Pada minggu lepas, aku ada sempat guna servis DTOX. Kalau tak silap, hari khamis.
Lepas habis kerja, aku ada kerja sikit kat Cheras. Oleh sebab DTOX tu lokasinya di Petaling Jaya dan berdekatan dengan Hotel Hilton, jadi tak adalah jauh sangat dari Cheras. Dalam 15-20 minit dah boleh jumpa tempatnya.
Oh ya.
Apa itu DTOX Malaysia sebenarnya?
Apa pula perkhidmatan atau servis yang ditawarkan oleh DTOX Malaysia?
DTOX ini adalah singkatan kepada “Drive Thru Oil Exchange Express”. Terletak di Petaling Jaya. Berdekatan dengan Hotel Hilton, PKNS, AXIS dan juga Hotel Armada. Mereka menawarkan servis penukaran minyak enjin dengan cepat melalui konsep “Drive Thru” dalam tempoh 10 minit sahaja.
Ya. 10 minit sahaja.
Ya, walaupun aku tahu kebanyakkan orang lelaki boleh tukar minyak sendiri dengan hanya perlu beli minyak dan tuang sendiri. Tapi bagi aku yang sentiasa sibuk dan agak malas nak servis kereta sendiri. Perkhidmatan DTOX Malaysia ini adalah salah satu perkhidmatan yang sangat ditunggu-tunggu oleh aku selama ini. DTOX tidak menganggu kerja-kerja seharian aku yang sangat sibuk. Hoho.
Jika kita ada McD Drive Thru dan sekarang siap ada Cendol Bakar Drive Thru. Kita kita juga dah ada DTOX – Drive Thru Oil Exhcange Xpress. Semuanya berlaku dalam 10 minit sahaja.
Apa yang perlu korang buat?
- Pandu kereta korang ke DTOX.
- Dah sampai? Ok. Bagus.
- Berikan senyuman secomel boleh kepada pekerja mereka kerana mereka akan ambil order korang melalui iPad.
- Pilih perkhidmatan atau servis mana yang korang mahukan.
- Tunggu 10 minit.
- Dah, siap dah.
- Boleh terus gi dating dengan awek korang. Hoho..
Kelebihan DTOX – Drive Thru Oil Exchange Xpress.
- Ada 3 jenis servis yang korang boleh pilih. Signature M, Signiture S dan Signiture F. Setiap jenis ada harga yang berbeza. Aku pilih Signiture M. Harganya cuma RM88 sahaja.
- Apa yang aku dapat dari Pakej Signature M?
- Mineral 20W-50
- Boleh pilih antara minyak Castrol atau Shell Helix atau Mobil. Oleh sebab “Black Saga” aku ni dah lama guna Shell Helix dan aku memang peminat minyak Shell. Jadi, aku pilih Shell Helix. Dan semua minyak ini datangnya terus dari Kilang dan semuanya original. Mereka cuma jual produk yang original sahaja.
- Undercarriage inspection. Kiranya aku dapat sebahagian besar dari 18 point inspection. Termasuklah check air bateri. Kalau tak cukup, merekaa tambah. Malah, siap tolong pam tayar kereta aku yang memang cukup malas aku nak pam sendiri. Haha..
- Mereka buka seawal 7 pagi. Dan tutup 10 malam. Satu tempoh yang agak lama. Bengkel kereta pun banyak yang tutup sebelum pukul 10 malam. Malah, pusat servis kereta pun banyak yang tutup sampai 7 petang sahaja. Jadi, DTOX adalah satu-satunya tempat yang cukup tepat untuk tukar minyak dan buat melakukan beberapa “inspection” yang meragukan korang ketika itu.
Dan ada juga servis add-ON yang menarik termasuklah brake fluid, tire inspection, battery water, steering fluid, engine coolant, windshield shelter, spark plug, light bulb, battery replacement dan 18 points inspection. Β Servis Add-ON ini korang berminat, korang cuma tambah RM30 sahaja. Β Dah lebih kurang macam korang servis kereta kat pusat servis kereta yang lain sahaja.
Dan tak ada “HIDDEN FEES” yang perlu korang bayar seperti yang korang kena selalu kat bengkel kereta tu. Aku tahu, mesti ramai yang pernah kena kan? Di DTOX Malaysia ni, korang cuma bayar apa yang korang nampak aje. Tak ada bayar lebih-lebih. Korang cuma perlu bayar pakej yang korang pilih sahaja di DTOX Malaysia. Best , kan?
