Ya.
Aku yakin ramai yang nak tahu macam mana nak buat duit dengan blog. Tak kurang juga ramai yang mahu belajar teknik dan cara-cara yang mudah untuk buat duit dengan blog.
Sebenarnya, tak ada cara atau teknik yang mudah untuk buat duit dengan blog.Β Memang tak ada. Setakat ini, memang tak ada.
Yang ada, semuanya teknik yang susah-susah sahaja.
Cuma, ada beberapa perkara kalau korang dah TAHU, ia akan membantu dan memudahkan korang untuk buat duit dengan blog.
Aku takkan cerita semua benda tu. Cuma apa yang aku nak tekankan adalah..
Asas Buat Duit dengan Blog.Β
Bila cerita bab asas atau benda “BASIC” ni..semua orang dok buat muka sardin aje, kan? Yelah..aku tahu, korang semua MESTI macam dah tahu segala benda tentang dunia blogging tu. Sampaikan korang sendiri gelarkan diri korang pakar. Bab-bab asas macam ni korang dah malas nak layan sangat, kan?
Tapi yang buat aku kadang-kadang jadi pelik, korang boleh plak mengeluh bila..
- tak dapat buat duit dengan blog
- update status cemburu dengan blogger tu dan blogger ni..
- menghanjing blogger QZP sebab dapat lebih banyak duit dari blog berbanding korang..
- dengki dengan blogger-blogger yang dah berjaya..
- kecewa bila dah cuba buat duit dengan blog tapi masih gagal memanjang..
- memandang sepi aje bila ada blogger dapat duit tiap-tiap hari..
- sakit hati bila ada blogger dapat offer itu, dapat offer ini..dapat menang hadiah tu, dapat hadiah wang tunai ini..
- dan memacam lagi..
Ya. Koranglah tu..
Siapa lagi kan? Tak nak mengaku plakk. Haha..
Benda yang sama berlaku kat seorang mamat ni. Cuma yang berbeza adalah dia ambil tindakan. Dia buat sesuatu. Dia praktikkan asas-asas yang dia dah tahu dan dia yakin dengan cara dan teknik yang dia belajar. Hujung cerita..tiap-tiap bulan boleh dapat duit dengan blognya.
Jadi, mahukah korang tahu macam mana beliau berjaya lakukannya?
Siapa orangnya?
Ahmad Faiz Alias. Korang kenal tak?
Ahmad Faiz Alias merupakan CEO dan Founder Az Zahra Creative Enterprise (RA0029102-D). Anda boleh pergi ke laman website www.azzahracreative.com. Di sini beliau bersama pasukannya menyediakan pelbagai servis-servis untuk membantu usahawan di luar sana seperti membina blog, membina shoping cart, membina webiste company, memasang borang tempahan pada website, design banner timeline, design minisite, cover ebook dan banyak lagi.
Beliau mendapat duit pertama beliau di Murahnya.my iaitu dengan membuat pelbagai servis. Oleh kerana beliau membuat servis berdasarkan permintaan yang tinggi pada masa tersebut, beliau mendapat pendapatan empat angka dalam masa sebulan.
Ya. Oleh sebab nama dia pun ada tempias sikit-sikit dengan nama aku, mungkin sebab tu agaknya dia berjaya buat duit dengan blog secara konsisten pada setiap bulan. Secara jujur, dia agak faham tentang FLOW buat duit dengan blog ni. Dia nampak apa yang perlu dia buat dan dia tahu bagaimana nak buat duit dengan blog.Β Sebab itu, dia boleh berjaya sehingga ke hari ini.
Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog
Dalam ebook terbaru beliau yang bertajuk “Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog” itu, ada 7 modul yang menerangkan tentang “Asas Buat Duit dengan Blog” yang cukup sesuai untuk korang baca. Setiap modul, ada penerangan yang baik dan agak mudah difahami oleh para blogger yang mahu memahami dunia buat duit dengan blog ini dengan lebih mendalam.
