Yah..
Aku tahu, ada yang rindu mahu baca tulisan aku. Haha.
2-3 hari ini, aku malas nak tulis apa-apa. Aku rajin komen kat blog orang aje. Blog siapa yang tak dapat komen, itu maksudnya mungkin aku tak masuk blog korang. Jadi, tak payah nak sedih-sedih ek.
Cerita tentang Konvensyen Usahawan Muslim 2013
- Semalam, aku gi KUM2013. Banyak gak benda aku belajar.
- Seronok gak tengok keadaan bila Dato Ameer dok baham Dato Nadzim semalam.
- Paling tak tahan, bila Dato Ameer baham penulis buku “Mudahnya menjemput rezeki”. Terkena beberapa das tembakan Ustaz. Harap Ustaz faham yang Dato Ameer tu cuma melawak sahaja walaupun aku yakin mesti terasa kaw-kaw punya. Haha..
- Buku kecil “Mudahnya menjemput rezeki” perlukan cerita-cerita yang lebih “kick”. Walaupun ada motif dan tujuan, tapi aku rasa buku kecik tu kurang pedas. Senang cerita masih banyak lagi kerja kena Ustaz buat. But, ia tetap satu promosi yang sangat berkesan.
- Pegawai teknikal masa kat KUM2013 memang agak “out”. Masih banyak perlu diusahakan. Oleh kerana ini kali pertama Konvensyen Usahawan Muslim diadakan. Bagi aku, hal itu dimaafkan dan aku harap akan ada Konvensyen Usahawan Muslim setiap tahun. Jadikan ini sebagai event rasmi.
- Siapa yang dapat tiket percuma. Rugi tak pergi. Aku sendiri ada 2 tiket percuma. Korang aje yang tak nak, kan? Kalau korang email dan mintak separuh harga untuk dibeli, confirm aku bagi percuma sahaja. Aku nak tengok kesungguhan sahaja.
- Sempat bersape kejap dengan Shuth Wangcyber di KUM2013. Tapi tak dapat nak borak lama. Ada kerja.
- Jumpa blogger Zaidi. Dia seorang aje berani sape aku. Yang lain, mungkin tak terjumpa aku sebab aku datang lambat. Gerak pukul 7.30. Campur sesat sikit dan terbabas masuk Jalan Kuching. Akibatnya..lewat dekat setengah jam. 9.30 lebih baru sampai. Parking kereta pun ikut suka hati.
- Tak sempat makan kat tingkat 1 sebab terlalu ramai orang yang lapar. Tak apa, aku tak lapar sangat masa itu. Masih ramai yang lebih lapar. Jadi, keutamaan kepada mereka yang lapar. Aku hadap snickers dan gula-gula hudson warna kuning sahaja. Itu dah lebih dari cukup.
- Talk Dato Ameer Ali lebih santai dan lawak. Memanjang promosi MYDIN. Tapi masih menjurus ke arah “fardu kifayah”. Serius, patut bagi Dato Ameer 4-5 jam untuk bercakap. Satu jam lebih..mana cukup. Suka cerita pasal anak perempuan dia yang nak “HORSE” tu..
- Talk Dato Nadzim agak serius. Tapi, banyak benda penting diketengahkan. Yang ini juga, patut bagi 2-3 jam lagi. Terlalu banyak isu “Islam” dan “fardu kifayah” yang hendak dibincangkan. Sesi soal jawab itu juga sangat bagus. Aku suka. Tapi sebab masa tak banyak, 2-3 orang aje yang boleh menyoal.
- GPS aku rosak. Terpaksa pinjam GPS abah aku. Dua-dua adalah GPS Garmin. Terima kasih walaupun tersesat sekejap. Sekurangnya, masih berjasa kerana sampai ke tempat yang dituju.
- Signal Wifi tak bagus. Aku ingat nak buat update “live”. Siap bawa laptop. Broadband Umbile aku tu plak, adik aku pinjam tak pulang-pulang. Jadi..pihak KUM2013, harap boleh buat sesuatu. Kalau ada password..kasi print kat tiket. Senang aku nak online.
- Habis aje talk Dato Nadzim. Aku blah. Ada kerja. Sempat menonton kemenangan Malaysia ke atas Singapura petang itu sebelum balik kampung. Ada hal lain yang perlu diuruskan.
Kesimpulan
KUM2013 agak best dan padu dengan ilmu dari barisan penceramah yang tidak perlu dipersoalkan langsung.
Semuanya bagus belaka.
Sayangnya, dewan tak penuh. Aku rasa macam 2-3 ratus aje yang hadir. Atau mungkin lebih. Sebab ini agakan aku sahaja. Kalau lebih, itu bagus. Oh ya, tak ada gambar. Filem belum cuci lagi..
Sumber gambar – Facebook KUM2013
** Separuh yang datang mungkin atas tiket percuma. Tapi, aku rasa ramai gak tak datang walaupun dapat tiket percuma. Ya, mungkin yang tak datang ada hal yang tak dapat dielakkan. Tapi, aku tak tahulah kalau korang berpeluang dapat tiket percuma lagi selepas ini.
