Ya, ada sesetengah orang yang tanya aku soalan tu.
Ada juga soalan yang lebih kurang yang mempunyai maksud yang lebih sama.
“Bro dapat duit dari KOMLI, tapi tak nampak pun iklannya?”
“Blog yang ada akaun Innity yang mana satu? Tak nampak pun kat blog ni?”
“Tak nampak pun lu pasang iklan Nuffnang?”
“Bro bagitau cerita pasal 8Share. Tapi tak nampak pun bro share iklan diorang?”
…
…..
Bila aku baca soalan-soalan macam ini. Biasanya aku akan jawab seringkas mungkin. Kalau ada yang tak berapa faham dan tanya macam-macam lagi soalan. Barulah aku terang betul-betul. Memang biasanya, aku bagi jawapan yang boleh menguji minda dan kesabaran orang yang bertanya.
Kadang-kadang, mungkin juga jawapan aku berbaur sindiran dan juga hentaman.
Tapi, selagi jawapan itu sampai ke sasaran. Itu dah cukup bagi aku. Cuma mungkin koranglah la terpaksa perah otak untuk faham apa yang aku cuba sampaikan.
Bagi yang baru tulis blog satu minggu lepas, tapi dah tanya soalan macam-macam. Aku memang syorkan diorang baca blog aku. Tak blog Earncent, blog yang ini. Bila aku suruh baca, memang aku tak bagitau artikel yang mana satu. Itu bermaksud, hang kena cari sendiri.Kalau jumpa, syukur. Kalau tak jumpa, kira nasib lah. Kalau aku rajin, dapatlah aku bagi link artikel yang mana satu. Tapi biasanya aku malas. Jadi, pepandailah baca.
Tak pun, korang baca dari artikel pertama sampailah terkini. Campur dua blog tu. Ada lebih dari satu ribu artikel. Haa, kalau rajin..gi baca.
Sejarah awal masa tahun 2003 dulu..aku sampai sanggup save artikel-artikel kat blog-blog sebab nak jimat duit. Yelah, online kat kedai aje. Satu jam, 5 ringgit. So..dalam sejam tu..dapat gak lah berpuluh-puluh artikel yang aku rasa best dibaca dan boleh bagi aku ilmu. Dan ianya berlarutan sehingga ke hari ini. Cuma hari ini, aku bookmark aje mana-mana artikel yang aku boleh rujuk pada bila-bila masa nanti.
So, kalau aku sanggup. Kenapa korang tak sanggup? Nak aku suap satu demi satu??
Kesimpulan.
1. Tak tahu? cari dan tanya.
2. Banyakkan membaca dan membaca.
3. Bila orang dah tolong walaupun pertolongan itu nampak kecil. Sila belajar bersyukur.
Untuk jawapan untuk soalan-soalan diatas. Aku ada juga beberapa blog. Setiap blog, ada iklan dari syarikat yang berbeza. Ada aku letak Nuffnang, ada aku letak KOMLI, ada aku letak Innity, ada juga aku selit iklan Churpchurp dan 8Share. Korang nampak tak nampak aje. Kalau nampak, bagus. Kalau tak nampak, aku rasa korang kena tempah spek mata la jawabnya. Majoritinya syarikat pengiklanan kat Malaysia ni, aku dah cuba SEMUANYA. Dan hampir kesemuanya dah pernah bagi aku duit. Syukur, walaupun takdelah sebanyak mana income orang main klik-klik nih..
Jumlah cek Nuffnang yang aku pernah dapat selama ini adalah 17 cek nuffnang. Google Adsense? Dah tak ingat dah sebab sekarang guna western union. Dah lupa berapa kali dapat. Kalau TNX? Dah seratus kali dapat. Kalau Jobdirumah? Dah lebih 50 kali dah, kalau TLA? Pun dah lebih 50 kali, kalau 8share? Adalah 3-4 kali. Innity? KOMLI? Churpchurp? Entah..dah tak reti kira dah. Haha..
