Hari ini, kita akan menyambut ulang tahun hari kemederkaan yang ke 56.
Malaysia.
Itu nama negara kita. Yang kita cinta dan kita sayang.
Sempena itu. Aku kongsikan artikel yang aku tulis ketika aku menang dalam Peraduan Mengarang di Majalah Ibu dulu. Temanya sangat sesuai dengan hari ini.
Pertahankan Tanah Air Tercinta
Mat Kilau, Tok Janggut dan Dol Said adalah antara tokoh pejuang kemerdekaan yang saya sanjungi. Mereka telah menentang pihak British hingga ke titisan darah yang terakhir. Kini, mereka telah lama meninggalkan kita.
Jika saya seorang pejuang kemerdekaan, saya juga akan mempertahankan tanah air kita agar tidak jatuh ke tangan pihak British.
Saya juga akan membanteras pengkhianat tanah air. Disamping itu, saya juga akan memberi semangat pemuda-pemudi sayangkan tanah air kita. Semoga mereka menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan tanah air.
Nampak macam ringkas sahaja, kan?
Nak buat macam mana, umur aku masa tu pun belasan tahun sahaja. karangan pun memang standard budak-budak. Tapi aku rasa aku tulis panjang masa hantar dulu. Mungkin diorang ada “edit” apa yang patut agar tak nampak panjang sangat. Aku memang jenis suka mengarang panjang-panjang sejak kecil lagi. Tak hairan, masa UPSR, PMR dan SPM. Aku dapat A dalam semua peperiksaan tersebut. Â Haha..
…
….
Dah. Cukup sampai hari ini. Hari ini, aku akan balik kampung dan rewang dengan saudara yang lain untuk sambut Hari Keluarga keluarga belah nenek aku. Kami akan berkumpul pada hari ini. Semua pakai baju raya.
Semoga nenek aku gembira selalu.
Kesimpulan.
Pertahankan tanah air kita.
Pasti kita tidak mahu negara kita jadi seperti di Iraq, Afghanistan, Bosnia dan Mesir. Jadi, jika tak mampu untuk mengangkat senjata, kita gunakan dengan tulisan kita. Mungkin tak dibaca oleh seluruh dunia. Tapi tak mustahil, ramai yang membacanya.
Itu dah lebih dari cukup. Yang penting, jangan putus asa untuk terus mencuba.
Ps: Selamat Hari Merdeka.
7,467 total views, 1 views today
malaysia tanah airku..pergi mana pun mesti pertahankan juga. 😎
Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56.. “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”..
Selamat hari merdeka. Tengok kita sambut merdeka dengan hiburan melampau…asyik nak seronok saja…sepatutnya disambut dengan keinsafan
betul tu.. Buat solat hajat dan doa selamat ramai-ramai kan lagi bagus.
Apasal takda lu gua. Haha.. Selamat Hari Merdeka bro.
masa tu, en titan masih skema =)
Salam Merdeka buat bro sekeluarga…
Pendek tapi mmg ada jiwa. Patutlah hang mmg terer mengarang…mmg bakat semulajadi!
Di mana pun kita, Malaysia tetap no 1!
memang respek aku dengan ko Titan, good
Kenapa pendek je artikel tentang kemerdekaan ni, sepatutnya lebih panjang lagi, cikgukan terror tentang karangan/artikel bab kemerdekaan. Apapun selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia dan rakan–rakan taulan. Semoga bumi Malaysia terus aman, damai, makmur dan sentosa selamanya.
ini kan karangan masa dia budak2 lagi..huhuhu
selamat hari merdeka untuk semua rakan blogger Malaysia semoga Allah memelihara Negara kita dihindarkan dari Dugaan dan pencerobohan
Selamat hari merdeka bro 🙂
Tapi bro yg sedihnya ada yg siap nak tukar bendera dan cakap 31 ogos hari malapetaka…
Ade sesetengah lagi yang tak merdeka. Kalau akulah, dah lame aku campak diorang ke luar. Tarik je taraf kewarganegaraan diorang.
Betul!
Kuasa tulisan pun kadang2 dapat mengubah dunia. Lagi-lagi tulisan yang ditulis dan disebar menerusi laman-laman web yang boleh disebarkan ke seluruh dunia. Woaaahh!
😀
memang dah terserlah masa muda bakat mengarang tu.. dibawa hingga dewasa la ni
cayalah bro.. aku memang tak berapa pandai mengarang penuh serius nih..pejuang yang terdahulu dah terkorban, dan yang masih hidup sekarang ini, yang masih ada teruskan perjuangan..
Tanah air kita mesti di pertahankan.
Menarik pula artikel merdeka encik titan keluarkan ni..hahaha
yeah sila mantapkan ekonomi kita untuk lebih memantapkan erti kemerdekaan kita ini
Bagi tentera lah mempertahankan,aku suport dari belakang jer hehehe
baru tadi tengok dokumentari Mat Kilau kat Majalah 3,,, Merdeka Merdeka
Semangat patriotik perlu disemai kepada rakyat secara berterusan….