Memandangkan line internet yang masih lintang pukang ni tengah elok sikit, aku rasa aku nak sambung balik untuk jawab soalan-soalan yang ditanyakan oleh protege-protege aku tu.
Ada banyak soalan. Salah satunya..
Bro, macam mana nak handle advertiser yang bayar lambat?
Tapi soalan yang satu ini aku jawab walaupun mungkin mungkin jawapan aku itu bukan jalan penyelesaian terbaik untuk selesaikan masalah korang tu.
Sebenarnya, aku ada jumpa jugak masalah ni banyak kali.
Bukan satu kali. Banyaaaaaaaaaaaaaaaaak kali.
Apa yang aku buat?
Buat bodoh dulu. Sebab diorang yang approach aku. Diorang yang minta aku buat kerja untuk diorang. Jadi, takkanlah aku nak terhegeh-hegeh mintak hutang, kan? Sebab dalam “DEAL” atau perjanjian bertulis yang dibuat tak kiralah melalui PM di Facebook atau di email, aku dan pihak advertiser dah ada kata putus. Sesetengah tu, memang aku tak mintak duit dulu sebab aku percaya diatas JENAMA dan juga kredibiliti mereka. Aku tak mempersoalkan bab bayaran dan bila diorang nak bayar.
Ini bermaksud, aku dah hampir 90% percaya dengan mereka. Dan aku harap kepercayaan aku tidak dicurangi.
Tapi, kebiasannya situasi ini yang berlaku dan aku yakin pasti dan tetap akan berlaku juga.
- Mereka akan email lambat dan bagitau akan bayar dalam 2-3 hari. Kebanyakkannya akan bayar.
- Mereka tak bayar langsung. Korang contact, tapi langsung tak dilayan, email tak berbalas dan telefon serta sms langsung tak terjawab.
- Diorang akan bayar terus bila korang baru email atau call diorang.
- Diorang akan bayar lepas korang ugut diorang.
- Dan sebagainya.
Malah, ada sesetengah kes, bayar lambat sebab mungkin mereka anggap aku tak kesah. Sori, aku memang kesah. Sangat kesah. Dan jika berlaku kat orang lain, cuba fikir. Mana tahu diorang tengah terdesak nak pakai duit. Tak ke haru dibuatnya tu?
Dan, tengok juga deal korang. Berapa hari tempoh pembayaran? Macam mana deal dibuat. Ada perjanjian bertulis atau cakap mulut sahaja?
“Lu dah deal 3 hari. Kalau gua masih tak dapat duit, lu mesti bagi gua alasan kukuh untuk gua percaya pada lu..”
Kalau sampai tahap aku terpaksa “ber lu dan ber gua” dengan advertiser terhormat tu. Itu maksudnya aku dah tak boleh bersabar. Ingat, korang dah berjanji dan mesti dipatuhi. Kalau ada masalah, bagitau. Jangan senyap. Sekurangnya, bagi aku faham masalah korang. Dan tak adalah aku kutuk belakang korang nanti. Nak “DEAL” dengan aku, tak susah. Tapi janganlah pulak korang nak pijak kepala aku. Bukan sampai pun, kan?
Jadi, nak dipermudahkan cerita.
Bila korang terima job atau kerja tak kiralah kerja review ke, kerja cover event ke, kerja itu ini ke..pastikan DEAL korang tu tak memudaratkan korang. Kalau depa kata nak bagi wang tunai + 20 bijik gula-gula hacks selepas korang siap kerja dalam tempoh 1 minggu. Korang mesti dapat wang tunai + 20 bijik gula-gula hacks tu selepas korang dah siapkan kerja dalam tempoh 1 minggu. Depa bagi 19 bijik, korang ada hak untuk mintak 1 lagi bijik gula-gula hacks.
Kena ikut perjanjian.
Tak sukar, kan?
Kalau depa lupa atau buat-buat lupa?
Itu TUGAS korang untuk ingatkan diorang balik.
Jangan malas atau segan nak mintak. Kalau tak mintak, camana nak dapat cepat??
Maklumlah, advertiser-advertiser ni MAHA SIBUK. Sampai tak ada masa nak layan karenah korang. Tapi bila bab mintak tolong, laju aje. Jadi, korang kena mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Aku tahu kebanyakkan mereka bayar, tapi ada yang bayar tersangatlah lambat. Korang pulak takut nak mintak sebab advertiser tu atau orang tu..tersangat terkenal ataupun syarikat tu tersangat tersohor di Malaysia ini. Hujung cerita..korang yang merana dan pasrah hingga akhir nyawa..