“Peh..berlagak gila bro siap bagitau berapa kali dah dapat duit sana-sini?”
Itu bukan berlagak beb, itu hakikat. Buat apa gua nak menipu lu orang semua?
** Ada masa, aku tolong apa yang aku mampu. Ada benda yang aku tak tahu, aku jawab tak tahu. Tak percaya? Cuba tanya mana-mana blogger yang pernah PM aku kat facebook dan juga yang pernah email aku. Camana aku jawab? Kekadang jawapan aku pendek. Kekadang jawapan aku panjang berjela-jelaaaa…
Ps: Bila orang dah bersangka buruk tanpa bukti, macam itulah jadinya. Setiap tuduhan yang aku buat, biasanya memang ada bukti kukuh yang aku simpan. Untuk persedian “counter” balik tuduhan orang yang tak pandai berfikir. Jadi, tak payahlah nak cari pasal dengan aku atau nak kata aku berlagak nak jadi hero kah, nak menyombongkah..atau apa-apa. Bila benda dah terang, tak payah nak tegakkan benang yang dah basah.
14,272 total views, 2 views today
Banyak nye lah yang ko dapat..aku nak jadi macam ko jugak..usaha lagi..usaha..
Betul tu.. kena rajin usaha dan belajar. Tak mudah nak dapat semua ni. Terima kasih bro titan 😆
Kalau gabung2 semua ni, 4 angka sebulan boleh dapat ni…
kena lantik pembantu untuk kerja merekod income masuk ni bro.. hihihi
takut LHDN cari je ni nanti.. 🙂
GA ngan TLA tu tak tahan..ohoo..Linkworth selalu dapat gak tak?LW lumayan gak payment..:D
linkworth? dah jarang dapat. Ikut nasib lah. kalau ada, ada. Kalau tak ada..nasiblah. haha..
haha…sempoi habaq ang…
pergghhh boleh jadi tauke cendol.. meh bukak cawangan kat Rawang ni.. hoho
Fuyooo! Ni memang legend dah nih…
terbaik la..semua ko kaut..hahaha
betul tu bro… tahniah sebab usaha tanpa jemu membuahkan hasil. Yang aku pelik adalah, ada lagi blogger yang mempertikaikan dan memperlekehkan serta membandingkannya.. Yang penting, JANGAN SAILANG!!
just wrote about sindiran dah ramai tak puas hati.. hehehe
betul tu kid..yang penting jangan SAILANG (walaupun tak ape bendanyer) haha…
ha’a la, blog ni macam tak ada iklan langsung la hhe
kekadang langsung tak jawab haha
banyak jugak yang tak puas hati kat ko ni ye bro.
perghhhh beribu-ribu-ribu tanniaaaaaa
Perlu ada book keeper sorang nih…syarikat saya ada buat khidmat manage akaun kalau perlu…hhehe
entri jawapan pd yg nak cari pasal gamaknye ni…apa pun income lu agak padu bro…
saya memang respek abe TITAN
kelebihan org yang banyak blog.. hehehe..
Lu memang kaya…itu saja…terima kasih…
Diorang tgk blog nie je kot. Mmg la x perasan. Ade berpuluh lagi blog lain kn? Haha
memang legend r..ada banyak blog..aku yang ada satu nie pun tak terjaga..masih tercari-cari lagi nak pasang iklan yg mana satu..hu3
banyak hee mmg sifu sungguh di mata saya hee..btw ayah hujung cam marah sungguh.sob..sob.. 😉
Nuffnang dah banyak jugak bagi cek untuk makan2 kat aku… Lama dah…
hehe duit lu bertingkat-tingkat
Ni kalau dikira satu persatu cek tu,mesti dapat support 4 tahun pekena cendol kan 😆
Aku pun tak nampak iklan Nuffnang kat blog ni. Tapi tak kisahlah. Bukan wajib letak pun iklan tu.
