Setiap orang, ada ceritanya sendiri.
Ada cerita yang cemerlang, ada cerita yang bagus dan ada cerita yang tidak bernasib baik.
Aku tahu..ramai dikalangan kita yan tidak bernasib baik.
Tak semua orang hidup senang.
Tak semua orang hidup susah.
Ada yang nak makan lauk sedap-sedap pun susah. Ada masa, biskut merry dan teh o suam tu dah cukup istimewa.
Yelah..biasanya kalau orang melayu ni..makan lauk daging, ikan dan ayam ajelah kan. Yang paling murah pun..ikan. Ikan pun, ikan yang murah-murah. Kalau tak, hadap ajelah apa yang ada.
Pengalaman aku?
Kalau cerita pasal duit. Duit PTPTN, semuanya untuk yuran yang dekat RM1500 untuk satu semester. Sewa rumah masa tahun 3 dan 4, RM1000 sebulan. Kongsi dengan 9 orang. Bil air letrik, bawah RM150. Duit dapur, RM50 sebulan. Duit beli buku dan photostat buku dan hal-hal universiti..cincai-cincai, dekat RM200-RM300 sebulan.
Bab makan, aku jenis tak berkira. Selagi boleh ada benda nak dimakan. Aku makan. Ketika masih belajar kat UMS dulu, satu pinggang ikan kecil berharga 2 ringgit. Kongsi dengan 9 orang remaja lelaki yang semuanya jenis buas makan. Air? Teh O kosong tanpa gula. Buat dalam jag. Jag pula, kita orang saje beli jag yang besar-besar 2 bijik. Untuk hilangkan dahaga 9 anak tekak yang sentiasa kehausan. Tapi, sekali-sekala dapat Teh O Ais. Memang nikmat tak terkata..
- Nasi putih. Masak 2 kali.
- Ikan goreng rangup.
- Sambal kicap + cili hijau dipotong halus. (Bekalan cili ni kami tanam kat belakang rumah sewa)
- Air Teh O tanpa gula. (Kekadang kopi O tanpa gula)
Itu dah kira makanan paling sedap setiap malam lepas habis kuliah. Setiap orang, huluq RM50 setiap awal bulan untuk bekalan makanan selama 1 bulan. Cuma ada gak 1 kali dalam 2-3 bulan, kita orang wat Parti BBQ. Saje nak makan sedap sikit masa tu..
Hidup aku, takdelah susah. Tapi takdelah senang. Ada masa, memang NGERI gak bila fikir. Ada masa, seronok pun ada. Mengharungi rintangan hidup yang kadang-kadang tak pernah diduga.
Kisah adik Puteri Noor Shakila.
Bagitu juga dengan seorang adik ni. Puteri Noor Syakila yang berumur 16 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara kehidupan ibu dan neneknya selepas ibunya hilang daya penglihatan. Bagi aku, bukan calang-calang anak muda yang sanggup dan terpaksa memilih cara hidup begini untuk berkorban masa depan mereka demi keluarga tercinta.
Aku tahu, dia dah tak ada pilihan lagi sebab ramai gak kawan-kawan aku kat Sabah dulu..terpaksa tamatkan pengajian tanpa mendapat segulung ijazah. Bukan kawan aku tu tak pandai. Cuma..masalah kewangan, masalah keluarga dan masalah yang lain tak mampu sudah hendak ditanggung.
Jadi, berhenti belajar mungkin adalah keputusan yang terbaik bagi beliau. – Rujuk kisah Adik Puteri Noor Syakilla disini
Kesimpulan.
Kisah adik Noor Syakila dan kawan aku tu..memang tak berlaku kat semua orang. Ada orang survive dan berjaya menjadi orang ternama sekarang. Ada orang survive dan cukup sekadar menampung hidup keluarga. Ada orang..tak survive langsung.
Ada orang..berapa banyak orang dahh..
Senang cerita, jika itu keputusan yang korang rasa baik. Teruskan. Cuma, kita yang mungkin bernasib baik dan berjaya keluar dari kepompong kesusahan hidup..beringatlah sikit. Ingat pada mereka yang dalam kesusahan. Jika ada kekuatan dan kemampuan, kita bantu apa yang patut. Tak mampu, kita doa. Dengan harapan, nasib mereka berubah ke arah yang lebih baik.
Sumber: Kisah Puteri Noor Syakila dan Lifebuoy.
…
….
Ps: Ada duit lebih, hulur. Tak banyak pun tak apa.
3,836 total views, 1 views today
Tapi yang penting pengalaman kesusahan dan keperitan dulu menjadikan kita kuat masa sekarang. Pengalaman tu amat bermakna sekali..
Hidup susah mengajar kita untuk jadi lebih berjaya lur biasa!
Aku hidup paling susah pun dapat makan sehari sekali nasi dengan telur.
#Respect.
Terima kasih Tuan Titan. 😀
Dalam hidup ini kita perlu banyak memberi atau bersedekah. . Kalau tak mampu memberi wang ringgit, berilah pertolongan mana yang termampu. . Kalau tak mampu bantulah dengan mendoakan kebaikan utknya.. manalah tahu doa kita dimakbulkan, setidak tidaknya kita juga dah membantu orang lain. .
masa susahlah bila dikenang kembali, kita akan dapat semangat hidup bila tgh down
Pengalaman tu yang paling berharga sebenarnya kan?
Pengalaman masa susah tu kalau dikengan kembali, adakalanya boleh buat tersenyum jugak. Pengalaman tu la yang buat kita jadi kental nak hadapi hidup sekrang ni kan.
Hulurlah mana yg mampu….
macam en titan cakaplah…paling baik, sentiasa berdoa utk kesejahteraan bersama
Bila kita merasai kesusahan, kita akan merasai manisnya kelak, macam mana yang cikgu hadapai dulu dan kini 🙂
Sebab dari susah kita belajar erti hidup..
MJ teh O ais tak reti minum, tapi Teh Ais minum..
Kesusahan menguatkan diri untuk bangkittttttttttt berdiri… tapi tengok jugek jenis kesusahan dan kepayahan.
Boleh sama-sama bantu adik noor ni.
hidup mesti terus…
ALhamdulillah..saya lepas dari kepompong kemiskinan..dalam susah2 saya pun, masih ada insan yang lagi susah..tak banyak yang hulur tak apa..asalkan hati ikhlas..