Akhirnya, duit komisen Jobdirumah sudah selamat masuk ke akaun bank aku.
Bukan akaun bank korang.
Mudah-mudahan, bertambah-tambah lagi pada minggu hadapan dan bulan-bulan yang seterusnya.
Memang tak berapa banyak, tapi bolehlah makan cendol Banting selalu, kan? Dulu, makan semangkuk aje. Nak belanja kawan pun fikir dua tiga kali.
Sekarang, alhamdulillah. Tak kena tendang, tapi disayang. Hehe..
Kepada yang ingin bertanya soalan tentang Jobdirumah. Adalah lebih afdal korang tanya pihak Jobdirumah sendiri. Tapi, kalau ada yang gatal nak tahu dari aku, aku tak ada masalah nak menjawab. Cuma, satu sahaja aku mintak.
Jangan email aku untuk bertanya soalan tentang Jobdirumah.
Tapi diakhiri dengan ayat seperti ini..
“Sila CALL saya pada nombor ini..01242+++++..”
…
….
Sampai kiamat pun aku takkan telefon semula.
Aku ni, bab-bab nak telefon orang, memang cukup kedekut. Jadi, janganlah suruh aku call semula. Dah macam memberi arahan pada aku pulak. Kalau Perdana Menteri Amerika Syarikat pun suruh aku call dia. Aku takkan buat. Kecik besar, kecik besar aje aku pandang si Bush tu.
Jadi, nak tanya. Boleh email. Gunakan ruang contact. Bagi salam, mulakan pertanyaan dengan soalan-soalan yang jelas dan permudahkan kerja aku. Janganlah tanya soalan-soalan yang boleh membuatkan aku malas nak layan persoalan korang tu.Bukan aku tak boleh jawab. Kalau betul nak tahu, korang boleh tahu dengan membaca setiap artikel-artikel yang aku tulis diblog ini dan blog Earncent. Korang boleh dapat jawapannya. Tapi aku tahu, ada yang tak dapat jawapan yang mereka HENDAK.
Payah, sebab itu otak dan perasaan korang.
Manalah aku tahu, kan?
Dah, jika berminat. Boleh mendaftar juga hari ini.
Ingat, fikir masak-masak dulu sebelum mendaftar. RM50 tu bukan satu jumlah yang kecil.
Tapi kalau kena caranya, RM50 itulah yang akan jadi pencetus untuk dapat RM50 dan RM100 yang lebih banyak pada minggu-minggu yang akan datang. Ya, pastinya minggu-minggu itu akan menggembirakan hati-hati korang dan juga tokey-tokey kedai makan dan juga kedai gadget..
- Daftar disini – JOBDIRUMAH
Ps: Ok, nak siapkan kerja lain pulak. Dah la aku tertidur tadi. Dapat tengok 5 minit terakhir aje bila PKNS FC tertinggal 2-3 ke atas Pahang. Aduhaiii..
4,145 total views, 2 views today
hehe. ayat utk Si Bush tu kelakor kakak bacanya RM50 tu, berbaloi2 bila dapat duit lebih dari tu Tahniah ek sifu.
Ya, memang berbaloi.
Untungnya boleh tahan jugak. hehe..
Tahniah sekali lagi. .. dan tahniah banyak kali lagi. . Sebab saya tahu lepas ni tentu ada lagi komisyen yang akan masuk ke dalam akaun bank. .
Mudah-mudahan, akan dapat lagi banyak lagi.
hehe..
Emm mantap molek…selalu makan hati bila tengok komisen JDR ni..emmmm
jangan makan hati, makan nasi lagi sedap.
hehe..
mmg Terbaik..Br je join JDR..kene usaha ckt nk dpt mcm bro..
makin kencang nampaknya…
waw dah payout yang ke 65 kali, hebat, salut saya sob
Hmm…boleh jugak nak cuba ni
Obama la Presiden sekrang. Bukan main lagi tu tengok kecik besar je. haha