Gile ah hebatt.. Nnt aku blanje ko cendol, ko perturunkan segale ilmu ok… hik hik hik..
smoge terus hebat 🙂
Tak kesah la nampak ke tidak iklannya..janji artikel dalam blog ni sedap untuk dibaca dan kelakar sampai boleh tersenyum depan komp..itu dah cukup..haha
hebat.. mmg legend nie.. hehe..
terror le bro nih sbb tuh berani keluar dgn kitab seo. full time ke bro?
sedapnye dpt inkam byk
itulah habuan org yg rajin.. He3
perghh baru terbakar bila sekali tunjuk hihi
gua klu orng tak bagi tau gua tak tanya, gua tak sindir pun orng tak bagitau tu.. kalau gua nak tau gua cari sendiri.. tak jumpa gak, gua giveup..hahaha
harap2 lhdn tak baca entri ni
haha
ko ni mesti bijak dan bagus kan. mmg kalau salah tny for sure kena hentam. Hahahahaha…ayat nmpk garang bro. tp ada betulnya tuh…kpd yg nk tny pun pikir dan semak dulu betul2. nak ramah mesra tak kena gaya.
iklan nuffnang tu kejap ada kejap tak ada yer. tapi semua yang buat duit ni buat orang tergangga lah…
Suasana Malaysia mungkin agak berbeza di luar sana. Iklan terutama yang klik-klik ni sebolehnya dirahsiakan lubuknya. Boleh bagi tips tapi urlnya biarlah rahsia… Ada sebab jadi garang ni, sekarang dah jadi besi waja. Cakap apa sahaja, no hal punya… 🙂
Hakikat yg tak perlu kita tolak.. Kita malas membaca. Bertanya dengan harapan semuanya orang suap sampai kenyang.
nak kena tuntut ilmu lagi nie…sapa sudi nak ajar saya….saya budak baru belajar…hoho
First time singgah sini..aku xnk bagi komen apa apa koh koh
Diorang tak tahu ko nie ada banyak sumber income…. hohohoo
dorang hendak berjaya seperti bro , tapi mungkin mereka kurang sabar dan hendak cepat kaya…agaknya la…hehe
Terbaik la bro titan.. 🙄 😛
Assalamualaikum bro.. tahniah bro.. bukan semua orang boleh dapat seperti mana yang bro dapat ni… usaha bro dah ada hasil.. all the best buat bro… suppoert saya juga ye.. tak sampai pun 1 week buka blog…
diorang tau blog ni je kot…tu yang diorang cari kesemua iklan tu kat blog ni je..hahaha.
mestilah kena usahakan. ada blog letak nuffnang ada yang tak kan.
Hehe..kemana menyepi ni?semoga sihat sejahtera selalu hendaknya..aminnn..haha
tak sangka bro memulakan sesuatu dengan kesukaran ..cerita yang hebat.
gila kentang.. kitab2 baru kena terbitkan nih bro.. haha..
aku yakin, dia dah ada fikir dah benda2 kitab baru ni…
dh sorok jadi susah nak nampak nghee…
Murah rezeki hasil dari berblog. Syukur 🙂
gua tak pernah sangsi ngn apa yg lu tayang kat blog2 lu…sbb gua kenal blog dulu dah lama dah… 😈
gua pernah tgk, dah mungkin jugak gua terklik iklan2 kacak yg lu selit…lu mmg pandai buat org klik2…ceh!
ini budak memang hebat
bro… bila nak belanja cendol banting?? hahhaaaa
blog ni mmg la xnampak iklan..blog2 lain titan? melambak iklan…hehe..
blog yg mana tu la ye..
memang terperasan pasal iklan-iklan jenama lain di beberapa blog bro. ada masanya macam nak cuba juga, cuma masa mencemburui.
Saya tak kisah ngan blog ada iklan apa ke atau takde, yg penting isinya… tapi mmg best ah blog encik titan nih. masuk ni dah kali ke berapa ntah saya belek2. O ya, saya pun dah ada duit dari Nuffnang. Hanya bermula dgn 25 sen sahaja. Terima kasih sifu selalu beri ilmu