Ketika aku melancong ke Johor beberapa hari yang lepas, aku ada dapat beberapa pertanyaan.
Antaranya..
“Encik Titan, boleh bagi tips macam mana nak dapat duit hari-hari?”
“Titan, apa agaknya yang akak perlu buat agar boleh dapat lebih banyak lagi dari apa yang akak dapat sekarang?”
“Bro..ajar saya macam mana nak jadi sebijik macam bro. Boleh? Saya nak belajar macam mana nak buat duit hari-hari. Saya dah hilang hala tuju dah. Dulu, ada la dapat sikit-sikit duit tulis blog. Tapi sekarang ini, macam dah susah aje. Saya harap bro boleh bimbing saya agar saya boleh berjaya macam bro jugak..”
…
….
Tu dia. Macam-macam soalan.
Dan ada lagi satu dua soalan lagi yang aku malas nak khabarkan pada korang. Sebab semuanya berpaksikan pada perkara yang lebih kurang sama.
Jap..
Ada duit masuk. Ohh, dari program ini. Ini memang normal.
Ya. Sesetengah orang mungkin dah “jelek” atau “MENYAMPAH” bila aku asyik dok update artikel tentang program itu. Asyik-asyik dapat aje. Rasa geram memuncak dan sampai satu tahap rasa nak terajang tulang rusuk aku aje, kan?
Ok. Mari kita berbalik kepada soalan-soalan tu.
Aku sebenarnya tak ada tips yang mudah-mudah untuk korang ikut. Semua tips, susah-susah belaka. Jadi, aku nak cerita tips yang susah-susah tu pun, aku rasa macam susah aje nak tulis kat dalam artikel-artikel aku. Sebab ia melibatkan banyak perkara.
Dan selalunya, jawapan yang biasa aku cakap atau tulis.
“Buat kerja.”
“Hang lagi pemalas dari aku pun, hang mesti buat kerja!”
“Lu kuat tidur macam gua pun, lu mesti buat kerja.”
Baru ada hasil. Baru ada komisen masuk hari-hari. Baru dapat email..
“Tahniah, anda dapat komisen!” – Jobdirumah.com
“Encik Titan, Tahniah! Anda menerima komisyen” – Hafiz Wasa
“New Sales Comission” – Jomniaga.com
Dan banyak lagi ayat yang lebih kurang sama sahaja maksudnya.
Tapi aku boleh bagi tips atau point utama yang menjadi penggerak aku sejak aku mula menulis blog pada tahun 2003 dulu. Kalau korang nak salin, salin. Kalau tak nak, tak apa. Baca dan hafal laju-laju.
- Tetapkan target korang. Nak dapat berapa sales setiap hari?
- Ada impian? Tulis impian korang. Kat blog, kat diari peribadi. Kat dalam smartphone. Nak tiru cara aku. Ambil kertas A4, tulis besar-besar. Aku nak kahwin 4!. Tampal depan meja SOHO korang tu. Baca setiap hari. Insya-Allah..makbul suatu hari nanti.
- Tulis juga target jangka masa pendek. Contoh, aku nak update blog paling teruk 1 artikel untuk 1 hari.
- Tulis juga target jangka masa panjang. Contoh, aku nak blog aku menang dalam MSMW 2014.
- Rangka dan bina strategi, kaedah, teknik dan senaraikan semuanya dalam 1 kertas. Macam aku, aku tulis dalam diari khas aku. Aku juga tulis dalam satu blog peribadi aku yang korang memang takkan jumpa sampai bila-bila. Carilah kat search engine. Memang tak jumpa. Aku sahaja yang boleh baca. Dan memang aku baca setiap hari. Untuk menaikkan motivasi aku.
- Rahsia.
- Rahsia.
- Juga dirahsiakan.
Cukuplah beberapa point tu. Korang ikut dan buat. Lepas tu, jangan tengok aje apa yang korang tulis dan rancang tu.
LAKSANAKAN!
Dalam erti kata lain, buat kerja. Faham?
Kesimpulan.
Apa yang aku dapat hari ini, bukan kerja satu hari. Tanah Melayu merdeka pun, mengambil masa yang agak lama. Inikan pula nak buat duit hari-hari. Ambil masa untuk dapat rentaknya. Jadi, buat kerja sehingga korang jumpa dan nampak rentak korang yang tersendiri. Masa tu, korang sendiri akan tak percaya yang korang sebenarnya boleh juga lakukannya asalkan korang tidak putus asa membuat kerja.
** Nanti aku ceritakan bab strategi, kaedah dan teknik tu. Sebab benda ni panjang nak cerita. Kalau aku cerita dalam artikel ni, bukan korang je yang rasa menyampah nak baca. Aku sendiri sakit jiwa nak mengarang ayatnya. Haha..
