Malam ini, aku sempat tengok perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia antara JDT menentang Kelantan di Stadium Larkin, Johor. Ya, tengok di television. Astro Arena 801. Takdelah kat Stadium Larkin. Tapi teringin gak satu hari nanti nak menonton perlawanan bola sepak kat sana nanti. Tunggu orang Johor mengajak dan ada orang belanja tiket masuk.
Boleh?
Apapun, malam ini memang menarik. Sebanyak 6 gol terhasil. 4 gol dari JDT dan 2 gol dari Kelantan.
Senang cakap. Separuh masa pertama memang sangat menarik. Kedua-dua pasukan bermain dengan sangat laju. Tup-tup, gol. Tap-tappp, gol lagi satu. Pass sana, pass sini. Terjatuh. Dapat free kick. Gol lagi. Tendang sana, gelecek sini, lompat sikit..tup, dapat tanduk. Dan gol lagi..dan paling best.
Nunez.
Sepakan tepat ke arah gol kali pertama. Terus dapat gol melalui sepakan percuma.
Mamat Lunez ni memang masih tak hilang skill walaupun perut tetap kekal boroi. Nasihat aku kepada Nunez, banyakkan berjoging dan sila berdiet dan kalau rajin, baca Teknik Bakar Lemak Pantas Hafiz Wasa. Nescaya, boleh lari laju lepas ini. Haha..
Malam ini, 3 serangkai pasukan kebangsaan Malaysia, Mat Yo, Safik dan Safee Sali. Memang nampak ketara peningkatan terutamanya bagi Safee Sali. Cuba fikir, berapa banyak JDT boleh pesta gol kalau semua gerakan dari Safee Sali tadi berjaya menjaringkan gol? Aku rasa dekat 5-6 percubaan tepat dan assist dari beliau sahaja dah berpeluang menjaringkan gol. Sayangnya, sepakan penalti..dia tak boleh buat gol. Aduhhh, kena berlatih sepakan penalti lagi la jawabnya Safee lepas ni..
Mat Yo. Macam biasa, sentiasa tenang bila dapat peluang. Gol kedua dijaringkan oleh beliau dengan tenang. Safik Rahim? Walaupun nampak senyap aje malam ini, kamera pun macam malas nak zoom ke dia. Tapi berjaya mencuri perhatian dengan menjaringkan satu gol.
Senang kata, malam ini malam JDT. Pertahanan pun dah ok sikit walaupun masih jugak yang bolos. Dan ucapkan terima kasih juga kepada Al-Hafiz yang banyak kali menepis, melompat dan terbang untuk menjaga gawang gol JDT. Memang pemain terbaik pada malam ini. Tahniah!
Apek?
Memang 99% bukan salah dia. 2 free kick tu, memang mana-mana gol keeper pun belum tentu boleh tangkap. 2 gol lagi yang bolos tu, memang salah pemain pertahanan yang tak memberi perhatian penuh.
Berikut merupakan Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2013 – 28 september 2013
Semalam
- PKNS Selangor vs Pahang (2-3)
Hari ini
- JDT vs Kelantan (4-2)
- Sime Darby vs Sarawak (0-0)
- Lions XII vs ATM (1-0)
Ps: Secara jujur, kalau JDT main macam ini, tak mustahil boleh menang lagi kat Kota Bahru nanti. Sekali lagi, kalau main macam ini. Kalau main macam masa dulu-dulu, tak tahulah nak kata apa..
9,816 total views, 2 views today
yeahh jdt menang…. tetiba sokong jdt. dah aku org johor .. haha
Mesti kena sokong la macam ni..
Tahniah JDT
Luaskan kuasamu Johor…
2 gol bekal ke KB.. harap dapat lebarkan sayap di sana..
Disebabkan aura bontot besar Nunez tu lah yg jadi gol dia tendang tu.
Itu sebab kukuh tu!
ni yg buat aku sayang kat JDT nih
tak berapa minat bola pun. tapi sebab kebetulan pergi makan kat warung tom yam tadi, terlayan gak mereka yang duk bising tengok bola. sekali tengok, eh, JDT ker yang gol tuh, mcm tak cayer jer. kejap lagi eh, gol lagi.. amboi, boleh tahan. nasib mamat-mamat Kelantan warung tom yam tu relax jer buat kerja. Yg bebudak kampung, da kecoh giler.. huhu~
Biasalah kalau kecoh. Kalau jdt kalah pun ramai yang kecoh. haha
go kelantan…Hehehe..
Kelantan boleh lagi ni.. 🙂
malam tadi main ok pulak… tapi 2nd half dah tiba2 down lak… bojan hodak pandai strategi beb.. dia boleh baca strategi… nasib baik ada player2 star..haha.. susahla nak jangka lawan dekat kelantan nanti… pastinya sengit…
dah nama pun jurulatih.
kalau tak pandai baca permainan, memang lauk teruk kelantan kena malam tadi.
