OKeh la..
Aku mengarut sikit hari ini.
1. Aku syak diri aku kena demam denggi. Simptom-simptom bermula sejak Isnin lepas. Jadi, bermulalah hari yang agak huru-hara sepanjang minggu ini. Pertempuran dalaman tetapi ketika diluar aku masih mampu tertawa walaupun letupan-letupan tetap berlaku didalam badan.
2. Macam mana aku boleh SYAK benda ni walaupun aku sebenarnya bukan doktor? Sekali lagi, aku syak sahaja. Betul atau tidak, aku tetap kena tanya doktor. Antara sebab kukuh yang aku rasa kebarangkalian besarnya aku dah kena demam Denggi ini adalah..
Sembilan simptom Demam Denggi Klasik
- Demam secara mengejut (Sampai hari ini aku masih terkejut!)
- Loya dan muntah-muntah (Ini tak terasa langsung..)
- Ruam dan gatal-gatal (Ruam keluar pada hari ke 4. Tapi tak rasa gatal sebab aku memang dah cukup gatal. Haha..)
- Sakit bahagian belakang biji mata (Yang ni memang ketara masa hari pertama sampai hari keempat. Sakit jiwa dibuatnya..)
- Sakit kepala yang teruk (Ya..memang sangat teruk. Mimpi dan berkhayal bukan-bukan..)
- Sakit otot dan sendi yang teruk (Seriusly..memang sakit terukk. Nak nangis pun ada rasanya..)
- Sakit perut (Ya. Memang sakit gak la..sebab lapar sebenarnya. Tapi aku je mengada tak nak makan..)
- Cirit-birit – (Tak berlaku)
- Sakit pinggang yang teruk (Demam Tulang Pecah) – Yang ni la buat aku rasa bahagian belakang badan aku rasa macam kena bom bertalu-talu tanpa henti. Sampai hari ini masih ada saki-baki bom yang akan datang mengebom tanpa amaran..
- Mimpi yang aneh-aneh. Termasuklah mimpi selamatkan Bumi. BUkan satu kali..lebih 100 planet Bumi yang lebih kurang sama dah aku selamatkan dalam tempoh 5 hari ni.. (Yang ni..aku tambah. Haha..)
Ok. 9 tanda atau simptom ini kalau ada pada diri korang..korang bolehlah kot syak diri korang bakal kena demam denggi. Haha..
3. Yang bagi aku rasa memang aku kena denggi adalah..mak aku baru 2 minggu lepas disahkan kena demam denggi. Bila mak aku dah sembuh, aku pulak tetiba semacam terjangkit kena. Tapi bila menengokkan simptom yang berlaku kat mak aku dulu, SAMA sahaja dengan apa yang aku tengah alami beberapa hari lepas. Jadi, jawapan aku tersimpul-mati. Memang aku kena demam denggi.
4. Saat paling kritikal adalah pada 3 hari pertama korang kena demam denggi. (Dengar cerita, 3 hari pertama kalau korang tak dapat rawatan betul-betul..ramai yang leh mati awal. Betul atau tidak, aku tak tahu) Korang akan terasa korang macam demam panas biasa sahaja. Tapi dia akan datang dengan 9 PAKEJ huru-hara yang aku tuliskan tadi. 9 Pakej itu akan bergabung untuk menentang askar-askar imunisasi dalam tubuh badan korang. Kalau askar-askar korang tak cukup kuat..
5. Minum air 100 plus banyak-banyak. Itulah saranan rakan-rakan, makcik-makcik, sepupu-sepapan, bekas makwe, bekas kekasih, nurse-nurse comel dan juga doktor-doktor diluar sana. Kalau aku jumpa Fatin Liyana pun, dia mesti bagi saranan benda yang lebih kurang sama. Dan jangan lupa minum air banyak-banyak.
6. Dan sekarang..hari Sabtu. Setelah berhempas-pulas topup air 100 plus untuk tonik askar-askar imunisasi dalam tubuh badan aku untuk menentang demam denggi nih..nampak gayanya dah reda sikit. Bekas ruam pun dah tak semerah dan segalak dulu. Badan pun dah tak panas macam awal-awal dulu. Kalau tidak, tiap-tiap jam setiap hari memang aku tuam dengan tuala.
7. Aku tak minum air kelapa. Aku tak gi cari ketam untuk buat sup. Aku cuma mampu beli air 100 plus banyak-banyak. Masak air banyak-banyak. Re-stock setiap hari. Gagahkan tangan untuk minum air setiap hari. Makan? Sekali sehari..itu aje yang aku mampu sebab serius, memang takkan ada selera nak makan. Masa mak aku kena dulu pun, nak makan pun memang takde mood walaupun ada KFC depan mata..
Pendek kata, minum secukupnya, tidur secukupnya, rehat secukupnya..makan, kalau takde selera..paksa makan jugak. Biar badan ada tenaga nak fight penyakit tu..mesti ada semangat nak makan makan KFC yang tinggi. Semangat tu yang penting, tak makan KFC tu tak apa. Biar orang lain yang makan. Kita nak semangat tu je.. dan solat, tawakal, sabar, selawat, zikir dan yang sama waktu dengannya..
