Bila aku dok kemas fail-fail lama..
Aku terjumpa satu surat yang agak lama. Tahun 1998.
Jadi, untuk tatapan peribadi dan kegembiraan bersama para pembaca yang setia datang setiap hari. Aku kongsikan disini.
Ya. Aku menang loket hati emas dan juga jam tangan dari Dutch Lady.
Masa tu, kalau tak silap aku baru aje tingkatan 2.
Peraduan Dutch Lady Menyanjungi Ibu Mu.
Macam mana aku menang? Aku tak ingat sangat la macam mana. Tapi abah aku ada print satu borang pertandingan kat internet. Dia suruh aku isi sebab abah aku kata aku ni ada “TUAH” sikit bila isi borang pertandingan. Lebih-lebih lagi bila kena tulis slogan secara kreatif sebab aku selalu gak menang cabutan bertuah dan pertandingan berdasarkan slogan dulu-dulu. Aku tak ingatlah apa yang aku tulis dalam borang tu. Tau-tau..dapat email, aku salah seorang pemenangnya.
Kalau ingat balik, kelakarlah gak.
Mak abah aku pun tak percaya. Tapi bila orang Dutch Lady call kata nak datang rumah untuk bagi hadiah. Barulah diorang percaya. Aku yang baru balik rumah dan bergegas nak pi main gasing dengan kawan aku..terus tak jadi nak main gasing kerana membayangkan jam tangan Swatch tu..
Tapi, itulah hadiah paling bermakna buat mak aku.
Sampai hari ini, mak aku pakai loket emas yang berbentuk hati tu. Harga emas tu? Berapa karatkah? Manalah aku tahu. Mak aku pun tak pernah gi tanya harga kat kedai. Tapi agakan mak aku..mungkin dalam 7-8 ratus pada waktu itu. Waktu sekarang? Tak tahulah berapalah agaknya nilainya..
Itulah kisah disebalik rantai loket emas emak tu. Adik aku selalu mintak nak pinjam.
“Mana boleh. Gi suruh pakwe ko belikan..”
Masam aje muka adik perempuan aku lepas tu. Haha..
Ps: Tak dapat nak kongsi gambar. Loket emas tu asyik kat leher mak aku aje. Nak minta, rasa segan la plakk..
5,491 total views, 1 views today
ok..nanti saya belikan loket emas tu untuk adik abang titan ya :p
Aiseh.. Segan pulak nak mintak dekat mak. Baru nak tengok loket emas bentuk hati tu.
ala mintak nak ambik gambar sekejap apa salahnya…:)
Aku kalau kontest macam tu tak pernah menang..haha
ala snap je lah gambar tu, katalah bakal menantu mak nak tengok hahhaha. mest mak hang kasi punya kihkihhh (saja nyakat)
Memang handal sejak kecik rupanya!
Untungnya emak Bro, dapat anak Bertuah macam Bro… Yang boleh menang banyak hadiah…
adoii, ko ni memang ada kesan tangan ko ni bila menulis, memang power gitu
sangat beshh wooo dapat buat mak gembira
Hebat-hebat. Untung emak bro titan
kalau dah power sangat tu, sampai ke sekarang terus power! pehh
sejuk perut mak ada anak macam ni
#eh
Perghhh lama punya dokumen masih simpan dengan elok yer..haha
Wah bertuah ada anak macam ni…sejuk perut ibu mengandung..
kalau sekarang berapa agaknya harga loket tuh..whoaa
Ingat baru dapat rupanya nie artikel 2 tahun lepas.
Hadeehh.
Tak sangka dulu-dulu memang ingat pun ada contest macam tue.
Takut rasa nak join.
Maklum la masih hingusan masa tue.