Ps: Aku harap, event KUM2013 boleh diadakan setiap tahun. Dan adakan contest gak. Bolehlah aku menang lagi. Haha..
10,922 total views, 2 views today
Tahniah sebab menghadirkan diri ke konvensyen Usahawan Muslim 2013… Erk Chef Li tak bagi talk ker?
Sedih tak dapat datang sebab terlibat menganjurkan program Didik Berita Harian untuk calon-calon SPM daerah Sabak Bernam… Kalau tak memang join punya… Harap KUM ada lagi pada tahun depan… Dan ada lagi peluang dapat tiket percuma…
Sesi petang, gua tak ikut. Gua blah awal. Ada kerja kena uruskan.
gua layan sampai wakil al-ikhsan tu je..
Zuan bukan yang dapat cabutan bertuah tu ke?
haah, yang namanya salah disebut tu
Nak pegi tapi terikat dgn event lain
pasti banyak ilmu berguna dapat bro cedok kan…
hebat bro titin…orang sungguh merendah diri…hu3..salute bro
hebat bro titan…orang sungguh merendah diri…hu3..salute bro..nanti boleh la kongs ilmu itu dgn kami pula
banyak offer tiket free. tapi aku ke Jempol. ada kenduri sepupu.. lepas ni pihak yang berkaitan dapat ambil note yang bro dah keutarakan.. bagus.. taniaaaaa.. beribu ribu taniaaaaaaa
aku shoot wedding..memang tak dapat la..
Last minit takleh pergi.rasanya tarikh boleh difikirkan waktu yg sesuai
Rasanya ramai nak pergi tu
alah dia nak menang gak…kaut untung sahaja heeee
Kalau diorang jual dalam bentuk video mungkin idea yang baik gak kan
aci tak lagi 3-4 tahun baru pegi? harap ade lg lah akan dibuat… huhuhu
Clash dengan seminar Jutawan Industri Dr Azizan Osman dekat wisma MCA tu yang ramai x datang . lagi pun seminar ni percuma.
Aku g main paintball..cukupkan orang kat sana..
Tak dapat turut serta,ada komitmen lain,kalau tahun depan ada lagi mesti join ni
Alahaiii..ruginya tatau awal2. kalo x, mesti dpt bnyk ilmu berguna kat sini kan tan!
makcik sibuk jaga anak-anak. Tu yang takut nak ajak. hehe
Pergi semalam…tercari-cari jugak mana satu Tuan Titan tapi malangnya tak jumpa sebab tak kenal. Rasanya macam Tuan duduk kat belakang sebelah kiri…
gua duduk dekat geng-geng perempuan. haha..
gua nak p tapi tiba² sehari sebelum tu ada arahan kena g sekolah hari Sabtu
rugi..rugi
Tun depan boleh join.. hoho
hampir 500 orang yang hadir.
Talk Chef Li menarik, dan terpengaruh untuk pergi talk dia yang percuma.
Talk wakil al-ikhsan, bagus dan berbaloi, banyak yang dikongsikan berkaitan pembangunan diri staf-staf al-ikhsan
Talk Ustaz Pahrol Juoi, terbaik. siap diperkenalkan Art Of Muhammad dalam perniagaan, kepimpinan, perniagaan, dll
p/s : masalah teknikal agak merepek, perlu tambah baik terlalu banyak. MC mantap.
yap, bab teknikal tu banyak yang kena diperbaiki.
gua pergi jugak, ada nampak lu duk kat belakang. ingat nak tegur pas makan tapi dah tak nampak batang hidung lu hehe
haha..
gua dah hilang dah lepas tu..
Yang pertama kali mungkin sukar. Selepas ini kalau ada penganjuran lagi tentu sudah ada penambahbaikan.
thanks utk lu sbb berkongsi secoet =)
p/s- gua takde alasan sbb tak pergi 😈
Yang bagi password wifi tu aku sokong!..hehe
Owh benda ni.. terlepas sudah 🙂
Aku tak sempat pergi sebab ada kerja sikit hari tu.. Tiket free aku offer pun takde sape nak.. Pelik.. Sudahnya aku jugak yg rugi sebab tak pergi, dan org yg taknak tiket free tu pun rugi jugak macam aku..
aku suka benda benda macam ni tetapi disebabkan lokasi jauh tuh yg payah
paling bes memang time pengurus mydin tu la.. gua dok depan sekali.. datang awal, mata dok pandang keliling, tapi tak nampak muka den kenal kecuali aslam dan khairul anwar
terima kasih perkogsian ini bro titan.. 😆
menarik rugi tak dapat sertai konvensyen ini harap ada lagi selepas ini
tiap2 tahun buat kontes, mmg masyuk la bro.
majlis yang memang amat best….tahun depan aku nak pergi lagi…
gua tak dapat pun tiket free tapi kalau dapat pun belum tentu gua pergi, rasa macam nak duk kl je hehe
semoga ada yang ada upload kat youtube dapat juga share ramai-ramai.
tak dapat pegi kerana menjaga anak-anak di hari Sabtu. wife gua ada training. terpaksalah join rakan-rakan lain main paintball