Masih raya lagi kan?
Maklumlah..masih banyak lagi undangan rumah terbuka sempena raya yang masih aku tak pergi. Masih lagi ada kad jemputan yang aku dapat. Itu belum lagi masuk jemputan adun Morib pada 30 syaaban nanti. Jadi, tak salah aku kata aku terima duit raya dari Jomniaga walaupun dah beberapa kali aku terima sebelum ini. Hoho..
Kali ini tak berapa banyak sebab aku pun dah jarang buat promosi. Sikit-sikit aje. Kena lagi rajin buat kerja la nampaknya lepas ini walaupun mood beraya macam dah kurang sikit. Maklumlah, sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang lain.
Memang aku tahu, nak buat duit dengan Jomniaga ni mula-mula memang susah. Tapi cuba fikir, apa kerja yang tak susah kat dunia ni?
Korang nak bancuh air sirap pun, korang kena ada air, kena ada jag, kena ada gula. Pastu, nak kasi lagi sedap..korang tambah pulak limau nipis. Nak lagi bertenaga dan menyejukkan, beli pulak kiub ais..tidakpun, letak dalam peti sejuk..tunggu sejam dua, lepas itu baru minum.
Fuhh,
lega tak terkata nikmatnya, kan?
Samalah macam Jomniaga.
Korang kena daftar, korang kana pilih produk yang sesuai kat bahagian marketplace, korang kena buat siri-siri promosi, korang kena pasang umpan dan segala bagai lagi. Memang ambil masa. Tapi, tetap tak mustahil untuk buat duit dengan Jomniaga. Orang kata, selagi tak cuba, selagi itu kita tak tahu kita akan berjaya atau tidak.
Masih belum terlambat untuk mencuba Jomniaga. Cubalah sekarang –> Jomniaga
Ps: Okeh. Nak masak. Banyak kerja gak nak memasak ni sebenarnya. Huhu..
10,110 total views, 2 views today
setiap rabu dapat duit..jeles gile gua..
mana ada setiap rabu. 2 minggu sekali la. haha..
betul tu.. tapi duit lain dapat juga.. hebat sifu 💡
mmg gua pun jeles! 😈
Tahniah…. Hari-hari dapat buat duit ni…
Hari-hari pasal duit je kalau masuk sini.
Betul-betul.. Duit masuk aje.. Sifu memang macam ni 😛
ini mmg betul2 sifu!
tahniah bro, sifu memang hebat
Dapat lagi.. Alhamdulillah. Tahniah en.titan. semoga bertambah-tambah. 😛
kata-kata penuh berhikmah untuk bakal blogger yang akan berjaya macam bro..
Syoknya.. JomMakan lak.. open table kat restoren seafood..
hohoo…kita tunggu apa kata encik titan 😈
Rajin benar jomniaga bagi duit kat lu..kat gua tak rajin sangat..haha
aku tak tahu nak promosi apa, lagi teruk..hahahahah
ingatkan just letak iklan jer…kena lobi ayat juga erkhh…hehehe
Hehe..jomniaga..lama tak log in akaun jom niaga..haha..cer rehat sekejap baut promosi tu..jeles ni duit asyik masuk aje…kahkahkah
duit raya sesaja…bila nak buat open house pulak….
Hahaha..elok gak tu cadangan tuan DH..tak pun buat masa kawin nanti besar-besaran..
Mesti buat modal untuk kasi duit raya kat bebudak skolah kan…
masyukk je…
lama x promote jomniaga
bila nak gemuk nih, duit dah byk masuk?
Gua susah nak dapat kat jomniaga ni
tabik spring dengan kehebatan bro…!!!
Orang pro buat apa pun mesti dpt sales
wah, terbaiklah ko, aku pun suka jomniaga nih, hehhe
haaaa…ni sorang lagi yg bakal meletup dgn jomniaga ni..bro juan!
Boleh buat belanja minum cendol kalo tiap2 minggu dpt gini!!
derr, bleh buat belanja kahwin nih.
Jangan cube la buat yang belum cuba tu hhe buat ramai persaingan je keh3
perghh…masyukkkk. aku blum try lagi ni. takut xsempat nak buat.
hari-hari kena ada duit, kalau tak umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang….
tahniah!! anak emas jomniaga kan 😉
semua en titan power! mmg betul2 sumber motivasi
puteri dah cuba jomniaga ni..dan puteri suka..hahaha
untunglah tahniah! hehe….