Okeh.
Dah alang-alang aku tengah takde kerja ni. Jadi, untuk memenuhi segmen Link Train Bersama Blogger ini, aku akan tulis tentang 5 blog pilihan aku sendiri yang selalu aku baca kerana itulah tugasan dalam segmen ini. Hoho..macam susah aje segmen ni.
Pendek kata, sebenarnya memang aku baca banyak blog bila aku online. Tapi yang aku pilih ini, aku tulis kerana aku ada sebab-sebab sendiri selalu lepak kat blog diorang. Hoho..
5 Blog Pilihan Blogger
1. Fatin Liyana.
Okeh. Aku tahu korang nak gelak. Sila gelak puas-puas. Sejujurnya, aku agak enjoy baca artikel-artikel terbaru beliau. Nampak lebih kemas, lebih kelakar dan lebih dewasa sikit. Berbeza masa zaman dia agak mengada dulu. Haha..korang kena baca artikel dia masa awal-awal dulu. Tulisan penuh warna-warni. Ayat memang kelakar, tulisan berterabur, ambil gambar memang OUT habis, tapi..lihat sekarang, antara blog yang selalu kena stalk dek orang perempuan dan juga orang lelaki termasuk aku walaupun tidaklah hari-hari. Haha..
Jujur. Dia salah seorang penulis blog yang baik. Seorang pencerita yang bijak bermain dengan kata-kata.
2. Kak Jie.
Ini makcik-makcik punya blog. Berbanding makcik-makcik yang ada blog diluar sana, ini sahaja makcik yang aku boleh iktiraf pandai buat duit dengan blog dan ada sikit EGO tak terkalah macam aku jugak. Senang cakap, dia ada pendirian. Dia tak suka, dia kata tak suka. Dia suka, dia kata  suka walaupun kekadang aku sendiri susah nak faham bahasa orang dewasa ni. Senang cakap..makcik ni memang best. Kalau terjumpa aku, mesti sengihhhhhh aje memanjang.
Jujur, blog dia memang aku suka baca. Selalu buat aku tertanya-tanya. Haha..
Yang ini plak, budak lagi. Belum masuk universiti atau kolej agaknya. Dengarnya macam ambil SPM tahun ini. Betul ke tidak. Aku tak pasti sebab aku tak pernah lagi interview dia. Senang cakap, dia ada kualiti untuk jadi penulis blog, skill copywriting yang tak terkalah dan juga pandai gak bab-bab design blogspot. Jenuh aku suruh dia beli nama domain, akhirnya..dia beli jugak. Dia ada banyak blog. Pepandailah korang cari. Dan sekarang hobi dia, suka stalk akaun G+ aku. Peh..ngeri plak rasanya.
Oit..kasi update blog selalu.
4. Ariff Shah
Mamat ni, aku tak tulis pun korang tahu aku baca blog dia, kan? Ya, aku suka baca blog ni sejak dia belajar kat Rusia lagi. Senang cakap, dia jenis bercerita dalam blog. Kekadang ayat skema nak mampus. Kekadang boleh la pulak buat ayat kelakar dalam serius. Ada bakat masuk Maharaja Lawak tapi aku yakin susah nak masuk final. Sebab kalau masuk final, mesti jumpa aku. Sah-sah aku yang menang, kan?
Okeh. Majoriti akan kata dia kacak, tinggi dan berpendidikan tinggi. Pandangan aku, dia ada gaya penulisan yang menarik. Tak payah update hari-hari, tapi ramai yang tunggu nak baca artikel baru dia, kan? Lagi-lagi kalau makcik-makcik dan gadis-gadis bertudung comel..
5. Encik Titan.
Ya. Aku baca blog aku sendiri. Kalau aku sendiri tak suka baca artikel-artikel dalam blog aku, takkanlah aku sampai hati nak cemarkan otak-otak korang dengan ayat-ayat kacak dalam blog-blog aku tu, kan?
Lagipun, tak salah baca blog sendiri hari-hari, kan? Haha..
Okeh. Itu sahaja 5 orang blogger yang mempunyai blog yang agak bagus dibaca untuk korang semua. Pendek kata, diorang kalau bercerita kat blog..ayat memang mentap tak terkalah. Ada pengikut masing-masing. Korang kacau diorang, mesti ada geng yang membackup. Jadi, nasihat aku, pergilah baca dengan hati yang gembira dan belajar sesuatu mengapa aku sendiri suka baca blog-blog mereka.
** Kepada 5 orang blogger ni, aku tahu diorang semacam susah nak sambung segmen ni. Terpulang, nak sambung..sambung. Tak nak, tak apa. Hoho..jap. Siapa rasa nak join segmen ni..leh sambung. Aku rasa takde masalah. Belasah aje. Haha..
Ps: Dah..nak sambung tidur kejap.
