Haa..
Siapa nak main Permainan klik-klik 8Share ni?
Best tau permainan nih. Tapi..
“Macam mana nak main permainan tu bang?”
…
….
Haa, baca ni baik-baik.
Permainan klik-klik 8share.
Share link 8share kat facebook atau fan page..suruh orang klik atau tukar-tukar klik.. (lagi best..PM geng-geng yang satu kepala..ajak main tukar-tukar klik gak..ko klik aku, aku klik ko..untung weiii..)
kemudian..dah habis main klik atau dah habis capai jumlah maximum klik..
terus padam status kat facebook dan fanpage.
Setel masalah.
8share tak syak. Atau malas nak semak atau mungkin naif tak tahu apa-apa. Lagipun, duit advertiser..lantak mampus dia la kan. Bukan advertiser yang dok check klik tu datang dari mana, betul ke tidak, valid atau tidak..
8share nak semak pun dah tak sempat sebab mereka lagi bijak. Nak cari bukti pun tak menyempat. Kalau malas, upah aku aje. Gerenti banyak akaun 8share kena ban tanpa belas kasihan.
Dumm.. tiap-tiap minggu cashout 8share. Update kat blog, update kat facebook dan beritahu..betapa bersyukurnya dapat duit dari 8share..hasil usaha yang titik penat peluh yang tak terkalah.
“Saya bersyukur. Bukan senang nak buat duit dengan 8share ni..”
Terbaik taktik ni.
advertiser, lu kena main dah. 8share..lu pun kena main gak..
Tapi tak boleh salahkan advertiser dan 8share, orang kita memang genius bab-bab gini. Seperti kata gua dulu..orang Malaysia..cukup GENIUS hal-hal begini.
Gua kagum.
Siapa pernah buat? Meh gua belanja cendol seminggu satu mangkuk.
Yuna 8share tu..gua kenal sejak zaman Youthsays lagi. Nak ke gua report sorang-sorang?
Contoh Permainan Klik-klik 8Share.
Ini antara contoh. Aku tutup apa yang patut. Tapi bagi yang kenal, boleh agak siapa mereka. Yang tolong klik tu, mungkin tak tahu apa-apa pasal 8Share. Tapi sebahagian besarnya tahu sebab diorang pun satu kepala gak. Ko klik iklan aku, aku klik iklan ko. Baru “fair and lovely”.
Yang buat aku sedih..
- Blogger perempuan cukup suka main benda ni..lepas tu, tak reti cover. Maklumlah, dah la comel. NAIF plak tu..
- Ada gak Blogger perempuan yang bijak. Lepas habis status, padam status tu balik. Wahh..bijak. Tapi salah guna kebijaksanaannnya. Dan paling best sekali..siap bersyukur yang amat sangat sebab dah dapat bayaran komisen ke 8, ke 10 dan ke berapa lagi dahh. Malah, siap ajar kawannya buat benda sama. Memang bijak.
- Orang lelaki plak..yang baru nak cuba, memang terang-terang kantoi. Ingat ramai la orang tak tahu. Bila selidik punya selidik, punyalah rajin share sana-sini. Yang dogolnya..tak nak pula padam status. Blogger perempuan tadi tu lagi bijak.
- Yang paling menyedihkan, rajin plak cerita pasal hal agama kat status facebook masing-masing. Pasal Syiah jahat la, pasal Mesir la, pasal nabi la..dan memacam benda. Serius..memang sedih gak la..
- Nak main jahat pun, agak-agak la. Jangan kantoi terang-terangan. Ko makan sorang dah la. Apsal nak ajak kawan-kawan? Kang ko kena kutuk sepanjang zaman punya nanti, mulalah meroyan tak kena tempat. Semua orang ko nak salahkan termasuklah Dato Menteri termasuklah timbalannya sekali..