Itu yg patut sorang coach kena tau…kalau tak, ambe setuju ngn en titan…mmg kena lagi 4..
yea,yea johor menang hehe
Tahniah pasukan Johor sebab berjaya mengalahkan Kelantan 4-0.. Malam tadi tak tengok perlawanan dekat Stadium Johor ni. . Sebab tengok perlawanan Selangor dengan Singapore dekat Stadium Shah Alam, juga di depan tv. . Hahaha.. Erk.. Malam tadi Pablo Aimar tak main ker? Dengar cerita Pablo Aimar dah berada bersama pasukan Johor, betul ke?
Tak main. Rasanya tak leh main lagi kot.
Mungkin dia main masa liga nanti.
4-2 la. huhu
mcm penyokong jDT je ni…hehe
Tak la. Gua penyokong tegar Selangor.
Malam tadi aje, gua sokong JDT. Bukan apa..gua nak Safee Sali sumbat gol. Tapi penalti tak gol plakk.. 😐
tido malam tadi pun tak sempat nak bukak jersi JDT…wife dah bukak awal2 dah jersi kelantan (walaupun wife orang melaka) huhu
Gua pakai jersi selangor malam tadi. hehe..
sad but true..twr tak perform semalam..xsempat nk kejar 45 minit terakhir..aku harapkan game macam final piala fa hari tu..tapi..trw lebih nk bermain secara berhati-hati diseparuh masa pertama…tapi kedua-dua pasukan memang seimbang kekuatan dia…
yeszaaa johor menang 😉
Hehe..memang hebat JDT ni..tu tak masuk main lagi import yang satu lagi..hehe
Malam tadi. Tak de pemain import pun tak apa.
Barulah aku tgk permainan JDT ok sikit…kalau tidak nak tgk pun malas…
Haha..
Malam tadi, aku nak tengok Mat Yo dan Safee Sali buat gol aje. Mat Yo dah gol. Tapi Safee sali boleh plak tak gol masa penalti. Aduhai..
Sokong jugak pasukan JDT ni sebab ramai pemain bagus…harap=harap mereka terus meningkat dan kuasai semua pertandingan.
Memang banyak yang bagus. Cuma kurang perform aje sebelum ni. Malam semalam memang banyak yang menjadi.
Sama-sama hebat main malam tadi. rezeki Johor. Nanti kat kelantan lagi sengit ni harap-harapnya.. 😆
Tak minat bola tapi suka baca pendapat tentang bola… sikit je la… haha. Orang tak minat bola boleh ke buat entri tentang bola:?:
owh baru tahu keputusan perlawanan ni, jdt hebat ye
Kawe pon tengok di rumah di Astro. Tapi bile lihat stadium bingit dan penuh, teringat lak zaman remaja dulu – selalu lepak stadium utk tengok bola.
Apa-apa pun tahniah JDT. Nunez to boroi sebab selalu makan KFC. Sekarang ni byk ayam kena inject… Kalau makan ayam selalu, mmg siap ler.. 😀
Power betul Nunez tu…walaupun comel tapi atas padang dia lah king.. 😛
Selangor macam mana bro? Haha… Adeh..
geram bila tgk muka matyo masa perlawanan bola sepak malam tu…hehehe
JDT harus menang , dah banyak pelaburan dibelanjakan…hehe
HIdoppppp pahang!!! Eh. salah tajuk eh?? Ok..ok..hidup JDT!

Tahniah buat JDT
Luaskan Kuasamu Johor 🙂
Patutlah 3 serangkai ni masih ada utk first eleven skuad Harimau Malaya lawan Bahrain nanti…erm…
Apapun, mmg game ni best…6 gol tu..puas hati tgk..hehe
Defend Kelantan tak macam biasa…kaku jer ambe tgk…Tengah pun tak jalan, senanglah JDT masuk…
Kalau Kelantan main macam ni kat KB, mmg payah nak menang
sedih tengok pertahanan kelantan. Tu persembahan paling teruk 2013. macam tengah training kat padang Mardi.
tapi bila Nik shahrul masuk nampak defend dah balanced.
Harap kelantan boleh lawan balik di kota bharu. Diorang boleh buat.
Kalau tak dapat jugak, dah takde rezeki TRW tahun ni. At least dah dapat 1 piala. 🙂
Perlawanan paling teruk oleh pasukan Kelantan sepanjang 2 tahun Bojan Hodak memimpin pasukan TRW. Nampak gaya Piala Malaysia terbang ke negeri lain jika pelawanan suku akhir ke 2 pada 5 Okt ni tidak melawan seperti biasa kita lihat.