Secara jujurnya..aku tak tahu pun tentang berita kemenangan ini.
Tak perasan bahawa hari ini adalah hari pemenang diumumkan. Kerja pun bagai nak rak sana-sini. Bila terasa nak online, barulah tahu dah ada keputusannya.
TIba-tiba ada yang ucap tahniah.
Dan tak sangka, menang hadiah utama!
The Grand Prize Winner – Ya. Itu nama gua. Hehe..
Seingat aku..
Usaha aku untuk menang Delima Home Blogger Contest ni..
– aku tulis artikel. Bagi ayat kacak sikit-sikit.
– tulis ayat menggoda sana-sini sikit.
– pasang umpan.
– selit umpan kat artikel lain.
– wat review seikhlas mungkin. Dalam erti kata lain, kena jujur.
Dan terhasillah artikel yang menarik. Bukan pada pandangan aku sahaja, tetapi pada pandangan orang lain, juga pada pandangan pihak penganjur pertandingan. Jadi, kemenangan ini menjadi bukti kukuh atas usaha yang telah aku lakukan selama ini. Walaupun agak sukar dan mendapat saingan dari blogger yang lain, tetapi artikel yang aku tulis tu berjaya menewaskan artikel-artikel yang lain.
Dan yang lebih penting, mengangkat martabat blogger lelaki sebab dua orang pemenang yang lain adalah blogger perempuan. Bukan senang nak “BEAT” orang perempuan dalam hal-hal tulis review nih..
So, kepada blogger lelaki sekalian. Sila gembira! Hehe..
Apapun, terima kasih juga kepada Delima Home yang memilih artikel aku sebagai pemenang. Terima kasih banyak-banyak. Email yang pihak Delima Home bagi, dah pun aku balas. Maaf sebab tak angkat telefon. Handset tertinggal dalam kereta. Pukul 6 lebih tadi baru perasan. Haha..
Senarai pemenang yang lain.
The Grand Prize Winner – Ahmad Faizal Bin Abi Setama
1st Prize Winner – Nadia Bt Ahmad
2nd Prize Winner – Nur Fateen Innanie Bt Ariffin
** Apapun, tahniah kepada para pemenang. Yang tak menang, tak apa. Sila cuba lagi pada pertandingan-pertandingan lain yang akan datang atau yang sedang berlangsung.
Ps: Apapun, terima kasih semua!
8,677 total views, 1 views today
tahniah! Cendol Banting semangkuk bro…
menang apa ni.
Tahniah2.. 😀
tahniah cikgu,, tak sanggup nak masuk hari tu,, alamak,, 😀
Tahniah! Boleh la belanja cendol barang semangkuk dua.. Kehkehkeh! ^_~
Tahniah~ nampaknya bakat dalam penulisan semakin menyerlah di situ~ huhu~
sebelum join contest ni aku tau dah…kompem ko menang..:D
cayalah… power power!
da agak dah.aku mmg kalah punya bila ko masuk sekali… 😛
TAHNIAH!!!!!
ALHAMDULILLAH REZEKI BERPIHAK PADA ANDA 🙂
tahniah bro
rezeki yg xdisangka,,, masyukkkkkk
gaji bulan ni simpan diam2 la dalam akaun bank kan 🙂
Wow.. tahniah bro.. rezeki raya.. eh duit Raya.. 😀
@AhmadFaizal aka Titan
TAHNIAH! Bro.. ang memang Pakar Review.. ^_^
Ikhlas
AMIN JOHAR
(Pendaftar Domain)
PAKAR NIAGA
menang lagi.. kasi org jeles je ko ni
Dapat hadiah ape ek?
RM500. Ok la tu.
Leh makan cendol. hehe
Tahniah bro rezeki melimpah-limpah sekarang 🙂
Tahniah. .dapat menang hadiah utama tu… boleh tambah portfolio kemenangan ni…
tahniah bro..!! dah boleh dah sponsor aku bermalam di GoldCoast.. hehehe
tahniah2…banyak gak dapat tu..hahaha..boleh buat bakal mak-mak mertua rasa bangga tu..hahaha
Power! Power! Tahniahh.. 😎
tahniah weh…gua tumpang bangga sbb ada juga pakar review lelaki yg menang….yeah!
Aku tak sempat pun nak join bro..lepas asyik tunda je..entri dalam draft lagi..haha..congrats
Tahniah Bro titan.. Terbaik 😆
yeah tumpang gembira pasal orang lelaki yang juara heh
puh.. tahniah bro. ni mesti selalu tulis cinta masa skolah dulu nih
Alhamdulillah…tahniah jugak untuk awak ya
tahniah..aku tumpang gembira.. 🙂
tahniah bro,semakin murah la rezekinya