8. Oh ya. Bajet 2014. Ada benda best, ada benda tak best.
9. Banyak istilah pelik-pelik muncul kat Bajet 2014. Termasuklah istilah baru yang diwujudkan. Apapun, aku harap apa yang dicadangkan dalam Bajet 2014 itu nanti..dapat ditunaikan dengan baik walaupun aku tahu..ini cuma cadangan. Belum tentu jadi dan tak mustahil akan terjadi. Benda masa depan ni, kita boleh rancang aje. Kalau jadi, jadi. Kalau tak jadi, tak yah nak maki-maki sangat..
10. Dahh..habis dah cerita tentang Bajet 2014 hari ini. Siapa belum baca tentang Bajet 2014, gi baca kat Yahoo.
11. Alhamdulillah..walaupun seminggu dok bercuti atas katil. Hasil tetap ada walaupun takdelah banyak macam korang semua tu kan? Kan? Yelah, tengah demam teruk ni, camanalah nak buat kerja atau nak pergi event segala bagai tu. Hehe..
12. Tapi masa 28hb dan ke atas. Jumlahnya tu akan jadi angka yang lebih best dari dapat BRIM yang ada sebut dalam Bajet 2014 tu. Haha..
Ok. Dah..
Aku nak rehat. Belum sembuh sepenuhnya. Badan still masih sakit-sakit. Benda ni ambil masa nak dapat balik kekacakan dan kekuatan seperti hari-hari kegemilangan yang lepas-lepas.
Haha.
** AMARAN! Pengalaman aku kena demam denggi ni. Tak boleh dikut 100%. Setiap orang ada diagnosis yang berbeza. Treatment pun mesti ada yang berbeza. Apa yang berlaku kat aku dan mak aku, mungkin disebabkan oleh demam denggi. Yang pasti, mak aku ya. Disahkan oleh doktor. Aku plak..memandai sendiri diagnosis berdasarkan apa yang berlaku dengan mak aku dengan apa yang dah jadi dengan badan aku sendiri since aku dan abah aku yang handle mak aku gi hospital cek darah pagi dan petang. Siapa yang ada pengalaman mesti tahu kenapa kena buat cek darah waktu pagi dan waktu petang pada hari yang sama. Jadi, untuk kes aku. Jangan tetiba rasa macam nak kena demam denggi aje, terus buat keputusan sendiri. Kang mati tanpa sebab..mak bapak korang datang nak cucuk keris tamingsari kat perut aku sebab anak dia mati sebab pengalaman kat blog aku, memang 100% aku boleh elak dan tepis. Dan sudah tentu aku counter balik dengan mak bapak korang aku terajang sorang satu, faham?
Aku ni lain sikit. Aku ni bengong sikit. Fius dah tercabut banyak sana-sini agaknya. Orang genius memang camgini perangainya. Suka buat ujikaji kat badan sendiri. Aku bukan mempermain-mainkan hal-hal penyakit serius seperti Denggi ni. Denggi ni, kalau tak dibendung dengan baik. Memang jahanam. Bagi kanak-kanak..jangan mengada sangat nak cuba cara kampung ke apa. Hantar hospital dulu. Last ikhtiar, baru cuba cara yang korang rasa sesuai dengan anak korang. Bagi korang yang mungkin lebih gagah perkasa dari aku dan ada semangat yang lebih hebat dari Naruto, tak apa. Aku yakin kebanyakkan dari korang boleh harungi 9 JENIS Huru-hara dalam penyakit Demam Denggi ni. Tapi, jangan over confident sangatlah ek. Aku berani jamin, 2 hari pertama mesti korang lalok habis. Sekali lagi, nak berani..biar berani ada ilmu. Aku faham risiko dan faham apa yang aku kena buat. Kalau korang tak tahu tentang risiko dan tak berani tanggung risiko..jangan mengada tiru cara aku. Aku dah banyak kali “fight” guna cara aku sebab aku dari umur 1-6 tahun fight penyakit Asma. Masa tu, doktor dan mak bapak aku pun rasa macam nak putus asa aje..tapi alhamdulilah. Aku survive. Genius man survive! Haha.. Itu belum campur penyakit-penyakit aku yang lain. Senang cakap..aku dah bergelut dengan banyak penyakit. Jadi, aku faham. Korang? TAK SEMUA ORANG FAHAM. Jadi, jangan TIRU cara aku. Ini amaran keras dari aku.
So..what? Aku tetap kacak dan gagah perkasa. Aku tetap heppy what?
Ps: Dah..cukuplah..macam buka buku kesihatan lama aku plak rasanya. Haha..
9,776 total views, 1 views today
aku tak kisah sangat selagi belacan dan budu tak kena GST 😆
Akupun sama jugak….kalau benda ni ada GST aku akan hantar emel byk2 kat PM…biar dia faham…benda ni kebanyakkan org memang suka.