- Yang Blogger lelaki ni, aku tak kesah sangat. Sebab hati diorang memang kering habis. Sebab diorang ni banyak yang menyamar. Β Ada yang tak kantoi. Ada yang kantoi. Bila kantoi, tutup blog, tutup facebook, tutup fanpage..buat blog baru, buat facebook baru dan fanpage baru. Tak susah. Dalam sejam dua boleh siap punya. Lepas tu..post benda baik-baik sikit..dan kemudiannya..share balik 8share, Churp-churp dan yang sama waktunya dengan kat facebook masing-masing. Orang jenis macam ni..payah dah nasihat. Jenis tak makan saman.
Siapa yang jadi MANGSA?
Ini salah satu sebab advertiser luar cukup menyampah dengan orang Asia TERUTAMANYA ORANG MALAYSIA.
Dulu, aku nak buat duit kat market luar punyalah susah. Ramai gak yang tak nak “deal” dengan aku hanya kerana aku dari Malaysia walapun rekod aku agak baik. Sakit hati gak. Banyak “job mahal-mahal” kena reject. Dan kalau korang ingat kes Clickbank dan Widgetbucks, mesti korang geram. Clickbank pula dah cukup baik terima orang Malaysia. Tapi Widgetbucks, terus hilang ditelan zaman.
Dan tak mustahil, berlaku kat advertiser tempatan. Jadi, aku tak naklah 8Share, Churpchurp dan Blin.gd pun ambil tindakan yang sama walaupun aku tahu diorang pun takut gak nak ban peminat-peminat kipas susah mati diorang. Mana tidaknya..aku rasa terlalu ramai yang buat benda ni. Itu belum campur yang main taktik kejar mouse. Selagi kita tak klik..selagi tu cursor mouse tu kejar kita. Kita klik aje..tup, tup. Keluar popup..pergi iklan 8Share..iklan Churpchurp. Aku tak hairan kalau advertiser lari sebab memang puncanya dari orang kita sendiri. Yang paling sakit..orang yang betul-betul jujur nak buat duit..terpalit sama..
Kesimpulan.
Nak buat jahat, jangan kantoi. Kalau kantoi, tak payah meraung nak salahkan 8Share sebab BAN akaun korang dan tak bayar korang 1 sen pun. Korang buat salah, nak salahkan 8Share. Aku terajang, nak?
Jadi, jangan buat terus. Lagi bagus. Faham?
** Benda ni, 6-7 tahun dulu dah orang buat. Tak sangka masih kekal sampai ke hari ini. Huh..
Ps: Ini salah satu sebab gua dah malas login akaun churpchurp, blin.gd dan 8share. Dulu masa Says.my, gua kira rajin gak login..
18,974 total views, 1 views today
kah3 macam kenal je sape kene snap tu, selalu jugak tgok depa dup post sila klik bila nak klik blik yang orang lain punya kedekut haha. delete post bijak2
memang kenal sangat.
kalau kena ban pun kenal siapa dia :p
Tau xpe bro..sume punce PPC ler nih..sbb tue bnyk web yg buat klik2 link nih..buang mase..budak2 mentah mmg percaye bulat2..
gua pun dah malas layan game mcm ni…leceh nak login lps tu tggu org click
budak-budak ke dah tua? kalau budak-budak tak pelik sangat. haha
kena ban.. baru tau..
aku kena ban π
patut ada terperasan gak blogger perempuan buat tu
Gua tak klik pun
alaaaa awak nie mengantoikan kite la…
mesti awak yg repot dulu kan sbb tu akaun kite kena ban. awak jahat! π‘ π‘
wah terbaeklah entry ni aku sangat sokong… π
Agak2 lepas ni kalau ada lagi kita report je terus..kesian orang macam aku, bukan main jujur share link..hehe
aku yang tergolong dalam ‘kebangangan’ tu.
aku sakit hati dgn 8share yg tak habis ban aku.
yang bestnya, orang lain bertepuk kuat.
ko penah komen kat entri aku sebelum nie.
nota: terima kasih bagi idea harem tapi bagus utk buat entri berdasarkan pengalaman aku.
