Apa itu Aqiqah?
Rasullah S.A.W bersabda “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – Riwayat Abu Daud, at Tarmizi dan Ibnu Majah. Ibadah Aqiqah juga lebih baik dilaksanakan pada hari ke 7 mengikut sunnah Rasullah S.A.W atau hari ke 14 atau hari ke 21 atau selagi dia belum baligh. Jadi, siapa yang rasa nak melakukakan ibadah Aqiqah ini boleh lakukukannya kalau cukup syaratnya.
Bagi mereka yang kurang arif dan tak berapa tahu, hukum Aqiqah adalah Sunat Muakad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut. Terutamanya bagi mereka yang layak dan berkemampuan. Jika tidak melaksanakan, tersangatlah rugi-rugi sangat.
Yang terbaik untuk anak lelaki adalah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing sahaja. Hadis dari Siti Aisyah r.A “Rasullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki dua ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – Riwayat at-Tarmizi. Dalam kes anak lelaki pula, Aqiqah seekor kambing pun sah kerana Rasullah SAW mengaqiqahkan cucu beliau Hasan & Husain dengan seekor kibasy – Riwayat Abu Daud.
eQurban Resources sebuah syarikat peneraju Qurban dan Aqiqah di Kemboja dengan menyediakan Pakej Aqiqah Ramadan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM250 untuk satu bahagian lembu dan RM550 untuk seekor kambing. Pesanan Aqiqah Ramadan boleh buat secara online di eQurban.com. (Jangan terlambat!)
Proses Quran dan Aqiqah di Kemboja.
Daging sembelihan aqiqah pula akan diagih-agihkan untuk majlis berbuka puasa ke seluruh masjid di Kemboja untuk meraikan keluarga miskin. Kesusahan umat Islam di Kemboja terlalu daif jika dibandingkan dengan umat Islam Malaysia yang dihujani dengan berbagai subsidi. Setiap pemberian daripada kita sesama Islam sangat mereka hargai dan akan kenang sampai bila-bila.
Program Aqiqah Ramadhan di Kemboja ini akan bermula pada 20/07/2013 hingga 24/07/2013. Kepada yang ingin membuat tempahan bolehlah menempah disini – Tempahan Aqiqah dibuka sekarang!
Tempahan boleh mula dibuat sebelum atau pada 17/07/2013 akan dilaksanakan pada tarikh tersebut manakala tempahan yang dibuat selepas tarikh tersebut akan dilaksanakan pada/selepas Hari Raya nanti. Jadi kepada yang ingin menyertai Program Aqiqah pada Bulan Ramadhan secara online ini bolehlah membuat tempahan sekarang.
Ps: Siapa yang anak tu dan belum pernah buat ibadah Aqiqah, apa kata kita bermula pada tahun ini??
1,761 total views, 3 views today
Alhamdulillah… anak dara ku berdua itu sudah diaqiqahkan…..
InsyaAllah ada rezeki lebih nak buat gak..hehe