Pengalaman aku buat kerja dengan syarikat luar dan blogger luar negara.
- Diorang bayar sebelum aku buat kerja.
- Kalau diorang janji bayar dalam tempoh 1 bulan, diorang akan bayar tak sampai 1 minggu. Sebab biasanya aku buat kerja cepat.
- Kalau program review plak, tempoh matangnya 1 atau 2 bulan. Memang biasanya diorang bayar dalam tempoh itu. Tak pernah “PENDING” sampai 3-4 bulan.
- Sampaikan, belum siap job pertama, dah suruh buat job kedua. Siap bayar terus untuk job kedua. Advertiser macam ni, memang aku layan dengan penuh kasih sayang. Haha..
- Dan diorang tak lokek dan berkira bab bayar kerja yang dilakukan. Satu artikel berbayar yang biasa aku dapat paling jahanam pun antara 20-30 dollar. Itupun hanya untuk tulis sebanyak 200-400 patah perkataan. Kalau yang dekat 1000 patah perkataan ke atas, paling teruk pun 50 dollar. Selalu, 100-200 dollar bergantung juga pada kelebihan blog kita kat Alexa Rank, Pagerank dan Domain/page Authoriti. Kalau kena dengan niche blog aku, tak payah tengok sangat kat Alexa Rank atau pagerank, job sewa text link pun leh dapat 30-50 dollar untuk 1 bulan.
- Cukup jujur walaupun tak pernah bersua muka ataupun berpeluk-mesra.
Pendek kata, kalau terjumpa lubuk luar..korang simpan sorang-sorang.
Macam aku buat selalu. Haha..
Dan satu lagi nasihat aku, bila dah dapat job yang agak mahal tu, biarlah buat kerja dan tugasan itu setanding dengan harga yang diberikan dan sekurangnya dapat memuaskan hati advertiser. Cuba buat sehabis baik dan cuba beri “lebih” dari apa yang sepatutnya. Advertiser pasti suka dan memudahkan mereka untuk gunakan servis korang lagi nanti. Ini tidak, dah dapat kerja “mahal”, buat biasa-biasa aje. Tak ada tarikan. Komen pun tak banyak kat artikel. Impaknya kurang dan pelbagai macam lagi. Jadi, mahu salahkan advertiser sebab tak memilih korang lagi??
Kesimpulan.
Aku kekadang memang tak faham mentaliti advertiser kat negara kita ni. Yang bayar cepat tu, memang ramai. Yang bayar lambat tu, memang bukan lambat biasa. Lambat luar biasa dan boleh tahan juga bilangannya. Kekadang, sampai tak bayar sehingga ke hari ini. Ada pulak, bayar bila kita dah bising-bising kat facebook ataupun kat email. Lagi teruk, bila nama dah sampai tulis kat blog, baru terhegeh-hegeh nak bayar.
Jadi..nak tak nak, kita kena sabar. Dan nasihat aku bila nak deal dengan advertiser, pastikan DEAL dibuat dengan baik. Sekurang-kurangnya, korang mesti untung dan ada kelebihan sikit. Jangan terlalu rugi. Tak berbaloi buat kerja yang agak merugikan masa, jiwa dan tenaga korang. Faham?
Ps: Senang cerita, kena pandai berkomunikasi. Pandai cakap, manis ayat-ayatnya dan bijak bermadah kata. Tak susah nak deal dengan advertiser. Kalau kita layan baik dan bagi kerja yang cukup cemerlang, kenapa tidak mereka tak nak bayar kerja kita denagan sepantas kilat? Baru senang nak dapat event dan review berbayar lagi, kan?
13,829 total views, 33 views today
fuh..protege protege gituuu
tak note semuaaaaa!!
haha..take note mendanya.. 😆
betl tu.. kena take note semua ni.. sifu bagi ilmu 😛
ko ni kalau bab bab macam ni hebat ko nih, ni dah dikira pro dlm hal ni nih,
mendanya pro. aku main belasah aje. haha
bro memang pro.. 😛
haha ekau belasah ikut logik, tak ikut emosi, tu yg ekau leh pi jauh..hehe
Tak. gua memang suka belasah orang. Haha..
