Dah lama aku tulis review tentang Nile.com.my ni.
Tapi asyik terlupa nak transfer gambar ke laptop aku ni. Banyak gambar event, gambar yang best-best dan gambar yang dah hampir terlupa dari ingatan berjaya diperoleh selepas transfer. Dan barulah aku leh wat review selepas ini banyak-banyak. Banyak kerja dah tertangguh ni. Haha..
Ya. Pada 31 Mei 2013 dulu, aku ada berbelanja barang online kat Nile.com.my
Senang cerita, Aku beli satu seluar casual dan dua seluar sukan. Dan akhirnya dah dapat. Dan dah try. Sedang-sedang aje saiznya. Tak ketat dan tak terlalu longgar. Cuma mungkin seluar casual tu agak nipis sikit berbanding seluar-seluar yang biasa aku pakai. Aku jenis suka pakai seluar yang tebal-tebal. Bila pakai seluar yang agak kurang tebal ni..rasa macam tak berapa best. Maklumlah, harga pun murah. Jadi, benda ini normal dari segi harga.
Dua yang aku nak puji.
- NILE.com.my hantar barang cepat. Pantas! Tak silap aku dalam sehari je. Hari ini aku order. Esok, aku gi jumpa Korea Selatan jap. Lusanya dah sampai. Bagi aku, itu susah cukup memuaskan. Lebih dari 3 hari, itu dah melampau kalau tak sampai-sampai.
- Ada resit. Ada juga sesetengah orang, takde bagi resit. Lupa agaknya. Tapi resit yang cuma bermodalkan sedikit dakwat berwarna hitam + kertas A4 berwarna putih..takkan itu pun nak kedekut sangat, kan? So, good job NILE!
Jadi, siapa yang berminat. Boleh pi sini – NILE.com.my
Berita best, diorang dah ada jual buku yang biasa korang nampak kat kedai buku. Novel, buku cerita, buku motivasi, buku perniagaan dan macam-macam lagi. Bagi aku, ini satu perkembangan yang cukup sihat dan harganya agak MURAH.
** Siapa agen Mykad Smart Shopper tu, patut serang NILE.com.my. Rugi woo kalau tak dapat diorang..
Ps: Tengah bulan puasa ni, dengarnya caj penghantaran dikira percuma. Wahh..
6,801 total views, 1 views today
Tapi hati-hati kalai beli barangan kulit, takut terkena kulit bab*..
first time dengan nama nile.com.my/ kena tgk nie, mana tau ada yang berkenan..
Bulan 5 punya transaction ni..nasib baik ko ingat ye..hehe..ok nanti aku nak usha kot2 ade barang murah
tmpt shoping lagik, pantas ya. emm… kena cuba survey nih tgk ada brg menarik ke tak
Pernah dengar nama nile ni..tapi kat mana ekk..nak kata pernah shopping kat sini, selama hayat tak pernah pulak beli online..haha..
wah dah banyak perniagaan online shopping nih..baru saja habis baca Zappos.com, teringin jugak nak buka bisnes online shopping nih!
den jarang beli barang online , tapi takpe jap2 lagi den tengok apa ada kat Nile nih…
Dah cuba, memang puas hati..produk sampai cepat, produk berkualiti..Jauh berbeza dengan pengalaman produk sampai lambat giler2 order dengan lazada malaysia…
dah banyak kali terjah website nile…tp xde yang berkenan di hati
den klu barang on9 ni tak berani nak beli baju, seluar or kasut..nak best beli buku la.. banyak buku yang susah nak dapat kat kedai boleh dapat on9
bleh lawan poslaj la lepas ni…dah makin banyak pesaing dalam courier nie skang
tak pernah beli barang online.. 😆
tak berapa pandai nak shoping2 online lagi harap2 la servis nile makin lama makin tiptop!
Pernah tau pascal Nile tu pun terra a kat blog Akak yan Puan Bee. Nak juga beli tapi tak berkenan lagi.
Nanti ada items yang berkenan boleh beli. Dengar boleh barang sampai rumah baru bayar tu yang syoknya kan. 😮
beli online lebih mudah walaupun dasarnya sama iaitu keluarkan duit
Boleh cuba juga bila perlu nanti.