Masa awal-awal dulu..aku tak terfikir langsung soalan yang pelik-pelik macam ni.
Betul.
Sebab motif aku masa tu..memang nak cari duit. Nak dapat duit banyak-banyak. Jadi, segala ruang, peluang dan mana-mana cara yang berpotensi untuk bagi aku buat duit, memang aku sambar. Zaman dulu, beza dengan sekarang. Berbeza sangat. Dulu agak susah sikit. Nak jumpa lubuk duit kat Malaysia ni, memang amat susah. Kalau ada pun, dah dikuasai oleh orang lain. Nak berebut, nanti orang kata kita kacau periuk nasi orang. Jadi, sabar ajelah dan fikir cara sendiri untuk buat duit.
Masa itulah aku berkenalan dengan program-program affiliate macam Clickbank, Shareasale, Comission Junction, Payloadz, Affiliatebot dan macam-macam lagi. Aku daftar, aku join, aku buat kerja dan cuba untuk buat duit. Ada yang berhasil dan ada yang langsung tak ada hasil. Biasalah, adat bila buat duit dengan blog.
Dan semua itu aku lakukan dengan menggunakan platform “blogging”.
Maksudnya, dengan hanya menulis blog.
Masa itu, memang tak ada mentor. Nak online pun susah. Dulu, nak online dalam RM4-RM5 untuk satu jam. Pergi cyber cafe dan dalam tempoh sejam tu, aku baca blog-blog luar negara dan “SAVE” artikel mereka. Berpuluh-puluh artikel aku save dan simpan dalam pendrive buruk aku tu. Balik rumah, bukak komputer dan baca. Bila tak ada duit nak pergi cyber cafe, baca balik koleksi-koleksi artikel yang disimpan tu berulang-ulang kali sampailah aku terasa macam aku faham walaupun hakikatnya ada juga yang aku tak faham-faham.
Maklumlah, ada artikel dalam bahasa inggeris. Masa tu, tahap pemahaman english aku bukan setakat 9G lagi, mungkin tahap 19G. Tapi berkat baca artikel mengarut tu disamping melayan drama korea yang bersubtitlekan “bahasa english” dan juga melayan manga dan anime. Alhamdulillah..aku boleh la faham dan cakap sikit-sikit dalam bahasa english ni. Takdelah rasa hina sangat kat diri sendiri. Haha..
Dan bila dah berusah, mesti ada hasilnya.
Jadi, apa yang aku belajar dari buat duit dengan blog?
- belajar bagaimana nak buat duit.
- belajar trik dan tips buat duit dengan blogging
- belajar tentang kejahatan dunia blogging
- belajar tentang seni menulis tak terkalah
- belajar teknik seo
- belajar pasang umpan
- belajar tentang kesabaran
- belajar tentang kegagalan demi kegagalan
- belajar untuk tidak putus asa
- belajar tak tidur malam
- belajar tektik skodeng otai-otai
- belajar buat kerja walaupun pemalas dan kuat tidur.
- rahsia.
- Terpaksa dirahsiakan.
- dan macam-macam lagi..
Dan..akhirnya, hasil dan tempias buat duit dengan blogging masuk tanpa kawalan. Sebabnya umpan-umpan yang dipasang sejak bertahun-tahun lamanya masih dan sudah menghasilkan pulangan yang lumayan setiap bulan.
Jadi, kalau tanya aku.
“Adakah orang lain boleh berjaya dan dapat seperti yang aku dapat?”
“Ya. Jika mereka buat kerja dan tidak putus asa.
…
….
Setiap kali kita berusaha, pasti akan ada hasilnya. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Jadi, aku menjemput korang untuk sertai mini contest anjuran Sabree Hussin ini agar korang boleh belajar sesuatu. Kalau ada masa, sertailah. Kalau tak ada masa pun, pandai-pandailah korang curi masa ye. Hehe..
–> Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging?
Ps: Jika ada orang kata, dia tulis blog dengan bukan kerana duit..aku tak kesah. Itu pendapat dia. Tapi aku tulis blog, memang untuk dapat duit. Duit tu untuk apa, untuk mengisi perut yang kelaparan. Kalaulah korang tahu perasaan bila cuma meratah biskut kering dengan teh o tanpa gula selama sebulan..
