OK.
Dah beberapa hari beraya sana-sini kan? Korang pun rindukan ayat-ayat kacak aku, kan? Hoho..
Aku tengok, sana-sini dok cerita pasal raya. Ok, teruskan. Tak salah. Semua orang ada hak untuk bercerita. Aku tahu, korang juga gembira seperti aku dan umat Islam yang lain. Selagi boleh bergembira, kita bergembira. Dan jangan lupa, huluq sikit duit raya kepada anak-anak buah korang. Walaupun diorang gian main ipad dan smartphone yang mahal-mahal tu..bagi juga duit raya. Sekurangnya, mereka dapat sesuatu walaupun aku tahu hampir 90% kanak-kanak sekarang memang tak berapa pandang duit raya yang kekadang cuma diisi dengan satu dua not kaler biru tu.
Raya ni..aku rasa macam-macam cerita dah keluar. Terlalu banyak cerita.
Cuma aku nak tekankan 2 cerita sahaja hari ini.
1. Amri Yahyah kekal macho bergaya tak terkalah dengan menjaringkan gol yang cukup cantek dan menewaskan penjaga gol Barcelona 2 hari lepas. Dari satu sudut, TUAH Amri Yahyah ni berbeza dengan Mat Yo dan Safee Sali. Kalau Mat Yo ni “Nakal” dan Safee Sali plak lebih kepada “Skema”. Amri Yahyah lebih kepada “Gila”. Dan kebanyakkan orang yang dikatakan “gila” dalam terma tertentu..biasanya lebih hebat tuahnya berbanding orang lain. Albert Einstein pun orang kata “Gila”. Kembar Wright yang buat kapal terbang tu pun ramai yang kata “Gila”. Dr Mahathir pun, boleh tahan juga yang kata beliau “Gila”. Nik Aziz pun tak kurang ramainya yang kata beliau “Gila”. Thomas Alba Davidson yang cipta mentol tu pun orang kata ‘Gila”.
Encik Titan tu pun..ramai juga yang kata mamat tak betul tu “Gila..”
2. Lin Dan menang ke atas Chong Wei buat kali ke 22 dari 31 pertemuan. Walaupun dah setahun tak bermain, tahap “Gila” Lin Dan masih lebih hebat berbanding Chong Wei. Tak boleh nak kata apa..ini zaman Lin Dan, zaman Chong Wei mungkin sudah berlalu..apapun, tahniah Lin Dan. Lu memang gila.
Kesimpulan.
Orang gila memang selalu berjaya
dan dapat bakal bini yang lawa-lawa. Tengok Lin Dan, bini dia lawa apa..
…
….
Haha..
** Jadi, pada pendapat korang, aku ni gila ke tidak?
Ps: Banyak benda nak taip. Layan la yang ni dulu ek..
7,003 total views, 1 views today
mana ada zaman lee chong wei, zaman lin dan ada la.. sebab lcw tak pernah menang olimpik atau kejohanan dunia… huhu
Dr. House pun gila. Haha…
hahaha..entri sempoi bro!
Bab gila nih kena tanya pada orang gila ler…!
Kadang2 nak jadi terkenal kena ada gila2…byk.
Gila mereka ni lebih kepada buat kerja gila-gila.. Berusaha sampai dapat. 🙂
tak cukup gila kalau tak buat permainan sambung ayat kat entri terbaru blog saya… huhu~
kucing gila pun ada… hahaha
LCW dah tua weh, bagilah orang muda pulak main ngaaaaaaa
gilagilagilagilagilagila..haha
lin dan mmg gila, dan saiko. sian LCW diayam-ayamkan.. bro belum gila lagi, belum sampai waktunya haha
hadeh…. wa nak kata 1 ja encik titan, lu mmg gila… gila buat gua tergelak dgn entri gila lu. Wa chayya lu! Always like your gila bubling. mehheh he….
Lu tak gila..lu kacak…so maybe lu dapat awek koman2 macam neelofa kot..hehehe..
so? kesimpulannya orang yang baca pun gila… baru buleh jadi kaya dan berjaya kan?
Gila betul entri ni. haha
kesian jugak kat LCW asyik kalah jer dengan Lin Dan tuh…
ah lu gila ka apa gua tak kira cuma datang nak ucap selamat hari raya semoga apa amal yang dilakukan diterimanya itu aje.
Emm ada kot sikit..hahaha..lin dan memang cantik bini dia kan?kahkahkah
ini entri paling gila aku baca hari ini
aku pun naik gila.. wakakaka.. tape cuma setahun sekali.. apepun syukurlah Malaysia kini semakin aman 😆
gila gila.. dulu ada baca majalah gila-gila..
gila bersebab takper… hoho
OOOO semua gilaaaa……………
teringat lagu amy search la pulak… kerja gila