Kalau umpan menarik dan sedap, mustahil ikan tak nak makan, kan?
Kalau fikir balik..betul jugak, kan?
…
….
Dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu, memang aku selalu tekankan konsep “ikan dan umpan” ni. Maaflah kalau ada yang terasa bosan sebab asyik-asyik cerita pasal umpan, umpan dan umpan. Jadi..macam mana nak cari ikan pulak?
Ok..aku tahu. Ramai dah pasang umpan. Ramai dah cari tempat yang menarik untuk tangkap ikan. Tapi persoalannya sekarang..macam mana nak bagi ikan tu makan, plak?
Susah, kan?
Ya. Memang susah.
Jadi, bagaimana nak kasi setel benda ni?
Aku tak tahu. Tapi aku boleh bagi cadangan. Sebab apa? Sebab aku pun guna cara itu untuk tangkap ikan.
- Sediakan umpan yang menarik dan sedap.
- Pilih jenis ikan mana yang korang hendak untuk makan “umpan yang menarik dan sedap” tu.
“Bro..cuba lu cakap lurus sikit. Gua tak faham la..”
“Aah la brader..cuba cerita kasi jelas sikitt. Aku tumbok kang, baru tauu..”
“Ee..awak ni..saya tak fahamlah. Cuba awak cerita biar saya faham sikit. Saya tak faham cerita belok-belok dan korner-korner macam ni..
…
….
“Tak nak. Gua malas.”
Haha..
Jangan marah.
Takkan gurau-gurau pun tak boleh. Rasanya, aku dah banyak kali cerita dan jelaskan bab “umpan” dan “ikan” ni. Korang mungkin perasan, dan korang juga mungkin tak berapa perasan. Cuba belek-belek artikel lama. Mesti jumpa punya banyak kisah ikan dan umpan.
Umpan yang menarik dan sedap berkaitan juga dengan jenis ikan yang korang mahu tangkap. Ada ikan yang jenis suka makan belacan. Jadi, gunalah umpan yang ada perisa belacan. Ada jenis ikan..suka makan umpan rasa keju. Jadi..bagilah umpan yang ada keju. Ada ikan jenis gelojoh. Dia suka umpan yang ada petai. Busuk, tapi sedap. Jadi..letaklah umpan yang ada bau-bau petai sekurang-kurangnya.
Kesimpulan
Umpan dan ikan. Sangat berkait-mesra. Salah satunya pincang, umpan busuk tak terusik, ikan langsung tak nak usik.
Err..korang faham ke ni??
Ps: Payah gak karang ayat-ayat bahasa tersirat ni. Nasiblah dulu selalu dapat A dalam karangan bahasa melayu..
9,327 total views, 3 views today
Hahaha… Termakan umpan dah nie rasanya….
hang makan umpan yang mana satu ni?
oerisa petai kah?? hehe..
titan bengong! hohoho
tp bahase kiasan yg gile ah hebatt.. hihihi
bengong?
sesuka hati lu aje kata gua macam tu ekk..
ada yang tersurat…….
ikan magkin ,mahal maa sebabtu kena belajar MANCING
Umpan sedap kadang2 aku makan sendiri. Haha..
lama juga nak tunggu umpan kena makan
naik bercinta tunggu garra-gara hosting punya pasal 😈
sabar jelah balik rujuk kita semula ni huhu….
Dengan umpan yang sedap dan berkualiti melayakkan ko dapat komisen berterusan dari program affiliate job di rumah. .. boleh saya belajar memancing dengan tuan…. hahaha. ..
Haha..ikan ni selamber tapi makan dalam..
Ini kata2 dr seorang pemancing ikan nie…hanya ikan2 yg pernah “ditangkap” jer paham..wkwkwkwkw
dalam sungguh maksud tersiratnya bro
Umpan tak akan lupakan ikan. Tapi ikan yang selalu lupan ikan. ❓ ❗
susah betul ikan nak makan umpan aku ni..
haha..hang bagi umpan kat ikan yang salah kot..
kena ada skil memancing, umpan bukan sebarang umpan..hahaha
Mendalam sangat nih…!!!
Bukan ke lu cakap lu tak suka mancing?..apa kes ni bro?
aah..gua tak suka memancing. Gua suka pasang umpan aje. Nak pasang umpan, tak semestinya kena mancing. BEZA TU!
Haha..
What? Tak faham 😯
“Cuba belek-belek artikel lama” – ni umpan. hohoho
ayat yang xleh blah……tp bnyk mksd tsirat…kena fhm btl2…..hehehe…terbaik.
Kalau nak pancing ikan pekasam kena pasang umpan apa bro?
Dalam maksud tu. Bilangan ikan sama. Pemancing makin ramai..
aku baru belajar bab umpan ni..tengah test mana yang sesuai..dedak ke, cacing ke, kangkung ke..hehehe
Cuba la try siput sedut pula bro..hehehe
dah baca panduan mancing, tapi malas nak pasang umpan lagi. cemana nak dapat ikan macam ni? huhu
saya faham… saya faham… 😆
contest yg bakal gua adakan memang ada kaitan ngan umpan dan pancing