Ps: Okeh la. Aku rasa internet dah makin ok. Nak sambung layan drama korea plak..
8,968 total views, 2 views today
Seronok baca perkongsian pengalaman otai buat duit melalui blog. Hari-hari pula tu boleh dapat duit, memang terbaiklah. .
takdelah hari-hari. ada jugak satu dua hari yang termiss.
Biasalah tu. Kalau dapat hari-hari, dah lama aku berhenti kerja. haha
nak duit hari-hari dgn mudah,,, PRINT SENDIRI la duit byk mana korang nak 🙂
Macam teringin nak letak aku nak kawin…
Tapi sat gi bini koyak plak.. kat SOHO aku nie.. he he..
Terbaik la.. terima kasih sifu

bro gua nak tulis besar2 macam ni boleh tak..gua nak duit bro titan tu
Banyak sangat rahsianya. 🙂
hahahaha.. tensen je bace tips2 tu…
sebagai prmpuan, aku x nampak tips lain dah… bab kawin 4 tu je ku ternampak… hohoho…
bab rahsia pun tensen gak… hehe..
Setujuuuuuuuuuuuuuuu nadot!! bab kawen 4 tu yg mak nmpk dulu.
Dgn tips rahsia tu jugak. Rahsia dmpi 3 ada..Cisssssssssss lu titan!!Beriya aku baca smpi tips yg terakhir..last2 rahsia??
Huh!
korang makcik-makcik nih..
memang perasan aje isu ni ye. hehe..
POINT YANG UTAMANYA KENA KERJA 😀
Pergh.. Tinggi cita-cita nak kawin empat tu bro.. Semoga terlaksana la ye. haha
alaa.. pesal pendek je entri. ko tulis panjang2 pun aku baca r 😀
Tiga tips terakhir yang rahsia tu semua dah buat…TQ
ada juga yang tanya soalan macam tu.. 😆
thanks for sharing..
bro pun layan korea ka?…hahaha
semoga bro sukses untuk target kahwin empat tu….InsyaAllah.
huh…mmg agak kental juga en titan ni ye..mampu ke nak kahwin berempat?
Ini sudah cukup menaikkan motivasi aku…
bila buka kitab sikit ada sakit mata padahal pusing2 tang tu juga adeh,malas weh..malass..jum balaik blog masing2 kita buat kerja 😮
Memang berkesan betul la teknik ko…
Hoooho….buat duit dengan blog lagi….segala rahsia saya nak ikutlah…apalagi selain tip di atas. Bolehlah bro…buat entri yang berkenaan strategi, kaedah, cara, promote, ayat meleleh…ayat mengapu, ayat sedih semuanya nak bro…
Tak adil ada blog tapi 1 sen pun tak masuk semenjak bulan 6 bulan lepas, adapun cuma dpt Topup RM10ketika hari raya hari tu tentang contest SEO My Kad Smart Shopper. Kalau macam ni macam mana nak bayar line internet dan bil api, boleh muflis ni…
Insya Allah jika ada panduan daripada bro…harap-harap dapat spt bro, atau setidak-tidaknya dpt 1/3 drp yg bro dpt.
Nak beli Ebook Teknik SEO Merah Jambu…tak mampu…he..he…
Jom buat kerja. Den masih jauh perjalanan.
banyak je rahsia..meh2 gua belanja cendol lu cerita itu rahsia..hehehe….
Mendalam ayat ni
“Hang lagi pemalas dari aku pun, hang mesti buat kerja!”
ok jom buat kerja 🙂
saya pun baru nk tnye brom macam mana nak dapat duit hari-hari
bab strategi selalunya tak dak yang nak kongsi hhe
Emm siapa yang punya soalan tu ekk..bertuah diorang kan?haha..emm masa..masa..masa..memang sakit jiwa bila kerja melibatkan masa…adoiii…sabar aje la…
dalam apa bidang pun nak sales kenalah usaha , usaha tangga kejayaan…
tabik spring dengan kemampuan bro…;)
matlamat kita samalah. tambah cawangan sampai 4. tapi Bro buat dulu erk. pastu tulis ebook
Wah,bestnyer bila tengok orang dapat kan? KALAU lah aku dapat buat macam tu jugak,mesti bestkan. KALAU lah aku jadi En.Titan mesti best kan? TAPI kalau asyik duk kata KALAU jer,KALAU ni KALAU tu, biler nak jadiknyer,betul tak En. Titan? So,Point pentingnya , Kena Buat kerja lah baru leh Sukses dalam bisnes online ni n jadi macam En. Titan ! Amin. 😉
berapa banyak punya kalau dahhhhhh..
haha.. 😆