Hari ini, untuk menentukan tempat ke 5 dan ke 6 dalam Kejohanan Liga Hoki Dunia 2013, Malaysia telah menentang Pakistan.
Walaupun tiket ke Piala Dunia 2014 nanti dah terlepas, Malaysia masih perlu bermain untuk menentukan kedudukan. Dan anggap sahaja ini sebagai salah satu perlawanan latihan untuk menempoh cabaran Kejohanan Hoki Asia 2013 pada minggu hadapan.
Kita menang. (3-1)
- Muhammad Razie Abd Rahim – minit ke 14
- Shafqat Rasool – minit ke 16 (Pakistan)
- Faizal Saari – minit ke 18
- Tengku Ahmad Tajuddin – minit ke 38
Dan esok pula kita akan berhadapan untuk menentukan tempat ke 5 dengan bertemu Jepun.
Harap, pasukan negara akan menang juga.
Jap lagi, ada perlawanan antara Selangor vs JDT. Perlawanan terakhir dalam Liga Super antara kedua-dua pasukan. Aku ingatkan semalam. Sekali, hari ini la pula. Kalau seri atau menang, Selangor dapat tempat ke 2 dalam Liga Super 2013. JDT pula perlu menang untuk dapat tempat ke 2. Tempat pertama? Semua dah tahu, Lions XII yang punya.
Ps: Go Selangor. Go!
2,396 total views, 1 views today
harap dapat no 5 dan jadi pemangkin di kejohanan asia nanti
Tapi pengulas tadi cakap, mathematically sape yang dapat tmpat ke-5 very much likely akan layak ke world cup. Kalau tak layak jugak, satu slot je la tinggal. Kene menang kejohanan asia la.
#Keeper Malaysia power kot. Banyak important save die buat mase lawan Pakistan tadi.
gitulah aku dgr, peluang masih ada..jadi kena menang lawan jepun ni…yeahhh!
peluang masih ada dan makin cerah
moga2 kita dapat tundukkan jepun nanti