ada yang pernah jemput muja join group klik2 ni,, niat dye baik je,, muja pun tolak cara baik gak la,,, biar la tak dapat banyak dalam masa kejap pun,, asalkan rasa tenang dan puas hati dengan hasil dia,, tak de la rasa bersalah tak terhingga… good job encik. lama dah tak puas hati sebenarnya,, tapi takut nak luah sebab kawan sendiri ramai yang buat,, pernah bersuara,, terus datang pengomen cari pasal,, ada sorang lagi tu,, dia cakap nak report,, terus kena share profile dye, sebar suruh pulau,, tak kasi orang approve profile dye,, kesian sungguh,, orang yang bersuara lak yang kena mrah,, penakut gak saya ni,, hehe
Perkara macam ni kena terus report je. Jangan fikir2 sebab natijahnya pemain macam kita. Penat kita buat cara bagus tapi ada orang buat cara spam lak. Yang lagi best sekarang trend fan page besor kalau letak link says cakap gambar pompuan bogel beserta dengan link says/8share. lps tu dalam berapa minit baru padam..
pergh…cara ni lagi durjana!
hampes -_-
aktiviti fraud klik ni akan bagi kesan teruk.. kalau teruskan, x mustahil advertiser luar banned malaysia.
ini mengingatkan gua ’nuffnang rangers’ ke apa entah duk main klikΒ²
Perghh macam kenal je,hehehehe , tu belum lagi page-page besar letak link, tapi ayatnya lain plak
omg!duit punya pasal..apa ada hal
haha..benda biasa dah tu…sangap sangat nak duit sampai tak reti nak fikir benda tu betul ke tak..janji duit masuk..so, jalannnn
i click u, u click i punye ye
hahaha, berlambat kat chatbox di blog
adeh, tak terlayan dengan perangai camni
semoga dorang cepat jadi jutawan
lagi gua bengang, komen di chatbox guna nama Zack Zukhairi la, Hanis Zalikha la, tekan link rupanya iklan
puiiiih
setuju sangat..kat chatbox sy penuh dgn komen ads nih..tak klik pun..tau dah camtu.. pernah gak tkena skali,..ingatkan ke blog diorg,alih2 kena ke ads.huu π πΏ
BBNU punya cerita..ahaha..nasib la depa tak kena CPA tu mende..kalau tak..taktau la camne..hahaa
macam-macam cara dan taktik diorang ni. nak duit lebih punya pasal.
jenis sue, sue tak suka dan tak tringin pun nak klik link kalau orang mintak. Kalau tak mintak klik ada harapan gak sue nak klik.. π
Boleh lepas ke letak banyak-banyak link pada Post Facebook… Saya pernah buat dan kena warning dengan Facebook… Lepas tu dah tak berani buat lagi…
macam kenal je name2 atas tu? hahahha, yg paling best ada yang buat fanpage nama artis pastu share mende ni.. aptb~
Bukan setakat 8share, group klik iklan adsense pun ade jugak.
pernah tkena juga..kat chatbox blog jgn ckap la..belambak sangat duk pos..sy x layan..just ignore je..kat fb ada juga nampak tapi bt x tau je..kalau nak yg bnar2 hlal,biarlah dgn cara yg btul.bkn cara ni..kcian org lain,tkena tempiasnya.
huhu.. macam3 cara ye nak pakai bmw cepat kot
kah,kah,kah takde pulak yang nak ajak aku main klik ,klik nih namapaknya macam aku nak kena tampal wajah sebenar aku je π
oooo ini permainan namanya
hahahaha rupanya banyak trick yang dia guna kan?? perghh kreatif tapi banyak gak lepas bro buat entri ni macam cakap belakang.. hohohoh lantak lah janji apa yang bro ckap ni betul sangat 100%
diorang mana BERANI cakap depan gua. haha.