Malaysia’s First Drive Thru Oil Change Express
Oleh sebab DTOX MalaysiaΒ ini masih baru lagi kat Malaysia dan ini merupakan satu-satunya cawangan DTOX yang pertama, jadi mereka adakan promosi untuk sesiapa yang menggunakan servis mereka. Antaranya..
Free Labour for all DTOX Package.
Upah labour adalah percuma. Tak perlu bayar. Cuma bayar harga pakej sahaja. Kalau korang ambil Pakej Signature M, korang cuma perlu bayar RM88 sahaja.
RM10 Cash Voucher
Dan, korang akan dapat 1 kupon atau cash voucher bernilai RM10. Jadi, bila korang guna voucher itu untuk servis pertama korang, korang cuma perlu bayar RM78 sahaja.
FREE Breakfast and FREE Coffee.
Yang paling best. Kalau korang datang pagi antara 7 hingga 10 pagi. Korang akan dapat sarapan secara percuma dan secawan kopi Expresso. Oleh sebab aku datang petang, jadi tak dapatlah sarapan secara percuma, CUMA dapat minum kopi Espresso secara percuma sahaja. Tapi bagi peminat kopi tegar seperti aku, dapat secawan kopi Expresso, memang sangat bermaknalah aku menunggu 10 minit tersebut. Hoho..
Pendapat aku tentang DTOX Malaysia – Drive Thru Oil Exchange Xpress
Bagus. Patut ada cawangan disetiap negeri. Tapi oleh kerana ini tahun pertama mereka, jadi mestilah ambil masa untuk ada cawangan kat tempat lain. Mungkin tahun depan atau 2-3 tahun yang akan datang nanti akan ada cawangan baru DTOX Malaysia dinegeri korang.
Harga pun berpatutan. Tak murah sangat dan tak murah.
Servis dan perkhidmatan memang mantap. Customer servis pun terbaik. Siap tolong bersihkan dan lap segala benda yang ada kat bonet depan kereta aku tu. Dah la aku malas sikit nak lap sana-sini. Berkilat la sikit kawasan tu lepas pekerja DTOX Malaysia ni tolong bersihkan dan lap semua tu. Terima kasih sangat ye brader-brader semua!
Produk seperti Engine Oil berkualiti dan original. Masa pun singkat dan sesuai bagi makcik-makcik dan gadis-gadis comel yang takut nak pergi bengkel kereta atau mereka yang tak suka menunggu terlalu lama untuk tukar minyak. Dengan 10 minit, masalah makcik-makcik yang suka bawa beg-beg besar tu semua AKAN SELESAI sambil boleh menikmati kopi Espresso dengan gembiranya.
Yang lebih penting, tak perlu buat temujanji. Datang terus. Tunggu 10 minit. Dah boleh sambung gi dating selepas itu. Tidakpun, bawa aje kekasih-kekasih korang menikmati kopi Espresso secara percuma. Kalau kat kedai kopi, satu cawan kopi Espresso aje dah berapa ringgit, kan?
“Apa kata selepas ini, korang dating kat DTOX Malaysia plak?”
Kesimpulan
Bagi yang dok area Cheras dan Petaling Jaya juga kawasan yang berhampiran, sangat sesuailah untuk gunakan perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh pihak DTOX Malaysia. Yang dok jauh pun, kalau tetiba lalu kat Petaling Jaya ni, bolehlah singgah sekejap 10 minit kalau berminat mahu mencuba satu-satunya “Drive Thru Oil Exchange Xpress” di Malaysia.
Jika korang berminat nak datang, boleh terus ke alamat dibawah. Yelah, takut-takut ada yang tersesat, kan?
- Alamat – No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya. (Lalu Federal Highway, jumpa Hotel Armada dan Hotel Hilton, masuk ke Jalan Barat akan jumpa Jalan Sultan dan berdekatan dengan PKNS)
- Open daily – (Weekday : 7am – 7pm, Weekend : 9am – 5pm)
- Email – support@dtox.com.my
- Tel – 03 7958 3869
- Official Website – http://dtox.com.my
- Facebook – DTOX Malaysia
- GPS Koordinat – (3.244724, 101.62817)
22,683 total views, 1 views today
Memang senang bro kalau ada servis macam ni..patut ada kat semua tempat..senang skit aku nak pegi lepas kete habis waranti..hehe
dekat dengan tempat ko, kan?
Senang la nak gi dtox ni nanti. hoho
Boleh cuba nanti ni. Murah kena pergi la kan. π
Nak suruh ayah pergi lah try. π
Thanks cikgu.
