Siapa sebenarnya Ejam Othman ni?
Mesti ramai dikalangan korang yang tak berapa nak kenal siapa disebalik nama Ejam Othman ni. Adakah dia salah seorang seorang blogger lelaki yang kacak? Benarkah dia seorang yang penyayang? Blogger lain tak cukup penyayang ke?
Takdelah sampai macam tu. Bagi aku..dia cukup penyayang kepada anaknya yang bernama, Haq tu. Salah satu sebab aku rajin bertandang ke blog dia adalah kerana nak tahu cerita tentang budak Haq tu. Memanglah aku ni susah sikit nak lepak blog-blog yang dok asyik cerita pasal artis, gosip dan bukan-bukan..tapi kalau blog yang cerita pasal anak ni..memang aku suka sikit baca. Maklumlah..aku pun nak gak ada anak. Lagi-lagi kalau ada blogger tu ada anak laki nanti. Jadi, haruslah aku baca blog-blog begini sebab salah satu impian aku nak ada anak lelaki. Yang pastinya mesti hensem dan kacak macam aku. Haha..
Peraduan RM250 dari EjamOthman.com
Dan berita baik untuk semua blogger, blog EjamOthman.com juga ada menganjurkan Peraduan yang menawarkan wang tunai berjumlah RM250. Peraduannya tidaklah sesusah mana. Peraduan ini berlangsung dari 29 Julai 2013 hingga 09 September 2013. Pemenang akan diumumkan pada 11 September 2013. Rujuk disini untuk tahu dengan lebih lanjut tentang peraduan itu – Peraduan RM250 dari EjamOthman.com
Pandangan aku tentang blog EjamOthman.com
Aku rasa blog ini kurang dari segi promosinya. Mungkin tak berapa ramai yang kenal beliau. Mungkin beliau kurang join event sana-sini atas sebab-sebabnya tersendiri. Sebab itu, peraduan yang beliau jalankan semacam tak mendapat sambutan. Jadi, lepas ini aku harap akan lebih ramai yang menyertai peraduan yang beliau jalankan dan pada masa akan datang, aku harap Ejam akan buat lagi contest baru yang boleh menarik lebih ramai orang datang ke blognya. Contoh contest atau peraduan yang boleh dijalankan adalah seperti contest berbentuk review, contest SEO dan contest Top Komentator. 3 jenis contest ini biasanya dapat menarik perhatian lebih ramai blogger dan juga penaja. Tak kurang juga boleh mempopularkan blog kita dikalangan para blogger. Pada masa yang sama, branding nama Ejam Othman tu akan lebih terserlah dan lebih ramai orang kenal beliau.
Selain itu, blog Ejam ni..aku tak ada masalah tentang susun atur dalam blognya. Simple dan kemas. Ini juga salah satu sebab aku suka lepak kat blog-blog jenis macam ni. Senang dibaca, laju dan theme blog yang dipilih adalah sangat simple. Aku memang susah sikit nak lepak kat blog yang iklan dia bersepah merata. Siap ada iklan terbang-terbang, popup like yang bukan-bukan dan keluar lagu rock tiba-tiba. Blog jenis macam tu, memang gua pangkah awal-awal. Tak kiralah artikel dia menarik ke, tak kiralah dia ada banyak follower ke..tak kiralah dia Top Blogger ke, kalau aku dah menyampah..memang sumpah aku tak datang lagi.
Penangan Karipap Mini
Tapi aku puji salah satu cara promosi yang aku rasa antara yang terbaik pernah Ejam lakukan adalah ketika Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network. Strategi beliau dengan menggunakan Karipap Mini sangat menjadi sehingga hari ini masih ramai orang teringat akan penangan Karipap Mini beliau. Cuma aku tak tahu hari ini mereka masih jual lagi atau tidak karipap mini itu. Jika masih jual, aku harap Ejam boleh buat web jualan atau buat satu fanpage untuk Karipap Mini itu agar memudahkan ramai orang untuk membelinya. Dan jangan lupa untuk buat satu banner untuk diletakkan di sidebar blog beliau untuk memberitahu bahawa beliau masih menjual karipap mini tersebut.
