Aku ada 2 kereta.
Satu Perodua Kelisa, satu lagi Proton Saga.
Yang Kelisa tu..adik aku nak pakai sebab dia dapat kerja yang memerlukan kereta untuk bergerak. Jadi, sebagai abang yang baik hati. Aku bagi lah. Dan sudah tentu, duit bulan-bulan tu dia yang bayar. Maintainance dan apa segala bagai. Dia yang tanggung. Lepas 3-4 tahun, aku dah rasa Kelisa tu dah macam kereta lumba versi mini. Entah apa dia buat, aku pun tak tahu.
Tak kesahlah. Janji dia pandai jaga. Aku dah cukup bersyukur.
Lagipun, nama kedua bagi kereta Kelisa dan Black Saga tu, nama dia. Kalau aku takde dah nanti, dia gak yang dapat.
So, apa nak berkira sangat, kan?
Oleh sebab adik aku dah tibai Kelisa. Aku terpaksalah naik motor Lagenda. Ke hulu dan ke hilir dengan motor tu. Tapi aku tak tahan bila nak balik Banting. Kena naik bas ekpress. Korang tahulah bila naik bas ekpress ni macam mana, kan? Kalau korang tak boleh nak percaya dengan skill pemanduan driver bas ekspress tu..jangan naik. Ada sesetengah driver, aku leh percaya. Ada jenis..aku nak terkencing pun ada sebab terlalu takut. Ini antara sebab utama aku nak beli kereta dan Proton Saga menjadi pilihan aku.
Mengapa Proton Saga?
- Harga kereta proton tidak mahal. Maksudnya, masih mampu aku bayar setiap bulan.
- Alatan ganti atau bahasa popularnya “Spare part” boleh dapat dengan mudah dan sudah tentu harganya agak berpatutan. Masih mampu lagi aku bayar.
- Pusat servis Proton, tak jauh dari rumah sewa. Kalau kat Banting, pun dekat jugak. Tak sampai 10 minit, boleh sampai.
- Aku memang dah lama suka kereta Proton. Mungkin sebab aku ni Patriotik sikit kot. Mulanya aku nak angkat Proton Saga lama yang 2nd tu. Yang first dan 2nd generation. Ada aku jumpa. Tapi masa tu, Proton promosi plak . Jadi..aku angkatlah satu. Warna hitam.
- Memudahkan aku bergerak. Dari point A ke point B. Motor bukan tak bagus. Aku suka. Laju. Leh rempit. Minyak memang super penjimatan. Tapi dah tak sesuai untuk aku yang bakal berkeluarga. Dan aku plak jenis suka longgok barang. Jadi, membeli kereta, membolehkan aku longgok banyak barang dalam kereta. Ruang penyimpanan dalam motor sangat terhad. Tak puas rasanya, kan?
- Aku nak sangat angkat Saga ni pun, sebab masa aku sekolah dulu..nama rumah sukan yang aku wakil ketika itu adalah Saga. Jadi, dari situlah sifat patriotik aku dipupuk agar beli kereta buatan negara. Hehe..
Nak kahwin kena ada kereta?
Bagi aku, takdelah sampai tahap wajib. Tapi, ada kereta sebelum berkahwin adalah sangat penting bagi aku. Aku bukan muda lagi nak merempit sana-sini dengan moto. Lagi-lagi kalau jarak yang sangat jauh. Sakit badan woo. Cukuplah aku merempit masa zaman muda-muda dulu. Dah tak larat sangat dah..
Dengarnya kereta Proton Saga SV
yang berharga RM33k lebih tu. Ada 2 beg udara. Kereta aku sekarang, satu je beg udara. Harga? Dekat RM42k. Peh..harga dah la murah. Dapat barang lebih lagi tu Peh, untung korang sekarang kannnn..
Lagi bertambah menakjubkan, tu..ada 6 beg udara. Banyak tu weh..
Dah. Gi baca kat sini kalau mahu tahu tentang Proton.
–> .
Ps: Setiap orang ada sebab nak beli kereta atau tidak. Tak payah dipersoalkan kenapa tak beli rumah dulu atau beli basikal dulu. Kalau dah jadi benda penting dan keperluan dalam hidup, angkat aje SATU!