Tak sihat ye..musim denggi sekarang bro..banyakkan berehat..abaikan bajet 2014..hehe
cisss sikit je pasal Bajet 2014.. aah beb, aku dulu suspect denggi jugak.. amik darah pastu doc terus suruh tinggal kat hosp.. msa tu aku menggelabah tak ingat.. Terus call membe aku, belikan 100plus 1.5liter.. aku hari tu memang tak minum air lain, hahaha..
sama la ngan aku, penah kena saspek denggi…
Bahaya skrg denggi ni boleh bawa maut
Sabar jer lah. Sikit benar cerita tentang bajet 2014. Hahaha… 🙂
Dah check darah ke..? blood platelet berapa…jangan kasi turun rendah sangat sampai bawah 70..bahaya tu…minum bebanyak air itu saja penawarnya dan makan sup ketam sebab tekak hanya rasa sedap dengan sup ketam saja, yang lain tak rasa apa-apa!
seminggu ni memang tak rasa selera nak makan. Tapi telan gak sebab kena makan gak walaupun takde selera.
Tak makan ketam sangat pun masa kena nih. Sup ketam jauh sekali. Minum air 100 plus aje dan minum air masak aje banyak-banyak.
sympton demam denggi ni tak boleh kesan awal kan..sometimes seminggu baru boleh detect..itu pun kalau buat ujian darah..
yap. sebahagiannya besar memang tak perasan.
Oleh sebab kes berlaku kat keluarga sendiri dan berlaku plak dalam tempoh terdekat, sebab tu boleh perasan dan boleh ambil langkah pencegahan lebih awal.
Aku kagum dengan semangat kau titan. Walau sakit blog tetap update. Apapun aku doakan kau cepat sihat. Kalau aku mmg susah bini aku akan jaga. Aku ni jenis manja ngan bini bila sakit he..he..he..
blog ni je aku update. blog-blog lain langsung tak terusik. haha.. 😈
betul tu aku [ernha dengar orang cakap minum air 100 plus dapat hindari denggi…
klu gua, teguk gatorade..
check lah kat hospital bro. apa pun tahniah bakal dapat bonus.
teringat rakan sekerja dulu,minum sampai 2 botol besar 100 plus dengan harapan cepat sembuh…sat lagi esoknya demam makin teruk dan MC 2-3 hari macam tuh…haha
dah sakit tu. MC la seminggu. Haha..
Tapi memang kena berjaga-jaga. Kalau tak kuat semangat..tak hairan banyak kes yang meninggal dunia terutamanya dikalangan budak-budak. Sebab dugaannya memang cukup kuat..
kes demam denggi klasik ni..tak banyak kes membawa maut. Tapi still ada yang maut terutamanya kanak-kanak. Tapi kalau kes denggi berdarah tu..baik kanak-kanak atau dewasa..sangat bahaya. Dengarnya..budak-budak selalu kena yang denggi berdarah dan memang ramai yang maut.
Senang cakap, bila kena denggi..bawa hospital. Jangan jadi macam aku. Cari pasal dah ni namanya..
injek jer kat swasta..penah kena,terbang 50..tp esoknya baik.. 🙂
bajet 2014 belum dibentangkan lagi tapi bajet aku dah pun kena cutting…kereta pulak buat hal..hehhe
kena jaga kesihatan tu betul2, bonus nak masuk tu hehe
demam terkejut tu bahaya. nanti selalu melatah, hehehe
wah sikit je ko citer pasal bajet 2014
Semoga cepat sembuh bro. Kalau tak cuba makan pucuk betik pula. Terbaik pahit. 😈
Alhamdulillah bahaya kena denggi nih… kalau tak ….. blog nih mungkin tak update lagi.. erkkkk
Bguslah hang dah baik. tumpang lega
Cara hang ni mmg tak boleh apply kat orang lain. hang dah byk tgk naruto dan ada jurus2 naruto sekali…hoho
bab bajet tu, org dah siap maki2…pening kepala tgk status masing2 kat fb…pandailah sangat…hahaha
Semoga cepat sembuh bro…. maybe dah tiba masa untuk ko pegi holiday la pulak
Air 100 plus ni banyak kelebihannya..cirit birit pun boleh minum air ni untuk melegakan perut..emm terima kasih atas buku panduan hospital ni..hahaha..
fuh….sentiasa masyuk…
bajet ke apa ke…….apa guna gaduh bising bising…usaha kena lebih.
semoga bro cepat sembuh..demam denggi merupakan satu ujian keimanan..bawa bersabar dan banyak berehat..
p/s: Entri terhangat saya bertajuk- 3 Tabiat Hebat Blogger
Semoga bro cepat sihat walafiat… Kalau rasa tak tahan tu, pergilah jumpa doktor 🙂
dalam demam2, dgn bajet entah apa2 pun balun jg hehehe