18,660 total views, 1 views today
Cek terakhir tu, cek Nuffnang. Sedih saya baca ayat terakhir tu, untuk mengisi perut yang kelaparan. Kalaulah korang tahu perasaan bila cuma meratah biskut kering dengan teh o tanpa gula selama sebulan.. Sesungguhnya, bukan senang nak senang dan tak susah untuk susah. Saya belajar banyak perkara dalam entri contest ni. Tahniah Encik Titan. Boleh saya letak Encik Titan sebagai sifu blog saya disidebar blog saya?
dahsyat betullah…baru perasan cek nuff..
mmg benar2 memberi inspirasi
Saya memang peka ngan nuffnang. hehe…
nak letak, letak aje. hoho..
Dah letak dah. hehe
Tulis untuk buat duit dari blog makan masa jugak untuk berhasil
Memang biasanya akan ambil masa.
Tak ada orang mula, terus dapat income laju. hoho.. 😈
segala penat lelah bro dah terhasil. brand dah tercipta.. solid foundation.. 🙂
tak juga.
masih ada target yang belum dicapai. Masih banyakkkkkkkkkk lagi. hehe
salah satunya kahwin 4
rajin ko eh tulis panjang-panjang..em..kena ikut ni..:D
la..gua memang selalu tulis panjang-panjang la.
baru ada feel sikit. haha..
panjang tapi memang banyak isi. berbaloi baca
aku pun sama,,, aku tulis blog untuk duit,,, biar la ada orang kata aku mata duitan pun,,, Cendol satu
hang tu belanja gua cendol dulu. haha
tahniah bro!
Siapa yang kata Titan tak rajin? Dia je yang kata dia malas haha
tidaklah.
hakikatnya, gua memang pemalas.
bila nak ajar aku?? hahahaa 😛
turun banting la. haha
dulu tak tahu boleh buat duit dengan blog. sekarang tulis sesuka hati tapi dengan teratur sikt, and tetiba ada rezeki, sikit pun rasa happy,, huhuu
tak pernah kecewa untuk baca entri bro..pakai pelaris apa ek..hahaha
gua makan cendol lebih sikit je dari lu orang.
Itu sahaja.
pelaris cendol..hahaha
Yup…entah apa perisa yang dia pakai..saya dah jadi gian dah ni..cuma belum sampai tahap kritikal lagi..hahaha..hebat2..
Ena pun dulu tak tahu menahu nak buat duit dengan blog ni. Now, Alhamdulillah, byk yang membantu ena.
Nak propose Mr Titan jadi sifu saya boleh tak? =)
nak tahu apa, tanya aje. Kalau leh jawab, gua jawab.
Kalau tak leh jawab, gua kata tak leh jawab la. haha..
Rasa rugi kerana mula agak lewat. Kalau semasa dikolej sudah didedahkan sudah tentu berada ditahap lain sekarang ini.
Benda dah lepas, usah dikenang sangat. hehe..
malas malas pun buat kerja. hakikat sebenarnya ko bukan malas, ko rajin gilaa cuma ko label diri ko malas. tapi tak apa lah, asal buat kerja. ehh, pelik je ayat aku ni. 😛
tak la. Gua memang pemalas la.. 🙁
penat lelah dah membuahkan hasil..berbaloi segala usaha kan 🙂
Berbaloi dengan perih jerih yang diusahakan admin selama ini.
Inspired. 😉
fuh kagum la den tengok jumlah cek terakhir tuh…!!!
kesimpulannya belajar dan terus belajar kan bro…???
Nanti aku join…insyallah…
memang Bro antara inspirasi untuk rakan-rakan lain berblogging. teruskan usaha. tingkatkan hasil.
Berminat nak join tapi hasil dr blogging tak nampak sgt lagi..3 bulan sy mula berblogging mcm baby belum pandai bercakap lagi kan haha..
helemek.. tersentuh hati gua bila baca bab biskut kering dan teh o tanpa gula tuh… gua macam pernah melalui saat2 cam tuh.