14,797 total views, 4 views today
Ooo,,, En Titan minat Fatin Liyana yerrr
dah agak dah…hehe 😈
hmm… ye ke bukan hari2 pegi stalk blog FL? hehehehehe….
hahaha…sempat jgak dia menyelit dkt bawah sekali yer…tp mmg blog ni yg terbaik pun bro..salute
betul tu, blog sifu memang terbaik untuk di lawati.. 🙂
mau tak best asyik tayang gambar awek cun je..hahaha..
h ha. no1tak boleh blah..
5 Blog yang menarik… Tapi tengah takder masa nak join segmen sambung menyambung ni….
Kak jie memang tersengih selalu kalau jumpa org
peminat fatin liyana..mesti ko masuk blog dia sebab nak tengok gambar dia kan..hehehe
hahahaha.. kantoi dah bro.. 😉
Pssst..kawe pun selalu pegi blog Fatin Liyana tu.. tapi utk tengok gambo jer.. pssst.. jgn bagitahu sapa2
hahhaa..baru aku tahu sebenarnya…
ooo.. selera fatin liyana ya… aaaaa aaaaaa tak tahu.
Blog awek mesti dok no1…hahahha
Terbaik nombor 1 blog awek,tapi nombor 5 tu lagi kacak,hehehehe
untung la no satu tu..
haha
nak sumabt juga nama2 comel ngheee 🙂 memang hebat-hebat belaka
saying sangat kak jie..
sayang sangat kak jie..
*apasal auto correct nih memandai tukar a pergi I..
huh
buat masa ni gua suka yang no 5 tu.. hahaha
Menariknya…. bila kita dah suka dengan gaya penulisan or topik blogger tu…memang hari-hari kita akan bukak blog diorang kan…
Tudia…. No 1!!!! hahahaha
mereka memang blogger yg hebat termasuk tuan punya blog ini.
Aku pun baca blog sendiri jugak..
YEah aku pun baca blog sendiri kalau ayat tu tak best dengan auto nya aku terus edit hahaha
erk…teerbaikk ! 🙂
Yang danial tu memang sy respet ar..penulisan dia memang bagus..sy rasa nak upah dia jadi penulis blog sya..hahaha..yang lain semuanya dah otai2…tapi danial ni walaupun budak, dia bukan sebarangan budak..kadang2tertanya-tanya..betul ke dia ni budak?????otak macam orang dewasa yang dah byk pengalaman..huhu
Ambe tak stalk blog akaun G+ Encik Titan le. :3
Encik Titan update post, ambe tolong tekan G+ je. Haha.
Yela.. ambe selalu update blog, cuma malas ja.
Walau apapun, terima kasih banyak-banyak kerana sudi mentiion blog saya. 😀
Saya doakan Encik Titan sekeluarga kaya dan berjaya.
Tinggal 3 minggu je ambe nak SPM.
tak sangka pelajar lagi.. terbaikkk lah
segmen yg kureng gemar den join… haha… kijam kan ayat gue?
ada sbb tersendiri kenapa kureng genar tu kan,…
tp mmg blog2 tu mantop
lama juga aku tak terjah blog fatin tu..
Hanis zalikha tak masuk list bro ke? hehehe..
aku tak berapa minat dia. Haha..
aku biasa dengan blog no 5 je
so far, blog ariff shah paling kerap masuk. banyak yg kita boleh belajar kat sana. dia macam Mat Lutfi versi blogger. haha!
terima kasih memberi tip dan menunjutkkan mentor yang baik untuk dicontohi
sekali sekala suka juga terjah blog fatin buat umur lebih muda rasanya
Kena terjah ni..
fatin liyana aku jarang baca, yang lain rajin. kadang-kadang jadi silent reader sahaja, topik menarik baru aku komen. blog kau memang usah ceritalah, tiap-tiap hari aku stalk. tapi kalau aku meluat nak baca, aku klik pangkah ja. haha!
yup tepat sekali baca blog sendiri supaya kita leh perbaiki lagi diri kita sendiri
blog lima2 menarik..at least dapat jugak tambah rekod untuk blog2 yang popular ni..sebab saya berblog sekadar hobi je..
jom la menerjah mana-mana yan belum tu…
pergh! baru mau spm rupanya itu budak daniel
Danial Abdul Rahim bukannya Rahman bro ………….
macam pernah dengar je nama tu
blog no 3 tu aku x pernah lagi masuk blog tuh
oklah. ada blog yang pernah gua baca. ada yang belum. ok. kejap lagi, gua lak nak tidur
yang no3 tuh tak pernah terjah lagi…tengoklah jap2 lagi gua singgah ke…
semua blogger lelaki memang suka masuk blog fatin liyana, hehehe… jujur jak…
En Titan, terima kasih kerana memperkenalkan saya dengan fatin liyana 🙂 teruja den 😀
Ada gak macam ni, kih3 😛
sayapun hari2 baca blog sendiri. hehehe
kakjie dah tak seaktif dulu lagi mungkin karena faktor kesibukan keluarga