Jika hari sabtu, kita menang dengan Singapura (1-0) dan hari Isnin pula menang dengan Myanmar (2-1), tapi malam tadi skuad senior tewas pula dengan China (0-2).
Beberapa kali aku cuba cari live streaming untuk perlawanan siaran langsung. Ada blog yang bagi link website china. Sudahlah aku tak faham apa yang ditulis..satu hal nak main klik-klik. Tapi, jumpa jugaklah..walaupun line macam siput..tapi leh la nampak pergerakan pemain Malaysia. Masa itu, kita dah ketinggalan (0-1). Tak tahulah siapa yang golkan sebab aku nak pemain kita menyamakan kedudukan dulu..
Tapi..tak dapat tengok sampai habis sebab line streamyx kejap putus, kejap sambung. Rasa menyampah pulak nak tengok dengan line yang tak berapa stabil. Jadi, ambil dompet dan handset..turun gi kedai mamak. Makan apa yang patut sebab memang tengah kelaparan waktu tu..
Balik rumah. Semak balik keputusan perlawanan antara Malaysia dengan China dekat beberapa blog.
Kita tewas (0-2).
Tewas lagi. Sabar ajelah..
Dan malam ini, ada satu lagi perlawanan yang membabitkan pemain negara. Skuad Harimau Muda A akan berentap dengan Thailand pada malam ini. Skuad kali ini dah layak masuk ke perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013. Sudah tentu kita semua mahu mereka menang. Tapi Thailand pasti akan menidakkannya sebab mereka paling teruk pun kena seri. Itu dah cukup untuk layak ke final untuk bertemu semula dengan Malaysia. Kalau Thailand kalah malam ini, mungkin Myanmar ada peluang untuk pergi ke final pulakk tapi dengan syarat perlu jaringan gol yang banyak dan menang ke atas Singapura. Tapi..takkan Singapura nak bagi Myanmar menang pulak? Paling teruk pun, walaupun dah kalah 2 kali, mesti nak menang satu kali, kan? Maruah tu beb..
Kesimpulan
- Myanmar mesti menang kalau nak layak ke final.
- Singapura mesti menang agar tak lah malu sangat bila balik kampung nanti.
- Thailand paling teruk mesti seri. Kalau kalah..peluang terbuka kepada Myanmar.
- Malaysia? Kalah tak apa, seri pun tak apa. Tapi, aku nak Malaysia menang.
- ?
Ps: Semoga Skuad Harimau Muda A yang mewakili Malaysia kali ini akan menjadi Juara Pesta Bola Merdeka 2013.
6,751 total views, 2 views today
Banyak yang perlu di analisis oleh jurulatih pasukan bola sepak Malaysia sebelum melangkah ke perlawanan yang seterusnya… Teruskan berusaha Malaysia.. Malaysia boleh…
Betul tu… Malaysia boleh..
hahaha…gua salah faham mula2 ingat kita yg score..maklumlah tgk bahasa tak faham…keh3..
kalah 0-2 lagi bagus dah ni…ada jugaklah nampak improve..singapura lagilah kena 1-6…hohoho
harap malam ni si rozaimi tu turun..sbb thamil arusa mmg takleh main malam ni…
aku tak tengok juga semalam, hadoi.. ape pun majulah sukan untuk negara..
Emm susah nak kata..apa yang saya patut katakan, semoga Malaysia menang selalu..haha
ini team anak buah Rajagopal..dia masih bereksperimen tu
Tak menang kalah adat permainan hehe cayalah lu punya tag banyak giler
Skuad bawah 23 tahun ni macam dah layak ganti skaud utama je aku rasa. Permainan pun cantik.
Takpe harini menang dengan Thailand 🙂
Best tengok mereka main. harap-harap menang tahun ni..
menang.. kita tengok final lawan myanmar ni.. rasanya pemain lawan thailand ni lagi best kot
Skuad senior bawah kendalian K. Rajabebal masih lagi menggunakan pendekatan tipikal bolasepak Malaysia. Main defend deep gila-gila, tapi marking player out. Midfield passing ikut arah telur. Striker tendang tinggi melangit sampai ke bulan. Pendek kata, pemain-pemain K Rajagobal semuanya jenis yang tak reti pakai otak. Terutamanya si Safiq Rahim.
Cuma position GK je yang konsisten, buat masa ni.
Ntah apa plak alasan rajagopal lepas ni……
Apa? Malaysia kalah. Cis 😛
jurulatih china pun puji pemain malaysia. katanya lebih susah dari lawan singapura
permainan Harimau Muda lebih tersusun berbanding skuad Rajagopal..
Kalau pestabola merdeka kali nie boleh jadi medan untuk OKS dapatkan 1st eleven… takat team thailand yang hantar 2nd team dan singapore pun bukan full strength …. harimau malaya kena teruskan momentum tu
gua tak layan pun bola..gua layan top gear..hehehe
menang jugak dan akhirnya champion beb.. lepas nie manora cup katanya… dijemput ke sana..