Mana ada orang ‘malas’ buat kerja. Orang malas tak but kerja la.
tidak konsisten. itu masalah aku paling besar dalam dunia blogging ni
terima kasih…tip yang berguna untuk saya
Ayat yang terakhir dalam entri ini cukup bermotivasi buat saya..nak dapat hasil lumayan, perlu usaha yang bukan sebarangan.
FA sokong dengan entri.rezeki pun murah sejak bertukar ke platform WP Ni.tak sampai 3bulan lagi FA dalam platform WP.tapi cik Nuff dah bagi 10 iklan CPUV.Tak sia-sia FA laburkan ‘sedikit’ duit utk bertukar ke platform WP.Banyak peningkatan dan ilmu yang FA dapat sejak berada dalam arena WP.Terim kasih diatas sharing yang sangat berguna ni bro.
#BRo,jemput join segmen SEO.Hadiah lumayan sbb hadiah cash..sempoi kalau dapat 😆
perkongsian yang bagus.. terima kasih sifu 😆
Saya faham sangat perasaan saudara tu. Hanya warga marhaen seperti kita yang memahami perasaan warga marhaen lain. Kelaparan dan rakyat seperti kita sangat intim hubungannya, umpama aur dan tebing.
Perasaan kehidupan yang terpaksa berjimat sehingga ke tahap makan biskut kering cicah air suam tu pernah saya lalui.
Buat yang terbaik, akan dapat yang terbaik. Perkongsian yang menarik. Penaik semangat ni 🙂
Pinar mata tengok cek-cek tersebut… Gile ahhh..
(siyes, komen kat sini je, msti terpaksa kuar ayat2 sperti ‘gile ah’, ‘jeles ah’… hilang kesantunan aku di situ.. hhoho)
Haha..
sejak bila hang bersopan-santun nih??? 😯
Belajar dari kegagalan itulah antara pengalaman yang buat kita jadi lebih baik
sumber inspirasi yalah kerja kena kuat, jangan putus asa dan bersungguh-sungguh.sy asyik tdo awal sahaja ni tak boleh jadi
Dasyatlah pengalaman bro…boleh buat buku ni
rasa dah byk si titan buat buku ni
banyak-banyak .. minta sedekah sikit.. nak buat belanja kawin
Emm menariknya kisah buat duit ni..terinspirasi juga ni..haha
alhamdulillah….usaha tangga kejayaan kan…. 😉
Wah, lumayan sungguh blogging macam nie. 🙂
Saya pun nak buat macam saudara 😆
wow..bagus..:) just nak sharing satu lagi online bisnes..try search pasal Smart Media Technologies..ad YOBSN application..ni pon bagus..kalau tak faham register free member kat link ni..http://smartempire.hppvip.com pastu add saya..try duu baru tau..hope online bisnes terus maju..sama2 support each other ok..
wohaaa..not bad…..congrats…..sudah semestinya ia dtg dgn usaha yg menggunung dan xknl putus asa..
banya lagi aku kena belajar nih
first time lawat blog ni…very inspired thnx admin. gua pon tgh blajar2 wat blog skarang nie tgh blajar pasal cmna nak wat content yang menarik, belajar asas keyword research x abis lagi.
byk lagi benda kena blajar nie…domain ppon x beli2 lagi haha….harap dapat la blajar lebih mendalam lagik cmna nk ber blogging dan berjaya macam admin.
belajar buat kerja walaupun pemalas dan kuat tidur.
Hahahaha.. Macam wa je nih
Pemalas dan kuat tidur. terasa aku. Haha.
Tapi untuk oku fizikal macam aku ni blogging adalah platform terbaik sebab tak banyak gerak.
kbai. boleh sambung tido.
nak terbeliak biji mata
nak dok rapat2 boleh… pancing guna umpan ape ni? lumayan hasil.. 🙄
sempat merasakan juga dari innity dan iklan lainnya tapi sekarang belum lagi semua dah dibanned
Tahniah.. memang cukup memotivasikan