Dalam dunia blogging, kita takkan lari dari mengambil risiko dalam banyak isu dan perkara. Untuk sesetengah perkara, kita berani ambil risiko. Ada perkara lain, kita takkan berani ambil risiko.
Begitu juga aku.
Pengalaman membeli domain pertama.
Ketika aku memutuskan untuk menulis blog dengan menggunakan domain dan hosting berbayar, aku mengambil risiko yang sangat besar. Ketika itu, aku masih belajar diU UMS. Dan domain pertama yang aku beli dulu adalah salah satu pelaburan yang gagal. Kemudian, aku beli domain baru. Parking kat hosting yang sama. Dan, pelaburan kali ini juga gagal untuk memperolehi pendapatan atau hasil yang lumayan.
Begitu juga dengan domain yang ke 3 dan ke 4. Tapi domain ke 5 iaitu Earncent.com benar-benar mengubah dunia aku dalam penulisan blog. Dan domain ini satu-satunya yang kekal, bertahan dan memberikan pendapatan sehingga ke hari ini berbanding domain-domain lama yang lain.
Ohh..domain-domain lama tu, dua daripadanya aku buat forum. Dua forum ini adalah forum yang gagal mencapai misinya. Jadi, aku biarkannya sampailah domain itu expired. Dua daripadanya, adalah blog niche tertentu khas untuk tackle Google Adsense dan program luar. Targetnya untuk capai 300-400 dollar sebulan. Maklumlah, ketika itu aku lebih banyak bermain dengan market luar berbanding market tempatan yang cuma ada Nuffnang dan Advertlets sahaja. Itupun, selepas terlalu lama menunggu. Tapi hasil tetap tak seberapa untuk capai misi-misi atau “target” yang aku tetapkan. Jadi, aku buang domain tersebut walaupun faktor “nostalgia” itu sangat dekat dalam hidup aku.
Ini antara risiko-risiko yang aku terpaksa hadapi apabila mencabar dunia blogging pada suatu masa dulu. Dan sekarang, dah ada beratus-ratus domain. Ada yang guna hosting berbayar, dan juga ada yang tidak. Ada yang aku monitor setiap hari, ada yang sebulan sekali dan ada yang langsung tak sempat nak monitor. Terbiar begitu sahaja. Tetapi, setelah set dan buat apa yang patut..setiap blog atau website yang aku buat aku pastikan sekurangnya-kurang akan dapat hasil 100 dollar setahun. Mana-mana domain yang tak ada potensi dari segi ranking dan sales, aku terpaksa buang domainnya.
Persaingan dengan blogger luar
Ya. Aku bersaing dengan blogger luar untuk mendapatkan job, mendapatkan ranking yang baik disearch engine dan juga untuk menjual produk bagi affiliate luar. Dari dulu, hingga sekarang. Aku nak tunjuk bukti pun..tak semuanya aku simpan sebab tak ada kesedaran lagi masa tu nak tulis ebook atau berkongsi pengalaman dengan korang semua. Matlamat aku masa tu..hanya untuk menyara kehidupan, mencari duit tambahan dan mencapai target-target dalam kehidupan.
Aku melaburkan banyak duit. Sekarang..paling cincai pun..dekat 2-3 ribu aku laburkan dalam setahun untuk menguruskan domain dan hosting sahaja. Dari segi servis, beli domain baru, uruskan hosting dan sebagainya. Semuanya memerlukan duit. Mungkin bagi sesetengah orang 2-3 ribu sangat MAHAL. Tapi itulah yang semurah yang dapat aku labur dan kawal agar tidak berlebihan.
Ada orang kata, aku seorang yang GILA dan BODOH kerana membuat pelaburan sebanyak itu. 2-3 ribu, hanya untuk uruskan blog?
Tunggu. Itu antara yang termurah yang pernah aku bayar. Aku pernah berhabis dekat 5 ribu setahun. Nasib baik keuntungan dalam tahun itu berjaya “cover” modal dan mendapat keuntungan yang lebih dari apa yang aku sasarkan. Dan aku tahu, ada blogger malaysia lain yang berhabis lebih tinggi dari aku. Ada, dan ramai. Korang tak tahu, kan?
Hosting blog ini sahaja dah RM300++ setahun. So, 2-3 ribu? Itu bukan satu yang luar biasa. Itu belum lagi campur pelaburan yang aku malas nak masukkan. Jadi, korang kena faham situasi ini jika korang betul-betul mahu jadi blogger sepenuh masa nanti. Ini antara jalan-jalan yang korang terpaksa tempuhi.
Itu belum campur lagi bab-bab penipuan yang sangat keji ketika dulu. Dan sekarang, aku rasa penipuan dan taktik jahat menjadi lebih “advance” berbanding zaman kegelapan blogging dulu. Haha.
Adakah itu bermakna zaman blogging juga gelap. Ya. Ada gelap, dan ada yang terang.
Bergantung kepada bagaimana korang menafsirkannya.
Jadi, tak perlu hairan mengapa aku boleh dapat banyak jualan atau berjaya buat duit LEBIH dari apa yang korang sangkakan. Jika tahu caranya, tak mustahil korang juga boleh lakukannya.
Ini semua kerana aku berani mengambil risiko. Berani untuk gagal dan terus gagal..
Setiap hari.
…
….
Persoalannya sekarang..
“Lu berani ambil risiko atau tidak?”
Untuk lalui perkara yang mungkin tidak sama seperti yang korang sasarkan? Untuk mencapai impian dan cita-cita korang. Untuk membahagikan orang-orang yang korang sayang.
Atau..untuk kebahagian diri korang sendiri.
