Okeh.
Siapa sebenarnya Papa Mifz ni?
Secara jujur, susah betul aku dan sebut perkataan “Mifz” tu. Maklumlah, lidah aku ni masih belum cukup senamannya. Mahu terseliuh lidah nak sebut. Tapi anggap aje aku boleh sebut perkataan tu yek.
Aku takdelah kenal Papa Mifz macam aku kenal Puvanesan. Jauh sekali Fatin Liyana atau Ainan Tasneem. Tapi apa yang boleh buat aku ingat blog ini adalah..
- Dia salah seorang blogger yang rabun. Tapi kekal bergaya dengan cermin matanya.
- Dia dah berkahwin, bini dia pun comel. Jadi, secara automatik, anak dia pun comel. Dah besar, mesti lagi hensem dari bapaknya. Tapi aku yakin, bakal-bakal anak aku..lagi comel bila lahir nanti. Haha..
- Dia juga rabun seperti aku. Tapi aku tak tahu “power” cermin matanya lebih tinggi atau rendah dari cermin mata aku.
- Dia seorang lelaki.
- Dialah satu-satunya blogger yang aku tahu ada kedai cermin mata.
Oh ya, oleh sebab dia ada anjurkan pertandingan review kat blog dia, jadi aku dikehendaki ulas atau komen apa yang aku nampak kat blog beliau. Jadi, korang baca ajelah apa yang aku komen ni. Mungkin berguna juga kat blog korang atau korang juga boleh abaikan kalau rasa pandangan aku ni macam tak berguna langsung dengan korang.
Yelah, siapalah aku ni kan..bukannya blogger popular apatah lagi blogger otai. Aku cuma penulis blog yang suka makan cendol sahaja..
Niche blog.
Ya, aku tahu blog ini seperti blog-blog lain. Lebih banyak bercerita tentang hal peribadi. Dan salah satu niche utama beliau adalah cermin mata. Pendek kata, ada kaitan dengan “Optik”. Bagi aku, blog dia dah agak berjaya kerana berjaya buat aku tahu dialah satu-satunya blogger yang rajin tulis tentang cermin mata. Dia ada kepakaran tentang “niche” ini. Jadi, syabas aku ucapkan sebab bukan senang nak naikkan niche yang sebenarnya MAHAL dipandangan mata advertiser. Cuma aku harap lepas ini akan ada lebih banyak cerita dan artikel tentang cermin mata, lens termasuklah cara-cara nak jaga mata. Tidakpun, beritahu cara-cara nak jaga spek mata agar boleh tahan seribu tahun lamanya. Hoho..
Simply, tawan “niche” ni. Jangan bagi orang lain kebas.
“Ko ada kepakaran. So, conquer this niche wisely.”
Header.
Ya. Mungkin agak ringkas. Tapi ringkas mana pun, tetap ada tarikannya. Jadi, aku tak nak sentuh hal ini. Jika ko dah rasa header tu paling menawan sekali dikaca mata ko dan bini ko suka, pedulikan pandangan orang lain.
Cuma, Ya. Agak kurang profesional. Tak apa. Tapi once ko nak pergi jauh dan mahu “nampak” profesional..aku cadangkan tukar dan upah la mana-mana designer untuk buatkan header yang lebih kacak. Kalau ko sibuk, ko buat satu lagi contest, pertandingan reka cipta header untuk blog ko. Hadiah kasi wang tunai. Aku yakin, berpuluh designer akan hantar header yang kacak-kacak belaka.
Bab teknikal yang lain macam kelajuan blog, pemilihan theme, plugin dan segala bagai lagi. Aku malas nak komen. Bagi aku takde masalah. Itu blog ko. Hak ko nak guna macam mana. Janji, ko gembira.
About me.
Aku cari page ni. Tapi tak jumpa. Mungkin aku tak pandai nak geledah blog ko. Kalau blog-blog aku, memang aku pandai geledah. Tapi blog ko, ko lagi afdal, kan?
Nasihat aku, buat satu page tentang “About me”. Cerita sikit tentang diri, keluarga, ijazah apa, kerja apa..dah kahwin dua ke belum..target, impian, cita-cita dan jangan lupa, cerita sikit tentang kedai cermin mata kat bukit rimau tu. Dan bagitau juga, kena bawa senapang tak nak pergi bukit rimau tu. Mesti banyak rimau kann?
