Apa itu Agen Affiliate?
Sebenarnya, dari apa yang aku faham. Jobdirumah akan menggunakan nama domain baru untuk mempromosikan produk mereka. Aku tak tahu mengapa mereka berbuat demikian. Jadi, nampaknya banyak kerja yang aku kena lakukan untuk promosi produk ini. Senang kata, banyak benda kena ubah.
Ya, dah jadi satu kerja yang agak melecehkan. Tapi ini peluang baik bagi mereka yang mahu buat duit dengan AgenAffiliate.com. Bila guna nama domain baru, ini bermakna peluang baru untuk menguasai search engine. Jadi, jika korang buat apa yang patut sekarang, aku yakin korang akan dapat lebih banyak duit selepas ini.
Makluman terbaru Jobdirumah akak AgenAffiliate.com
Kami akan memindahkan semua akaun affiliate Jobdirumah.com ke sistem & domain baru iaitu AgenAffiliate.com pada Selasa 1 October 2013.
Laman utama Jobdirumah.com pula akan di naik taraf pada Sabtu 16 November 2013.
Anda akan menerima email daripada AgenAffiliate.com selepas pukul 12:00 pagi mengandungi password baru. Laman AgenAffiliate.com akan LIVE hanya setelah kami selesai mengirimkan password baru kepada semua affiliate yang terlibat. Kami anggarkan proses ini dapat di selesaikan sebelum pukul 7:00 pagi 1/10/2013.
Username masih mengunakan yang lama & link affiliate lama anda di Jobdirumah.com masih berfungsi. Jualan daripada link lama akan di redirect ke sistem baru.
Jika anda mengunakan banner ads, sila pastikan anda update banner link di website & blog selepas mendapat akses ke AgenAffiliate.com bagi memastikan sistem baru dapat merekod jualan.
Sistem lama masih boleh di akses sehingga satu tempoh yang akan di maklumankan kemudian. Komisen yang di hasilkan sehingga 31/9/2013 akan di bayar seperti biasa melalui sistem lama. Komisen bermula pada 1/10/2013 akan di rekodkan ke sistem baru.
Komisen Affiliate:
- Carta komisen juga telah di kemas kini dengan bonus prestasi hingga 90% komisen.
- Minima bayaran masih sama RM20.00 atau 1 jualan & di bayar pada setiap hari bekerja.
Carta jualan bulanan:
- 1 > 5 = 40% Commission = RM20.00
- 6 > 10 = 45% Commission = RM22.50
- 11 > 30 = 50% Commission = RM25.00
- 31 > 50 = 55% Commission = RM27.50
- 51 > 70 = 60% Commission = RM30.00
- 71 > 90 = 65% Commission = RM32.50
- 91 > 110 = 70% Commission = RM35.00
- 111 > 130 = 75% Commission = RM37.50
- 131 > 150 = 80% Commission = RM40.00
- 151 > 170 = 85% Commission = RM42.50
- 200 jualan keatas 90% Commission = RM45.00
…
….
AgenAffiliate.com
Nampaknya, perubahan besar-besaran sedang dilakukan. Bayaran komisen pun dah berubah. Boleh naik dan boleh berkurang. Jadi, kita tunggu ajelah apakah yang akan berlaku nanti. Memang banyak benda yang aku kena lakukan..
** Banyak kerja la kena aku buat lepas ni. Aduhai..
Ps: Fuhh..kena tukar macam-macam la dibuatnya..
2,944 total views, 2 views today
kadar komisyen dah bertukar..hoho..nasib baik aku baru mula..takde lah effect sangat.
Laa AgenAffiliate ni Jobdirumah ke. Email dia simple sgt, igtkan spam. Delete terus haha