Itu sahaja.
Harapan aku, semoga beliau akan menjadi blogger yang kacak dan menjadi Usahawan Karipap Mini yang cemerlang, gemilang dan terbilang. ย Malah, aku berharapย Ejam akan terus menjadi seorang bapa yang penyayang terhadap Haq dan semakin manja dengan bininya.
“Err..Ejam, bila nak bagi Haq kawan??”
…
….
Ps: Semoga terhibur. Hoho!
9,560 total views, 1 views today
betul tu sungguh kacak hehe
Blogger hebat juga ni…
kenal mamat ni. memang kacak..
Oo ini ke ejam..first time tengok gambar dia..ok2..aku rasa lepas ni makjn ramai yang join kontest.
InsyaAllah awal bulan 10 nanti Haq dapatlah adik…teman bergaduh atau teman bermanja tu sama-samalah nantikan di blog aku…akan lebih kerap update ler bila dah ada 2 anak nanti..hehe
owhh..haq bakal ada adik la ni.. ๐
owh… ini la rupanya tauke karipap mini tu..
baru kenal blogger ni. hehehe
blogger yg hebat nihh
haq dah nak dapat kawan tu bro. haha…
ok pasni den pun nak story pasal anak byk2 supaya tokey cendol rajin datang lagi dan lagi… tp tokey cendol mmg selalu dlm carta pegomen bulanan pun… kan kan kann….
Salam perkenalan..boleh join contest yang dianjurkan..
Baiknya review encik titan ni..lembut aje membacanya..hehe..terbaik…
hohoho…entri berjiwa penyayang ๐
Yesss i like it…hahaha
Tauke karipap mini yang kacak ni.. betul, karipap mini dia pernah gemparkan dunia blogging.. Hampir buat aku mengigau malam.. hahaha
review yang terbaik la ni…semoga berjaya bro
good luck…saya pun masih tak kenal blogger ejam ni
baru tahu tentang blogger ejam othman ini..
Lepas nih makin laku la karipap mini bro Ejam ๐
Aku pun selalu jugak follow cerita pasal Haq kat blog Ejam.. Seronok baca.. Entri dia pun ringkas2 je tak panjang meleret macam entri blog lu ni.. Tapi aku tak faham kenapa walaupun entri lu panjang2, aku tetap masuk blog ni utk baca entri lu tulis.. Lu ada pakai saka ke ape? Haha.. *gurau*
hahahahaha..saka…hahhaa
tidak dinafikan, entri titan memang ber-saka-an betul, kalau dah mula baca mesti habiskan kalau tak memang tak senang hidup seharian dibuatnya..haha
Inilah taukey karipap mini tu yea. Selamat maju jaya En.EjamOthman. Sedap karipap mini tu ๐
Oohh,..contest ya. Good luck ok ๐ hehe,..kelakar entrinya, mcm mana boleh dpt gambar yg 1st tu?
mmg syoklah review ni…lu ni kan…gua mmg tabiklah bab2 review…
serius, gua dah plan nak selongkar entri2 review di blog ni…nak belajar teknik review yg power
Thanks sekali lagi bro sebab introduce satu lagi blog yg baik.
Uik, memang kacak. Tak lama lagi, ramai lah yg meminang. ๐ Errkkk..
RM50 tu… sapa nak bagi… Cikgu tak mau bagi duit raya untuk kitaorang ke?
baru nak kenal…….huhu
perrgghh.. tue dia. memang penyayang nih.
bapa penyayang beb… hah sapa suka makan karipap mini boleh order tuh…
baru je kenal… nnti singgah lah buat kawan pulak sebabnya geng 4 mata jg nih heheheh
Teringat juga dengan karipap mini beliau.. memang sedap ๐
Hehe, pandai dia promosi. Cukup kreatif.
Assalamualaikum, salam perkenalan. Nak follow blog ni, tapi tak jumpa butang follow pula.
bapak sayang anak,dan tentu saja sayang istri lah