Apa yang korang akan dapat dari ebook Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog tu?
- 1 Ebook utama yang menceritakan tentang pengalaman beliau buat duit dengan blog dan juga asas-asas buat duit dengan blog serta apa yang korang perlu tahu bila nak buat duit dengan blog.
- 10 Tips Rahsia Menulis Artikel
- 50 Tips Strategi Pemasaran Berkesan
- Senarai program affiliate dalam dan luar negara.
- Senarai program yang sesuai untuk buat duit dengan blog
- Dan banyak lagi..
Kelebihan ebook Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog ni..
- Secara jujur, ia membantu korang lebih faham tentang cara-cara untuk buat duit dengan blog. Korang akan nampak “FLOW” bagaimana untuk buat duit dengan blog. Senang kata, kalau sebelum ini korang bebal sangat nak faham. Bila baca nanti, korang akan nampak dengan lebih jelas sikit.
- Tak ada teknik yang pelik-pelik atau tips yang luar biasa. Jadi, tak perlu risau sangat kot-kot takut tak dapat nak faham bila baca benda ni. Bahasa yang digunakan pun agak mudah untuk difahami.
- Ebook ini lebih menekankan kepada konsep Asas Buat Duit dengan Blog. Cukup sesuai dengan mereka yang baru nak bermula menulis blog. Yang dah tahap otai-otai dan Top Blogger Malaysia, kalau terasa bab asas pun masih kantoi lagi, elok sangatlah baca benda ni..
- Korang akan dapat tahu senarai program-program yang sesuai untuk korang cuba kalau berminat nak buat duit dengan blog. Pendek kata, ada berpuluh-puluh gak program yang dicadangkan. SEMUANYA aku dah cuba dan hampir 80% dari program yang dicadangkan memang aku berjaya buat duit. Jadi, kalau korang nak tahu apa program-program tersebut baik untuk program luar dan dalam negara, bolehlah dapatkan ebook ini sebab memang aku takkan cerita semua program yang aku dah sertai sebelum ini. Ada yang aku cerita dan ada yang aku tak cerita atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab mamat ni dah cerita, takkanlah aku nak halang pulak, kan?
- Rahsia dan aku kena rahsiakan. Dia ada gak cerita benda yang aku rahsiakan selama ni. Demm betul ahh..
- Ada juga cerita step by step bagaimana nak install wordpress berbayar. Termasuk bab domain, hosting dan Cpanel. Jika korang betul-betul serius, benda-benda ni memang wajib tahulah bagi mereka yang nak buat duit dengan blog.
- SEPULUH tips untuk hasilkan blog hebat. Ada cerita dalam modul terakhir dalam ebook ini. Wajib baca.
- Tak ada cerita tentang tips nak kahwin empat. Jadi, makcik-makcik tak perlu risau.
- Membantu korang untuk buat duit dengan lebih baik dan teratur. Ini aku yakin dengan syarat korang memang betul-betul serius nak buat duit dengan blog. Kalau korang malas, itu aku tak boleh nak kata apalah..
Jadi, bagi mereka yang berminat nak faham dengan baik tentang bagaimana nak buat duit dengan blog, bolehlah dapatkan segera ebook Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog dengan segera. Tak rugi membacanya.
Dapatkan segera –>
Β Ebook Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog
11,172 total views, 2 views today
berapa harga ebook ni bro
Hang leh gi tengok kat site dia.
Tak mahal rasanya. Hehe..
boleh x aku masuk link terus tanpa tekan link yg hang bagi titan,..
harga saya dah ubah dengan lebih berpatutan dan harga ni masih dalam kajian….boleh klik di atas untuk tahu π
entri yang menarik pelanggan untuk membeli ebook.penuh dengan tip bermanfaat.terima kasih
dah berapa banyak en faizal ni buat duit dgn blog ya
berapa banyak, tu aku tak tahu. Dan aku rasa pun sape-sape takkan bagitau jumlah yang sebenar.
