Ya.
Macam tak percaya.
Kaklong dah bersalin petang tadi.
Kandungannya baru 7 bulan lebih. Tapi memandangkan faktor keselamatan, doktor cadangkan untuk buat pembedahan untuk selamatkan Kaklong dan anaknya dengan lebih cepat. Takut jadi lebih teruk memandangkan keadaan kesihatan agak “complicated”.
Kaklong ada asma dan ada penyakit jantung. Sebab itu, dia ada masalah sikit nak bernafas dan agak menyusahkan sedikit ketika mengandung ini. Selalu gak perg klinik dan hospital dalam tempoh 7 bulan ni..
Sebab itu jugaklah dia ditahan dihospital sejak hari Rabu yang lepas.
Aku memang terkejut la sebab Kaklong disahkan ada penyakit jantung. Walaupun bukan peringkat serius lagi, tapi memang akan kacau bila melibatkan keadaan badannya yang sarat tu. Jadi, cadangan doktor dipersetujui oleh suami Kaklong dan mak abah aku.
Dan..
Alhamdulillah.
Kedua-duanya selamat. Cuma Kaklong sahaja yang tidak sedar lagi kerana dia kena bius penuh satu badan. Bukan separuh badan.
Anak buah aku, mak bapak aku tak sempat tengok. Suami Kaklong aje sempat tengok sebab dia yang tunggu kat atas.
Aku kat rumah yang dok sibuk mengemas, mengemop, memotong bawang keseorangan..terkejut. Segala kerja berhenti..dekat setengah jam baru dapat kumpul kekuatan untuk sambung balik kerja.
“Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana memudahkan urusan Kaklong aku..”
…
….
Esok, lepas solat sunat AidilAdha..berangkat ke kampung jumpa nenek sekejap dan akan terus sambung ke hospital.
Untuk tengok keadaan Kaklong aku.
Harap tak ada apa-apa masalah dan sihat dengan cepat.
Ps: Ya. Aku dah jadi paman dahh. Tak leh dah nak manja-manja selalu dengan emak aku sangat. Sebab mak aku dah ada cucu sulung dahh..
6,396 total views, 3 views today
tahniah bro.. moga kak long bro elok2 jaa.. ejas amik gambar anak sedara tuu…
ok la dah jadi pakcik… lu pon dah tua…kahkahkah
semoga selamat2 sahaja utk kak long bro ..
🙂
tahniah bro..baby aidiladha. bertambah ceria la rumah nanti.
Bayi masuk inkubator tak?
semoga kak long hang baik seperti sediakala..
Alhamdulillah dua2 selamat..InsyaAllah ok semua..tahniah juga na 🙂
tahniah boh
syukur kak long dan anak buah hang selamat.. Tahniah… dapat baby Raya tuh… Apa pun semoga kak long hang cepat sembuh ya… 😉
Nice. Congrats! Seronoklah dah ada anak buah kandung. Kita skrg ni semua ank buah sepupu, abg and kakak tak kawen lagi. Hihii..
Tahniah kepada kak long lu. Wah.. Lu pun lepas ni mesti manjakan anak buah lu tu kan.
alhamdulillah… hang bila lagi?
Lepas nie mesti dia jadi tumpuan…..
Alhamdulillah..tahniah
Alhamdulillah..tahniah bro , tahniah buat semua ahli keluarga bro…semoga kak long bro copek sihat…amin…
Alhamdulillah dan tahniah bro, dah jadi bapa saudara. bertambah lagi anggota keluarga.
Tahniah bro. Lepas ni bro pun dah ada commitment haha.
Tahniah Pak Cik Titan hehehe, alhamdulillah semuanya selamat
Haha..terima lah hakikat tu yang mak lebih sayangkan cucunya dari anak sendiri…hahaha..manja?sila cari calon cepat2..haha..semoga semuanya selamat..aminnnn…tahniah buat encik titan sekeluarga..
biasa memang kalau kandungan sudah berumur 7 bulan lebih kalau ada masalah dipaksa lahir..semoga kedua-duanya selamat
wife aku masa lahirkan anak sulung aku..seminggu lagi nak cukup 7 bulan..skang dah sihat..tapi dekt 90 hari baby kena tahan di wad…syukur tahun ni dpt buat aqiqah tuk anak sulung aku 🙂
Wahhh..tahniah paman!! Baby lelaki ke pompuan?? Klu Baby lelaki leh bubuh nama aidil adha. 😀
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan
tahniah dah jd pak sedara…
tumpang simpati atas kesihatan kk long. penyakit jntung mmg x kenal usia..