Ramai yang pengecut.
krik3 cakap belakang cakaplaaa kalau salah tetap salah beb, cashout seminggu sekali pun ade haha agak2laa
Macam-macam hal dibuatnya. π‘
hish, napela payah nak jumpa org yg jujur dah skrg ni? sy pun mcm Muja juga, org add sy dlm group tu tp tak tahu plak salah dari segi etika perkongsian. Join gakla sekejap
memang ramai org dlm grup tu yg cakap “done” tapi haram tak klik pun… Hr ni baru tahu itu semuanya tak patut dibuat oleh seorg blogger yg mahukan duit halal. Duit kan jadi darah daging bila diguna utk beli makanan keluarga… Bila dah tahu, terus tinggalkan. Sy ni lagi la naif ttg salah laku dlm 8share dan lain2 klik ni…. Terima kasih terbitkan entri bermanfaat ni
Hahaha. Apsal kacak tu tak dipadam? Kompem ramai ingat tu aku. Hahaha
haha..gua yakin lu tak buat. kan? kan?
ooo…ok..AG pun terikut2 sbb blogger tu tergolong dlm blogger yg ramai pengikut juga..huhuhuhuhhuu..tobat la mcm ni
yang ada kacak tu, bonikacak ke? Hehehe
i klik u punya, u klik i punyer k!.. π
larikkkkkkkkk~
Game macam ni memang tak adil bagi pihak yang jujur… π‘
Entah ikut masing2lah…
Terajang bulu ketiak ke tu?haha..tak pernah terjebak lagi dengan permainan mcm ni.hehe
baguslah…kang nanti encik titan tawarkan terajang bulu ketiak…naya jer bro!
ingat nak buat gak entry ni.tapi nanti masam muka pulak kan..
sebab ramainya perempuan..
mujur lu buat broo..
hahahha.
dah tak nampak dah u klik i klik ni.. kekeke.
haram hasilnyaaaa
hahahahah sekarang jadi trend plak
Selalu gak ternampak kat Fb.. Mmg xkan klik.. Xseronok la cmtu.. Tipu diri sendiri kan.. abes rosak nama “blogger”
ni kira menipu gak ehh.. tak baik buat gitew. kesian gak kat advertiser semua.rugi cam tu jer ehhh…
Wah… tak habis2 lagi game klik2 ni yer.. dari zaman Adsense mula2 keluar dulu memang ramai yang guna teknik ni (globally).
Sudah2 la tu.. kesian pengiklan & orang yang betul2 jujur. π
oh, larr~ ini ker kes nya… hurmm~ mcm2 taktik org nak cepat kaya kan? kadang2 sikap tak sabar tu boleh membawa rugi… π
stujuuu jew hihihi biar lah kite nih wat duit dengan bersusah payah sket barulah kite puas hati.. jngan nk cepat kaya je ye tak?? huhu
yang buat gua pedih mata tu yang dok TAK MALU langsung tu siap jom exchange link. korang ingat ni hape benda?? suka suka main klik buat duit? kepala hotak hang! advertiser bagi earnings untuk spread kan iklan tu kepada orang lain dan bukannya nak kaut duit tepi longkang yang macam korang buat tu. ish menyirap pulak aku.
p/s : titan, gua dengar enpunya status bengang hang print screen bagai. bhaha. terasa sangat lettew!
ohhh baru tahu macam tu dorang main 8share nie,,,….huhu
Aku memang tak layan betul main klik2 iklan ni. rilex sudah. Beriya sangat kejar duit dari blog ni. Tapi cara tah apa2.
erkk. ouh. salah ea? aku pun ikod2 depa je. aku tatau pun selama ni apa yang aku buat ni salah. sebab dlu aku join 8shares mmg ta gerak ape pun. bila aq tgok depa baru la menjadi. terima kasih menegur π * akan pwrbaiki kesilapan
apa benda ni.. tak pernah tau pun seumur hidup..
Aku ada juga akaun 8share dan CHurp tapi tak de pula aku buat camtu. sape nak klik klik je la…malas aku nak amik port dan cari pasal…
gua kira gua selamat sbb mmg langsung dah tak bukak akaun2 ni semua…hahaha
gua ingat, semuanya dah insap…takde dah main klik2…rupanya ada lagi…insaplah!
mak aii..guna fb pulak..sebelum ni, apa yang aku perhatikan..diorang buat kt blog..buat giveaway pastu letak syarat..klik link yang tertera..siap nasihat lagi, bagi loading sampai habis..adeyy..