6,755 total views, 1 views today
dah lama aku amik risiko dgn blogging ni titan…
hoho.. Bro memang kira IM yg menggunakan blogging sebagai medium cari duit. IM lain rasanya jarang yg guna pendekatan berblog. ramai yg lebih kepada penggunaan email.
tapi sudut lagi. memang bagus ada blogger mcm Bro. kiranya dunia blog ni nampak lebih luas sikit skopnya. Makanya,part buat duit ni..kita tak pandang buat duit dengan blog dari satu sudut sahaja.
malas nak fikir kan mengenai risiko berblog lagi..byk sgt kekecewaan..ahha..now dah jadi suka2 jer buat blog…fokus utama tidak lagi utkmencari income..
baca entri ini semakin aku bersemangat untuk menjadi macam bro..
suka atau tidak memang kena berani
Dalam dunia memang ada risiko bukan sekadar dunia blog…ambil risiko jika berbaloi.
high risk, high return…hehehe…
teringat dulu..tak sangka aku ada. 50 domain..xlarat nak uruskan..dua tiga kena let go..sekarang fokus pelan pelan..tamau laju sangat..xterjaga.
memang betul..duit memang kena laburkan utk dpt pulangan..kalau semua nak free…income dpt pun..mcm tu je la..ramai blogger takut nak bersaing kat luar..alasan english tak bagus…aku boleh je dpt income dr blog guna blog niche…
seronok tgk domain gua beli..maintain blogpost je..domain org beli dekat usd200..best gile..ahaha
banyaknya belanja nak urus blog
aku setuju
hanya orang yang berani untuk gagal sahaja yang boleh berjaya
moga terus berjaya, bro
masih jauh lg utk jadi seperti lu.. skadar suka2 menulis cerita utk dikongsikan bersama pembaca..blom jd faktor utama utk mencari income tapi belajar2 juga,kot2 jadi seperti lu..income beribu riban 🙂
sy sudah mengambil risiko anda bila lagi? hehe
yeah salah satu risikonya aku datang dan aku pergi untuk membaca blog – blog yang buat duit heh
Alamak..beza..memang beza..gambar tu lah…emm buat blog tak ada masalah..tulis blog pun tak ada masalah..duit nak uruskan pun tak ada masalah..tapi masalah paling besar sekarang ni, MASA… Pengurusan masa yang baik dan tersusun masih lagi fail..antara blog, keluarga, godaan isteri, lentokan manja anak yang semakin hari makin mengada-ngada, kerja seharian..Ahhhh saya dilema..antara realit dan fantasi..haha..insyaAllah..ada usaha ada hasilnya…ada masa, ada kerjanya..hehe
baru 3 tahun cari risiko, tapi berbaloi jugak 🙂
Nak berjaya kena berani kan 😛
macam biasa lah kan..yang tak berani ambil risiko tu mesti golongan yang malas..malas nak usaha. betul ke salah bro?
Itulah, bukan mudah untuk senang. Saya pun sedang mengambil risiko 😉
Setiap benda yang kita lakukan setiap hari kita ambil risiko. Yang beza risiko kecik dengan besar je. Aku bab blog ni takda lagi ambik risiko besar. haha
Pernah amik risiko dan aku cari ‘alasan’ utk let go salah satu blog niche aku tu..sayang betullah
sekarang, belum lagi amik risiko buat blog niche BI…fokus yg ni dulu…
thanks bro, tak putus2 kasi semangat kat pembaca blog ni…lu mmg terbaik der!
nanti gua belanja cendol!
kalau berani ambil risiko, mmg boleh berjaya.. sbb bila ambil risiko tu, mmg dah tetapkan kena berjaya.. biasalah mula2 tu mmg cabarannya ada..
setakat ni belum lagi kot, just mengisi masa lapang. kot2 masa depan tak tau la..
artikel yang boleh memberi semangat ni, teruskan menulis artikel yang berkualiti seperti ini bro titan
untuk mencapai kesuksesan memang memerlukan kerja keras dan harus ambil resiko. kurasa menghabiskan beberapa ribu ringgit adalah perjuangan yang tidak sia-sia jika ternyata hasilnya kini memuaskan. Yang penting jangan putus asa…
Ini bukti bahwa jika tidak putus asa dan penuh pengorbanan maka akan berbuah hasil
Berani mengambil risiko dengan pelaburan besar, tapi pastinya hasilnya juga besar.
Tp untuk menjadi blogger berjaya, memang perlu mengambil risiko tersebut kan.. 🙂
at least pelaburan untuk ilmu mesti ada….
baru ambil risiko sikit2 je. baru 1 je lah domain yang aku dah let go. 😀
rupanya bukan aku sorang jer yang rugi berlambak-lambak macam ni… kadang-kadang rasa macam tak berbaloi hasil dari jualan burn begitu sahaja lepas beli beberapa domain…
tapi, betul itu adalah risiko yang terpaksa diambil untuk jadi seperti sekarang..
alhamdulillah..
tabik sama bro..aku nak beli domain pe semua tu pun aku pk 2 3 kali..berbaloi ke tidak? backup plan nak kena rancang kalo plan gagal..
Berani melabur dan ada perancangan rapi dan beri 100% komitment..insyallah boleh.
bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudiann..kan3 😈
Hidup ni penuh dengan risiko kan.
Kalau tak berani tempuh, kita akan jadi biasa-biasa saja la.
Kalau nak ubah hidup, memang kena berani.
Respect cara bro…walaupun tak kenal lebih mendalam. Baru selongkar sikit-sikit melalui blog cendol ni.