Travel
Blog Papa Mifz juga ada satu kategori/niche yang cukup bagus. “Cuti” atau bahasa inggerisnya “TRAVEL”. Banyak gak artikel yang menarik untuk dibaca. Kalau ko pandai kembangkan niche ni..ko boleh buat satu blog travel yang tak terkalah berbanding blog-blog travel dalam bahasa melayu yang pernah aku baca. Setakat ni..aku tak jumpa lagi blog yang cerita tentang travel yang boleh BEAT blog Fatin Liyana. Blog ko ada potensi. Tinggal polish aje. Fatin Liyana pun sebenarnya tak polish sepenuhnya lagi bahagian ni. Cuma dia ada banyak follower dan atas sebab itu, dia lagi popular berbanding ko. Tapi..kalau ko serius, bila-bila masa boleh cantas blog dia untuk niche ini. Nak atau tak nak sahaja.
Anak.
Anak ko memang kiut. Aku jeles.
Haha..
“Tak nak tambah lagi 2-3 hero lagi kah?”
OK. Dahh. Aku takde benda nak kutuk sebenarnya sebab blog Papa Mifz ni pun tak tunjuk banyak kelemahan yang boleh aku kutuk. Jadi, takde masa aku nak cari kelemahan satu demi persatu. Jadi, aku cerita apa kelebihan yang ada kat blog dia agar dia boleh perkembangkan lagi blog dia ke satu level yang lebih baik.
** Gambar, semuanya aku curik dari blog Papa Mifz.
Ps: Kalau suka artikel ni..sila like 27 juta kali. Kalau tak suka, klik G+ SATU kali je. Tak susah, kan?
8,547 total views, 1 views today
Blog papa mifz memang menarik. .. ada masanya saya juga rajin terjah blog beliau…
Ye, kome pun selalu je ke blog papamifz tu.
Serius, seronok. 🙂
Aku pun tergeliat gak lidah nak sebut mifz ni..tapi anggap je tau sebut..hehe..dia ni rajin gak komen kat blog aku.
Serius, memang susah nak sebut.
Tapi sebutkan juga.
Sebab bila dapat jumpa papa mifz tu nanti senang nak sebut tak la tergelak sakan nanti.
heheh 😉
muka anak dia macam kacukan pakistan la..besar mesti kacak..
Serius, konfem kacak! 🙂
banding dgn abgensem, mana lagi ensem ni? boleh review kat blog nih berbandingan keensemen papamifz dgn abgensem dan boni kacak.
Rasanya anak papamifz lagi hensem!
Hahah! 🙂
Yelah nama domain je abangensem tu.
semoga papa mifz terus berjaya cam en titan…
muja dan papa mifz dengan encik ada satu persamaan, semua rabun dan berkaca mata. tunggu masa nak lasik je dah cukup fulus nanti,, huhuuu
pesanan untuk en titan : sila cepat kawin supaya tidak jelez dengan kehenseman putera papa mifz 😛
Kalau orang perempuan nak lasik takde masalah.
Orang lelaki jika lasik, susah nak angkat berat.
Huh! Kacau tu ..
Betul tu…cukup tak reti nak sebut Mifz, terseksa batin setiap kali melihat dan mahu menyebutnya…
hahahahahaha..ada juga unsur lawak nya.. apa pun blog yang baru pindah rumah kan?? ada juga pergi ke blog nya..
bro thx sebab sudi join contest den , gembira hati den…;)
ada kelainan dan menarik blog papamift dan semoga beliau terus sukses. juga good luck bro untuk kontest beliau.
good luck…
rasanya bro lagi rabun dari PM kot…
kalau beliau gadis sure aku dah tergoda..ahaaha..niche tu memang mahal..hohoo..
Gud Luck for the contest..baru terjah dan dia memang mempunyai kepakaran dalam bidang nie..
haha kena selongkar lebihlah kalau nak review dia punya blog nih
lepas neh review blog saya pula. hehehe
salam kenal… deno datang dari blog papamifz 🙂 blog papamifz, blog peberet^^ first time datang sini… good luck untuk contest papamifz! deno pun rasa nak join tapi sepanjang berblog, belum pernah review blog … hihi^^
btw, jemput ke blog dayangdeno ya… ini link deno : http://www.dayangdeno.blogspot.com
moga berjaya geng 4 mata 🙂
bila nak review blog MrJocko.com
hebat papa mifzni. ada kedai cermin mata yea. 😯
Bestnyer dapat review yang lengkap macam ni, boleh juga dikembangkan untuk blog MJ, niche ni masih tak berapa nak jumpa..
BTW TQ cikgu TiTan berkongsi 🙂
Terpikir pasal ‘about me’ terus nak godek blog sendiri nak ushar tulis apa..heheee
terima kasih atas segala input dan cadangan serta kata nasihat , akan diperbaiki mana yang patut…:)
Hehe..terbaik…tu dia sifu dah berikan guide line tu..hehe..semoga berjaya yer encik titan..
Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.