Sekarang..?
Memang aku sendiri masih lagi sukar nak percaya.
Sebenarnya, ia tidaklah sesukar seperti yang disangka. Jika kita tahu caranya, ia akan jadi mudah.
Seperti kita belajar menunggang basikal kali pertama. Memanglah susah kan? Berapa kali jatuh. Berapa kali lutut dan siku yang luka. Itu belum campur terhantuk dahi ke jalan raya. Itu belum lagi terjerumus dalam longkang yang busuk tu..
Ngeri kan?
Malah, ada kalanya ayah kita atau abang kita dah sibuk mengada tolong tolak dan pegang bahagian belakang basikal, kita masih jatuh juga. Mak juga tak kurang memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Tapi beberapa hari kemudian, korang dah boleh keliling taman rumah korang dengan menunggang basikal tanpa perlu bantuan orang lain.
Siap boleh nyanyi-nyanyi lagi lagu Hindustan tanda kegembiraan tak terhingga..
Itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kejayaan.
Usaha yang berterusan, biasanya akan membuahkan hasil.
Cuba bayangkan kalau korang berhenti pada hari pertama? Sampai ke sudah korang tak reti-reti nak menunggang basikal itu kan? Tak malu dengan bakal-bakal cucu korang nanti?
Sama juga dengan dunia menulis blog. Korang tak pernah impikan bahawa korang sebenarnya boleh buat duit dengan blog. Walaupun cuma mungkin tepek iklan Nuffnang, tapi 4-5 bulan selepas itu, korang dapat cek pertama dari Nuffnang. Saat itu, aku yakin kegembiraan korang umpama seperti dapat nombor 1 dalam ujian akhir tahun, kan? Lebih manis, abah dan mak korang siap belikan basikal baru apabila dapat tahu korang dapat nombor 1 dalam peperiksaan. Itu yang kita panggil bonus atau tempias atas usaha kita yang berterusan.
Dan inilah yang aku rasa bila aku berjaya buat duit dengan program affiliate. Mula-mula, memang tak dapat apa-apa. Rasa macam nak terajang orang pun ada. Beli ebook sana-sini, tunggu seminggu, 3 minggu, 3 bulan..tapi masih tak dapat apa-apa. Bayar seminar, gi tanya orang dan macam-macam lagi.
Bila fikir balik, takkan baru buat satu dua artikel, tup-tup..terus dapat duit ratus ribu ringgit, kan?
Nampak sangat kebengapan dan kebodohan aku terserlah kat situ.
Jadi, aku tukar strategi, tukar mentaliti, banyakkan membaca, banyak buat ujikaji, banyak MENIRU, banyak skodeng dan hantar spy merata-rata semata-mata untuk mencapai impian aku.
Alhamdulillah..ada hasilnya walaupun agak lambat.
Tapi lebih baik lambat dari tak dapat apa-apa hasil langsung. Betul, tak?
Kesimpulan.
Apa benda kita buat, usaha itu mesti berterusan. Disokong dengan keyakinan yang tidak terkalah dan juga sentiasa berdoa dan mengharap setiap masa serta selalu mengatakan bahawa..
“Ada rezeki untuk aku suatu hari nanti..”
“Aku yakin aku boleh!”
“Aku hebat, aku kacak!”
Dan sebagainya.
Fokus dan fikir cara orang hebat. Jika kita tak pukau atau sihir diri kita untuk menjadi orang yang lebih hebat, bagaimana kita hendak menjadi orang yang hebat dan orang yang berjaya? – Encik Titan
Ps: Kitab Teknik SEO Merah Jambu cuma salah satu senjata untuk bantu korang mencapai misi dan impian korang. Tapi tak mustahil, impaknya akan lebih luar biasa dari biasa jika kita gunakannya dengan lebih bijak.
7,173 total views, 4 views today
Terbaik r.. 🙂
tu screenshot komisyen dalam sehari ke Titan? gempak woaahhh 😀 beraya sakan lah ye tahun ni. Hehehe 🙂
motivated entri ni walaupun ringkas. 😉 siapa yang berusaha, dia pasti berjaya.
insyallah esok gua beli
Wah terbaik ni boleh penuh emel macm ni…
titan ko memang best, aku buat blog myrujukan pon sebab nak berjaya mcm ko
kepada semua, dapatkan kitab tu sebelum anda menyesal
Perghh…hebatnyerr. Teruja baca kisah berjaya encik titan.
Mulai Syawal nanti tiap2 pagi gua nak layan kopi la..dengan harapan komisyen jomniaga makin masyuk…hehe
aku percaya
cuma
aku belum berjaya
Kesusahan yang kita dapat sebelum berjaya akan terubat apabila kita dah berjaya kan 😀
Sukar nak percaya. tapi tulah hakikatnya.. Haha
Alhamdulillah..rezeki dari usaha sendiri… 😉
Apabila kita dah ada passion terhadap sesuatu, waima kegagalan sekalipun adalah suatu excitement dan kita akan terus dengan passion tersebut walau apa pun berlaku..
terbaik bro…tahniah…
ohh tidakkk… titan berjaya lagih.
aku pun kacak gak tapi belum berjaya seberjayanya en. titan dlm bab2 affiliatte ni.
Wahhhh, ni kena terjah rumah titan ni, mesti dapat duit raya, bawa putih sekali kot2 dapat biskut Friskies raya hihihi.
Semua tu atas usaha dan kerajinan hang juga kan. Duit raya kat anak tahun ni kasi yang besar2 sikit k.
setuju jgk dgn entri nih, usaha berterusan, keyakinan tak terkalah dan berdoa,,insyaAllah mesti boleh punya
Yang penting berterusan…
Tidak berputus asa…jangan jemu berusaha menjadi lebih baik dan lebih elok…
pergh semangat siot baca entri ni..Thanks Bro
Memang power…tahniah!
boleh bawak ke dalam mimpi ni…
Usaha yang berterusan dan percaya diri
aku juga lelaki kacak yang minum kopi.hehe..
Wahh..rasa terus bersemangat waja nii
Tiba untuk aku pula rancang dan dapat hasil seperti hang tahun hadapan 🙂
Betul tu.. Nak berjaya kita kenalah rajin belajar dan berusaha.. kalau berputus ada dan tak nak belajar, automatik kita akan gagal…
usaha tapi takde ilmu pun, tak jadi jugak. kena cukup di dada baru boleh pergi jauh 😀
terima kasih, motivasi untuk hari ni 🙂
Ya. Aku juga termotivasi baca artikel ini.. 😳
Memang mantap la…terbaik…
kadang2, membaca memberi inspirasi buat entri dan dapat akai utk buat duit lagi
Terima kasih sifu
sebab tu saya masih belum berjaya sebab banyak lagi kena membaca dan kaji…