Malaysia ni kira ok lagi skit,.klu vietnam dan indonesia,.fuh ,aku dah jerak advertise area sna. 70-90% fraud.
skrg ni dah penat sebulan dua aku usaha naikkan ranking social di facebook dan twitter sehingga mengalahkan artis,. LOL!,.
akhirnya dah boleh dah share iklan sebaik mungkin tanpa mengharapkan org lain.
total lebih 20 page dah aku handle (manager) dan site admin. skali posting 1k-30k audience, 1k klik minimum sehari for sure. tapi still problem berapa kerat jer uv malaysia aku dapat klu iklan2 8share dan churpchurp ni..memandang kan page aku base on worlwide audience,.hmm. churpchurp nasib baik ada auto-tweet boleh cover klu aku offline. ending2 takkan nak kalah ngan fraud click.
Tapi skrg alhamdullilah saya focus on facebook followers sbg back-up, dah nak dekat 500K facebook followers dah setakat ni. lagi cepat saya earning posting dan promote produk , page, blog org lain dari iklan2 website malaysia ni kadang2 π sbb besar lagi earning, direct dari ownernya :v
aku tau korg pun mesti pernah nampak nama aku hampir dlm suma group besar juga kan?,..ntah sepala pegi main cincai add ni. :v
klu aku join pun dgn dgn satu tujuan berbeza,. promote benda/page/produk lain, dan bukan 8share dan churpchurp ,.wkwk. :v
Makanya Saya kongsikan cara saya yg tak pernah diajar oleh sesiapa, ter’discover’ sendiri.
1. create page sendiri manage content dan promote iklan,tp yg ni mmg stress dan blur kpd newbie . content noob la katakan.
2. Atau,! guna real account mohon jadi site-admin page yg dah sedia ada dan bantu page tu naik/promote produk/blog dorg,naikkan liker,promote page tu di group ker dan minta 1 slot sehari untuk post iklan ko sbg balasan. (selalunya page2 ni takde kaitan ngan 8share/churpchurp.
3. post mcm biasala di wall sendiri tapi jgnla keterlaluan post suma link iklan di wall,.kita bukan papan iklan ni, nti kena hide oleh kwn2. jgn lupa tag sahabat handai yg sporting, dan belanja dorg minum klu free,.wkwk
4. lagi satu tips power,.. mohon bantuan kawan yg lawa2, real account, ramai kawan,aktif fans,(pastikan bukan 8share member), yg kmu kenal, supaya postkan iklan kmu di wall dorg,twitter, or instagram ker,. samada sebelum dorg masuk tido, atau offline. Kiranya pinjamla slot wall dorg minta bantuan dorg post 1 iklan gtu. bayangkan 10 org postkan iklan ko sekejap jer. suruh dorg delete jer klu mereka nak online nti. jgn sia2kan kecantikan seseorang wanita, peewit. part ni pndi2la kmu blanja minum ker,.tlg cucikan keta dorg ker klu free nti, wkwk :v :v π
5. jgn lupa kasi shortlink suma iklan supaya org tak nampak link ori dan kmu dapat trace gak nti. selalunya post tanpa gambar pun menjadi, tak payah byk kata. kasi misterius gtu,..buat2 post mcm biasa jer sambil letak link tu di penghujung status.
-S. N. Sherafie Izuan
ni namanya permainan u jump i jump. bila buat salah, masing-masing taknak mengaku
ni satu legasi ni bro, memang legend orang yang mula2 buat dulu tu
Setakat ini aku buat tak kena ban lagi. Patut la byk bdk2 cepat kaya.
kakak jugak tak kaya2 dgn hasil klik2 sebab tak reti nak nipu (walhal dulu pernah terjebak gak dlm grup yg diinvite tu. haha)… O ya, 1 day kakak nak backlink kan entri ni kat blog kakak ya. Trimas