21,848 total views, 1 views today
ak suka bila orang back to basic when buying a car, get from A to B.. tu je dah cukup pada aku.. mayb aku bukan jenis suka bergaya dengan kereta.. haha
hehe..benda sama aku buat ngn hp…
janji dapat terima sms, hantar sms n buat call…settle =)
betul tu… asal ada dan memenuhi keperluankan.. Hidup kena sederhana insyallah berkat. 😛
tak kisah pakai apa pun janji kita selamat, hati gumbira 🙂
Gua nak sebat Kancil jer sebijik dulu sekarang. Senang nak pergi memana,,
as long as mampu byr installment dan tidak nyusahkan mak bapak
ada anak.. keperluan dah kereta bagi saya
Janji kita mmpu byr bulanan tnpa abaikn famili…hihi
Tak ada kenderaan boleh patah kaki. Sekurang-kurang motorsikal. Saya sehingga sekarang ke mana-mana lebih selesa dengan motorsikal. Kereta berselimut di rumah. 🙂
5 tahun gua dengan proton..habis warranty gua berpaling kepada yang lain..hehe
Puas hatilah..walaupun beberapa kali claim warranty
eh yeke nak kawen kena ada kete luh???..heheh..ak pas kawen baru angkt kete, umah dan sgala bgai..haha
aku tak kata wajib.
tapi kalau mampu dan dah jadi satu keperluan hidup semasa seseorang..angkat je satu. Janji tak menyusahkan orang lain.
Bagi aku untuk aku yang selalu kerja jauh, lebih baik ada kereta. Naik motosikal dah kurang praktikal bagi aku. Sebab tu aku angkat satu untuk memudahkan kerja aku.
Dan dalam keluarga aku. Aku orang pertama yang beli kereta. Memudahkan aku dan juga saudara-mara aku yang tak ramai ada kereta. So, kalau kenduri..senang nak bawa saudara mara lain. Takdelah kena angkut 4.5 kali macam dulu..
untung orang sekarang ni
aku dulu2
lepas kawin baru beli motor dan kereta dan rumah 😀
npa x amik kaler putih..suci sket 😀
dia malas nak basuh…..hahaha
hitam lebih kacak. haha..
setelah bertahun-tahun dengan Produa, tahun lepas baru gua cuba kereta Proton. Proton sebenarnya boleh bersiang dengan kereta jenama luar. marketing dengan promosi kena kuat lagi
Aku suka kereta Perodua.. 🙂
Belasah je kete mana yang ko rasa best..asalkan ada..beli lambat2 nanti kena downpayment 20% plak..hehe
Assalammualaikum….
SA baru dtg terjah sini….SA pun dah beli Saga FLX Special Edition KALER MERAH…Ok la untuk SA yang berpendapatan rendah ni…tp kan bila tgok proton Suprima tu mcm wallaweiii….mcm best jerk…
Aku suka proton wira aeroback ..dah 7 tahun aku pakai ..bumiputra je minat keter kebangsaan.
Aku suka statement ni :
“Tapi dah tak sesuai untuk aku yang bakal berkeluarga”..
Eh..bila agaknya akan berlangsung majlis tu bro? 🙂
Mengikut ramalang patik, mungkin tahun depang…
Tentulah kereta Buatan Malaysia sesuai digunakan oleh Rakyat Malaysia…
Pakai produa pun patriotik jugak apa.
gua pandu myvi je
Kalau dah perlu, kira wajib angkat satu kereta…tak kisahlah…janji mampu bayor 😈
kita geng..keter yang sama pilihan gua sebab murah…tapi gua still impikan Mini Cooper…:P
Ble ko nak kawen?
Masing2 punya pilihan..
Dulu MJ masa nak beli kereta siap gaduh2 manja dengan asben psl pemilihan kereta, ye la MJ nak Persona asben nak Alza..
At last ai isteri Mithali turutkan aje..
Yg penting buatan Malaysia..hehee
sokong kereta buatan malaysia
Gua pun suka maa proton haha
aku pun ada kelisa sebiji…
aku setia pada perodua lagi sehingga sekarang, kemudian hari siapa yang tahu mungkin akan beralih arah ke pilihan antarabangsa pula…simpan impian mulakan menabung…hehe
Aku dah beli 3 biji kereta semua buatan malaysia….kancil, iswara dan myvi. Dua kereta dah jual…skrg tinggal myvi aje…
Emm patriotik sangat encik titan ni..tapi artikel bab merdeka tak ada pun lagi…hahahahaha..sila buat agar menampakkan lagi sifat patriotik yang dah lama dibentuk tu…hahaha..
tak kisahlah kereta apa, janji boleh berbakti dgn baik..
betul, dulu pun beli kereta dulu sebab:
1. gi tempat kerja tu tak de public transport.. kena naik teksi kalau ada pun, takkan nak naik teksi tiap2 hari, kopak oo..
