiklah!
hm. nasib kurang baik
tahniah pasukan malaysia walaupun kalah melalui sepakan penalti…
anda telah mencuba sedaya upaya..