Ya..
Pernah tak bila korang dah buat segala macam benda, tapi korang rasa macam tak ada apa-apa berlaku.
Masa tu mesti korang rasa “LOST” semacam sahaja, bukan?
Tapi percayalah dengan apa yang korang dah buat.
Percaya dengan usaha yang korang dah cuba.
Sebab, setiap apa yang kita dah cuba itu, titik pemula untuk capai apa yang korang mahu capai.
Bila cerita bab usaha, korang kena faham.
Kejayaan datang dalam banyak bentuk. Ada kejayaan yang diperoleh dalam tempoh yang sekejap. Ada kejayaan yang datang setelah dah berpuluh-puluh hari kita mencuba. Ada kejayaan mengambil masa bertahun lamanya.
Dunia blogging yang penuh kegelapan.
Masa aku mula menulis blog dulu, aku ada sasaran, aku ada matlamat dan juga visi dan misi yang mahu aku capai. Ada kalanya, sasaran aku tak berjaya dilaksanakan. Ada masa, TARGET tak tercapai. Pendek kata, semuanya tak seindah seperti yang kita harapkan.
Tapi itu semua hanya permulaan.
Kalau aku putus asa dan meninngalkan dunia penulisan blog ini, aku yakin aku takkan dapat capai “TARGET” yang aku cuba capai. Dan bila ada antara “TARGET” aku tercapai, tipulah kalau aku tak gembira. Bersyukur kerana apa yang dihajati tercapai walaupun mengambil masa yang agak lama.
Sekurangnya, tercapai.
Dan aku yakin, doa-doa aku dah dimakbulkan. Dan doa-doa aku yang lain juga AKAN dimakbulkan pada suatu hari nanti.
Yang penting, aku takkan mudah putus asa dan sentiasa buat kerja walaupun aku cukup kuat tidur sekarang.
Kesimpulan.
Nasihat aku, mula berusaha dari sekarang.
Jika korang ada sasaran atau TARGET yang mahu dicapai, mula berusaha. Jangan kerana kegagalan demi kegagalan yang korang dapat itu menjadi punca korang terus tidak mahu mencuba. Apa jua matlamat, pasti mengambil masa. Yang penting, jangan putus asa dan buat kerja korang.
Insya-Allah, doa-doa korang akan dimakbulkan.
…
….
** Doakan impian aku untuk kahwin empat akan dimakbulkan. Aku tengah usaha sungguh-sungguh nih..
Ps: Haha..
10,503 total views, 1 views today
wah..wah.. ini nak kahwin 4 sekali gus ker apa? bersungguh-sungguh betul.. huhu~
Apapun, hari ini hari Jumaat kan… mudah-mudahan termakbul…
tq bro, motivasi untuk hari ni 🙂
Insyalllah…kahwin satu dulu…ok
dah ada calon ke nak kahwin empat tu bro…awek syiria dan maghribi tak nak try ke bro.. 🙄
betul ke bro kau nak kahwin sampai empat 🙂
aku doa kan semoga hajat kau tercapai 🙂
Tinggi cita-cita bro. Jangan lupa kenduri kahwin buat stall cendol Banting. haha
cari satu dulu bro bukti kejantanan, pastu baru cari 3 lagi hehehe
ehh..
ada gak yang mencabar ye. hehe..
Betul tu kata AUC, cari satu dulu, tgk boleh handle tak
Bila nak dapat kejayaan dalam blogging memang kitorang kena ikut usaha gigih yang macam ko buat nie
Tak salah bro nak kahwin 4 kalau mampu. 🙂
Ok encik titan..terima kasih atas kata-kata yang bersemangat ni..errr macam mana ekk usahanya nak kawin 4?boleh bagi hint2 tak?hahaha..
dah kawin 4. bolehlah buat ebook lak. supaya kawan-kawan lain boleh mengikut jejak
Hoho..
Insya-Allah. Mudah-mudahan.
usaha dan terus usaha ^^
Setuju! Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan…
usaha usaha usaha…doa doa doa…insyaAllah..Allah Maha Adil
terbaiklah
doa paling last tu sangat menduga..kena banyak sabar bro..haha
semoga berjaya kawin 4 sifu..
Tanda doa makbul, bila apa yang kita mintak tu dah jadi kenyataan
Semoga tuan berjaya kahwin empat 😈
Betul, setuju sangat dengan cikgu Titan. 🙂
Tanda-tanda doa kita diterima Allah ialah kita berusaha sangat untuk mendapatkan sesuatu.
Ada hadis Nabi Muhammad, Asyrof lupa bagaimana hadis tu tertulis;
Apabila kita sudah berdoa + usaha + doa tapi hasilnya tiada jugak.
Jangan rasa sedih sebab selama mana kita beribadah untuk mendapatkan sesuatu itu, kita dah dapat banyak pahala.
So, kita tak rugi sebenarnya. 🙂