20 sen.
Memang nampak kecil. Tapi impaknya besar dalam kehidupan kita. Banyak benda akan naik harga. Itu gua tak nafikan.
Lu orang marah harga minyak naik 20 sen. Fine.
Gua pun marah. Tapi..gua masih mampu “bayar” kesan dan akibat kenaikan 20 sen itu dengan apa yang gua mampu. Sebab 5 tahun lepas gua sudah agak kenaikan pasti akan berlaku tak kira lu orang setuju atau tidak.
Dan gua yakin..kalau tak ada apa perubahan dan tindakan. Bukan sahaja pada masa akan datang nanti PASTI akan naik lagi 20 sen. Naik seringgit pun tidak mustahil.
Jadi, tak guna komplen.
Usaha dan buat kerja.
Untuk bayar dan beli apa yang korang mahukan. Kalau tidak, berjimat dan beli apa yang diperlukan sahaja.
Tak payah kutuk orang yang tak kesah 20 sen tu naik atau tidak.
Sebab kami tahu macam mana nak bayar 20 sen tu. Bukan sebab kami riak dan sombong. Ini kerana kami dah bersedia menghadapinya sejak 5 tahun yang lepas. Sekurang-kurangnya.
Sebab itu gua lebih rajin cari duit sejak 5 tahun yang lepas berbanding 10 tahun yang lepas.
Gua dah tahu, benda ini pasti akan berlaku. Lambat atau cepat sahaja.
Sampai satu tahap, dunia akan berperang disebabkan oleh AIR.
Air pada masa depan akan jadi mahal. Peperangan disebabkan oleh air yang bersih mungkin bakal terjadi dan mungkin juga sudah terjadi.
Dan hasil kajian gua terbukti lagi malam tadi.
Haha.
Gua rasa, bila lu orang dapat BRIM, bantuan segala bagai sebelum ini..bukankah perasaan lu orang sangat gembira. Siap bersyukur segala bagai kan?
So, kenapa sekarang mahu bermuram durjana?
Ps: Geng-geng klik 8share dan Churpchurp pasti tak ada masalah dalam hal ini. Mereka cuma perlu klik lebih sikit dari biasa.
7,369 total views, 1 views today
yeah..klik dapat dua posen..dah cukup banyak kot,tampung..:P
Nampak kecil..tepi inilah usaha kita.
Saban hari taraf hidup akan naik.. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak.. Untuk survive kita kena tambahkan pendapatan kita…
Walaupun sehari aku drive ke kerje dalam 70km pegi balik, cam tak sanggup pulak nak mengeluh semate-mate sbb kenaikan harge minyak. Walaupun gaji x byk, hutang berlambak, insyaAllah dipermudahkan… Biiznillah.. (^_^)
P/s: tengah dalam training mempositifkan diri .. Hehehe
tak sanggup tengok harga barang naik lepas ini. 😯
iklan 8share? aku anti sama dia 😐
Harga minyak tu rasanya takda masalah bagi aku, yang tak sanggupnya nanti chain reaction akibat kenaikan harga minyak tu. Tengok la nanti.
Mula lah kumpul duit. Kena logik jugak dalam hal nie. Aku pun x suke minyak naik, tapi pasti akan naik jugak. Dekat mane2 pun akan naik. Lagi-lagi lepas simptom US akan menyerang Syria sekaligus meningkatkan permintaan minyak.
Minyak tak akan turun lepas nie. Minyak dah makin habis, so makin mahal.
betul tu..minyak makin habis dan akan jadi makin mahal.
yang penting kita kene fikir cara nak tambah punca pendapatan…
hebatlah kajian tuan
Kajian yang tak terkalah.. 💡
hahahaha..cuma perlu klik lebih sikit dari biasa?ini statement yang boleh mendatangkan ketawa terbahak-bahak ni..hahaha
terima kasih banyak2..panduan cukup berguna
komplen banyak2 pun tak guna kan…telan je la
Steady bro. Bayar minyak pakai duit 8share jer.. hebat!
Barang naik.. 🙂
Setuju…
Kita kena lebih kuat untuk berusaha kan 😀
hidup tetap nak kena hadap dengan +ve 8 )
Kalau pasal minyak memang ramai je rakyat malaysia cepat naik minyak
Dapat duit brim hari tu happy sampai senyap sepi, hari ne minyak manyak naek,aduih tocang naik kepla.
minyak naik 20 sen.. wah terkena umpan nampaknya bro…
ow yeahh, i really like ur post.cool 😎