Dia takkan bagi punya aku tengok akaun banknya tu. Haha..
Apapun, nama dia Faiz. Bukan Faizal. π
jom buat duit semua duit ada depan mata asal jangan malas berusaha
perghh..
bro punye ebook SEO apa cerita ?
rasa macam nak beli terus.
Sedang belajar biarpun hasilnya ciput..yang penting tak give up kan..
bagus betul perkongsian pengalaman cam nih, kena le invest skit kalau nak berjaya kan
Ni satu lagi nak kena ikut rapat2 ni..fuh!
bagus.memang bagus ni..
kalau ikut panduan dah confirm banyak leh masyuk
den dah setengah tahun ce jual ebook, tapi baru satu ebook terjual, relax je hehe..
ehh QZP tu pe benda???
Haha..QZP?
Cuba hang teka dulu. haha.. π
Menarik ni..kena melabur ilmu baru ni..
Teringin nak hang review blog aku. Bila boleh? Hehehe
oho..bagus kena beli ni..:D
Basic tu yang penting, π
nak tanya buku nie ada jual tak kat shopping komplex…
wah! dah ada review kat sini..kebetulan saya ada tulis pasal harga ebook ini di blog…boleh baca sini >>> http://www.faizalias.com/2013/10/20/harga-ebook-buat-duit-dengan-blog-masih-dalam-kajian/ ….harap tuan admin blog ni tidak padam komen ni…
ya..teknik dan panduan perlu kita pelajari untuk buat duit..
macam menarik..semoga berjaya.
Bagus ni boleh cuba beli ni…
Memang terbaik ebook ini, perkongsian yang tak kedekut…
kena baca atas bawah byk kali baru faham kena beli buku tu rupanya hehehe
banyak ilmu yang beliau kongsikan dari pengalaman beliau, bagus baca cedok ilmu.
bagus juga e-book ini huhuhu
ebook yang sesuai untuk newbie.. yang blogger lama pun boleh beli jugak.. buat panduan , guideline mungkin lebih teratur dan misi terus berada dilandasan sepatutnya..
menarik… sangat2 boleh beli nih…
fuh trperinci penerangannya.. x paham2 lagi tak tau lah… :lol
Baru nak beli ebook encik Titan… cemana ek? nak beli dua2 blum masyuk banyak lg dlm blog sy tu… π
Setuju dengan pandangan saudara. Lagi satu, bab menulis blog ni paling penting perlukan konsistensi. Hari ni buat entri gempak, lepas tu terus senyap. Memang susah sikitlah nak dapatkan income dari blog kalau dah macam tu.
kira pesaing lu lah nih yer bro…hehe
Dahhhh saya dah sambar satu..tunggu tuan punya badan bagi link download aje..hahaha
orangnya nampak biasa-biasa…tp berbisa dalam berniaga blog…
yeahhh aku nak beli π
kalau , Menjual Produk Menguntungkan Diluar. Boleh jadi ke dekat blog?
wah ada barang baik
Ebook sebegini memang releven dan evergreen…sebab akan ada blogger baru muncul setiap masa
terbaik bro π
Tak rugi kalau kita mencuba manalah tau ada rezeki
Macam2 ilmu ada sekarang nak dgn tanak jer hehehe π
Panduan mahal sudah disediakan.
Tunggu diri sendiri nak ambil tindakan. π
Ayuhh!!
menggugat hati untuk membeli nih…
Nice info xde yg senang dalam dunia nih Semuanya bermula dengan
D-doa
U-usaha
I-ikthiar
T-tawakal
Tempting … boleh combine dengan kitab merah jambu π
Fasal membuat duit dengan blog nie den stop la dulu… Hehehe… Tapi nice product bagi siapa yang nak belajar buat duit π
Ok aje kot.. Boleh la cover duit minyak motor..
Bagus panduan e-book, motivasi saya pun dah naik balik nie.