Setakat ini pembayar yang prompt adalah advertiser dari luar. Belum publish artikel duit sudah masuk. Kita pula jadi huru-hara hendak siapkan artikel. 🙂
haha..itulah. Kekadang, sakit jiwa nak siapkan cepat. 😈
tq atas perkongsian ni bro..tapi itu kalau advertiser yang approach kita..
kalau kes kita dengan syarikat2 pengiklan yang menjadi perantara (orang tengah)[senang cerita contohnya advertlets, nuffnang, innity, komli dll]
kita yg apply utk jadi publisher, then bila dah cash out dan sampai masa deorang tak bayar, dah mintak pon buat liat jugak..so, what should we do?
boleh bg idea x bro? ke guna cara yang sama? or ada cara lain?
mintak sampai dapat.
macam kes advertlets dulu, aku sampai ugut diorang. Baru depa bayar.
yeahh..cara itu jugak aku dpt payment dari advertlets :p
saja tny kot2 ada cara lain yg lebih ‘halus’ :p
cara halus dah tak leh pakai.
Memang kena guna cara kurang ajar gak. haha 😆
konsep ni bagus juga… setuju-setuju..
masing-masing cepat salin cara yang titan dah bagi ni
mana tau nanti kena kat diri sendiri dah boleh tau apa nak kena buat
hafal ajelah.
nak salin-salin wat apa la plakk..hehe
gua take note utk kegunaan masa depan…
tapi ada jugak kes camni, belum lagi sampai tahap nak ugut…ermm
kalau boleh bersabar lagi, sabarkan aje.
kalau tak boleh, barulah mula taktik ugutan tu..
terbaik ini pun ilmu yang berguna juga…kalau tak kena cara memang selalu makan hati la jawabnya.. 😉
sebab gua tak mahu makan hati la..gua kekadang kena jadi kejam sikit. haha
yalah note tapi yang lepas2 ada gak tak bayar wah hati panas hii…tapi cari ceruk mana org dah ilang..iktibar sungguh kisah ini pada diriku.cewah..boleh 😛
siapalah yang tak bayar tu yek..
terima kasih kerana tutorial ini..memang cukup berharga..
ini bukan tutorial. 😐
Wow pengalaman hebat ni….bilalah pengiklan nak approach aku ni…..hihihi
nanti-nanti la. kena usaha lebih sikit. hehe
Belum tahap dapat job gempat2 lagi. Boleh dijadikan rujukan untuk akan datang ni.
Tak apa. hang hafal aje. hehe
bayar sebelum aku buat kerja memang terbaiklah bro.
haha. biasanya memang buat gitu pun.
Perkhhhhhh…!! Superp ko punya tips tan! Mak bg thumb ups seposen kat ko..
seposen je?
kedekut la makcik nih.. 😈
Nasihat yang berguna..insyaAllah akan dijadikan panduan berguna suatu masa nanti..terima kasih..hehe
mudah-mudahan akan membantu. 😀
baru sekali attend event berbayar…janji nak bayar..tapi tak bayar-bayar pun…hantar emel bagai..tak dibalas pun…last-last malas dah nak tanya lagi…. anggap tak ada rezeki…
itu kena mintak hari-hari jawabnya tu.. 😯
hampir hampir nak smackdown sorang blogger tu. buat kerja lambat. huhu
haha..
bagi aje. Jangan tahan-tahan lagi.
sib baik payment kawe semua dibayar,,, maklum la,,, payment kecik 🙂
Lebih baik dari tak dapat apa-apa. hehe
Biasa laa… bila nak kutip hutang or hak kita kenalah gunakan teknik komunikasi yang betul…
betul. kena bincang elok-elok.
Tapi kalau sampai berminggu tak bayar. Ha..leh hilang sabar gak..
wow baik tips ni bro
Tips biasa-biasa aje. hehe
hehe..panjangnya cerita beb..hahaa..pasal advertiser luar tu memang..depa bayar dulu..dan takde istilah lambat..siap je..seminit atau sehari lepas tu masuk dah akaun..
haha..tau takpe.
Sebab tu gua suka deal syarikat luar.
ik boleh bookmark entri ini untuk rujukan bila ada rezeki dengan advertiser nanti ;
Ya, mudah-mudahan ia membantu sedikit sebanyak. 😎
kemahiran consulting.. 😆
Yap, salah satu kemahiran yang perlu kita ada dan kuasai dengan baik.
den baca dengan penuh khusyuk entry lu nih…
peh, dengan penuh kusyuk tu. kagum kejap gua. hehe 😈
artikel yang penuh isi yang padat dan mmg ni yang aku lalui selama ini ngn FA 🙂
dengan FA??? wahh. wahhh..
korang ni ada apa-apa ke?? 😯
aah ada haha 🙂
demm..
camana aku tak tahu nih… 😯
eh bukan dah bgtau ke?? HAHA
hadoooiiiii.. mcm mana la nak pikat advertiser,, mmg tak de kot yang berminat nak beriklan dengan blog tittew.. huhuuu
terbaekkklah entry ni…auke2 😀