2. sebab tak de lesen moto selain lesen kereta, jadi kena beli kereta wpun 2nd hand..
ye, kereta pertama kereta proton juga.. tapi sebab de masalah yg tak dapat dielakkan, terpaksalah tukar..
aku ada kancil sebijik je, cukuplah untuk ke sana kemari, kira patriotik juga kan titan produa haha..
Aku pakai Proton dulu kini dan selamanya hahaha…
wife den pakai kelisa,ada rezeki nak kasi makeup sikit kasi cantik…hehe
pilihan di tangan anda hehe
Kereta satu keperluan jadi memang betul beli je jika dah perlu..
Berkereta jenis tak perlu ikut orang. Diri sendiri yang tahu kemampuan sendiri. Yang penting tidak mnyusahkan orang lain dan dapat berkongsi nikmat berkenderaan. 💡
Untunglahh patriotik hihi
terpulang kepada diri masing-masing kan..kita ikut selera kita..apa orang nak cakap pedulikan saja,, yang bayar bulan2 kita
Si Abang yang penyayang juga la ye bagus2.
Belilah kereta keluaran malaysia, merdeka merdeka.
Kereta Malaysia memang terbaik… 😉
Tak sabar nak dapat kerja then nak beli proton dulu.
InsyaAllah … 🙂
Salam perkenalan….suka keta saga sebab nama umah sukan tu yg xmenahan tu…tpi rietta sendiri pkai keta Malaysia…lepas tu skank nie…jatuh chenta dengan suprima s….enjin turbo menghantui…hehehehe…
kena tengok budget … aku pun beli lagi kereta… belum keperluan.. tapi kalau hujan.. memang basahlah jawabnya..
yang penting didahulukan…eh..nak kawen dah yea.. tahniah 🙂
Proton Gen2 best apa kalau handling,,, Lotus design tu
abah den pun dulu pengguna tegar proton… dah berapa jenis beliau beli… skrg ni je nak merasa pakai BMW… second buleh lah :p
bagi den, nak kawin, mmg wajib beli kereta (kalo mampu).. sian la kat wife kena naik motor lak.. tambah2 ada anak nnti…
ingatkan beli Suprima tadi
proton pilihan utama
Adehh, gua nak beli Proton pun tak mampu wehhh..
duit masuk belambak-lambak, angkat altis kalau berani hoho
gua bukan tak nak angkat. Kalau eksiden, kena calar dengan budak-budak. Gua jugak yang sakit hati. haha..
hahaha..betul tu… 🙂
Huhuhu… 😛
baik sungguh abang sorang ni…
proton dulu kini dan… nanti rasanya…
ayu pun mcm adik awak..pakai cik lisa.. cume lum jadi kereta lumba je..
saya dulu nyaris nak beli proton, tapi akibat kawan2 mendesak cakap proton tak bagus, proton tak bagus, last2 saya angkat viva. Alahai kalau tahu saya amek saga dulu. huhu. tapi nak buat macma mana, dah terbeli pakai je la untuk beberapa tahun ni. huhu
ermmm…no komen la bab kereta ni sebab tak berapa tau sgt. lgpun aku tak pakai proton. setakat yg termampu ja.
for me, a long as kereta tu boleh berfungsi, i dont need a ferrari nor lamborghini. cukup lah boleh bawak muja dari satu destinasi ke destinasi yang dituju. kecik pun ok dah. besar nak buat pe kalau salu rosak, terkehel sana sini. nak parking pun susah. alat ganti payah. adesss. tensi! 😀
lama x stalk blog2 hang..hehee…
ciktom guna kelisa…kereta perodua tetap di hati..hehe
mak pakai 2 keta gak. Perodua ngan proton. Gila patriotik aku nih…!!

Alamak wei.. aku suka sangat ngan kelisa, mantap. Kalau ke JB, selalu rembat abang aku punya..
Kebanyakkan pengusaha kereta sewa pon banyak ambil kereta tempatan gak sebab market ada dan harga pon murah sket berbanding kereta import.
saya pakai kelisa. ok sangat puas hati. Hehe
Sy pki preve cfe.. kete OK cme pesal pki timing belt..come on la proton enjin timing chain la sng xpyh tuka2 da..zmn bile pki belting ni..inovasi la ckit
Rasa semakin ramai orang yg tukar dari pandu Proton kepd kereta Perodua. Pasaran Perodua dulu bukan baik sgt. Tapi kini dah menpengaruh pasaran yg besar di Malaysia.
Kereta Proton mmg susah utk bertanding ngan Perodua. Teknologi byk ketinggalan di belakang. Harap lepas ia dibeli oleh pelabur China, boleh dah meningkatkan mutu keunggulannya satu kali lagi.