Haa..
Nanti suruh ayah ko try.
Betul tu.kena suruh macam ni. π
Tempat ni tak jauh sangat dari tempat aku, kalau cuma 10 minit, memang tak ada hal kalau nak datang mengejut
Betul tu. mengejut sikit pun sempat lagi jika 10minit sahaja.
memang best plak..adoiyai..Ipoh takde gini..demit π
Tunggu ajelah diorang bukak cawangan kat Ipoh nanti.
Hoho.![:mrgreen:](https://ahmadfaizal.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Ada ramai yang minta,nanti dorg buka juga saya rasa.
wah, terbaiklah.
semua nak keja cepat.
murah, jimat kos duit aku. π π
Yap, memang murah dan menjimatkan masa.
Rugi tak cuba..![:mrgreen:](https://ahmadfaizal.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Betul tu. Kena cuba apa yang Bro titan bagitahu ini.
Dekat aje rupanya dengan rumah.
Nanti bolehlah datang cuba dtox malaysia ni.
bab servis nih mmg malas jugak aku… apa yg aku duk baca post ni, mmg daboom jugak.. konfem snyum memanjang je bile kete siap servis under bbrapa minit ja
Itulah, 10 minit aje.
Sekejap gila sebenarnya. Siap dapat kopi mahal lagi tu. hoho. π
macam penah tengok ni tapi kat mane eh lupa dah ak
Kat Cheras ini. Bro titan dah bagi alamatnya.
Bukan ini alamatnya.No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya.
kat melaka takde Dtox ni ke?
Tak ada.
Kat Petaling Jaya ni lah cawangan pertama. Tak tahu lagi bila cawangan lain akan buka. Lagipun, DTOX Malaysia ni baru tahun ni bukaknya.
tengok tajuk, ingatkan detox tapak kaki …….. hi hi hi.
harap2 lah akan bukak kat kuantan ni pulak, nampak mcm best jer..
10min memang pantas. buka pukul 7am~10mlm, balik kerja pukul 8mlm pun boleh servis lagi. harga dengan servis pantas dan mudah macam ni kira ok.
lama dah tak gi Petaling Jaya…
memang bagus ada perkhidmatan 10 minit mcm nih kat bandar. memudahkan org yg selalu buzy…
Untung la… Dok kelantan ni mau kering minyak hitam nak sampai sana..haha.. Service yang terbaik.
memang menarik..tapi tue la keje kat jengka ni mmg xdpt la..siapa2 duk dekat tue bgs sgt nak gi..cepat plk tue…
senang juga guna perkhidmatan DTOX, lagi-lagi untuk perempuan yang tak tahu nak letak minyak..hahaha. rasanya DTOX ni terdapat hanya beberapa tempatkan…
wah, servis yang baik..tak lama lagi akan dibuka cawangannya kan..
Bagus sangat ni, kalau ada kat jb mesti aku hantar kat situ
aku ingatkan DTOX tu ubat..LOL
wah…bagus kalau dibuka kat Melaka….senang…maklum ler kita orang kan bz…..
http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/11/operasi.html
oh menarik nih , boleh dicuba nanti…
mak aii.. baru nih… pasti boleh pegi jauh idea2 cam nih.
Memang leh pergi jauh idea DTOX nih.
moga-moga ada cawangan kat semua negeri nanti.
waktu operasi sampai malam tu aku sa..sebab kalau siang cuma hari minggu aje la kita ada masa
apasal kasi tutup itu no. plat haha
haruslah tutup.
kang korang stalk kereta aku. Bahaya. Bahaya. π
ok jugak tu..semua jenis kereta ok ke.kereta mahal or murah ok ke ?
rasanya semua kereta boleh.
takde masalah rasanya.
Emm bila lah agaknya nak ada di Jerteh ni ekk?haha
kalau servis tip top dan pantas memang tak kisah orang akan ke sini
boleh cuba juga nanti.
dekat rasanya dgn rumah. pernah lalu klu xsilap.
Memang murah sangat da tu..kalau genuine oil susah nak dapat murah..paling murah pon RM100++..
Tengok tak cara dia tuka minyak tu? Pakai sucker pump ea?
π ingatkan detox yang buang segala kotoran dalam perut tu..kisahnya pasal kete…hurmmm..ehhh tapi ok gak kan untuk makcik2 beg besar mcm sis ni kan, senang keja hehehe
wah 10 minit je..harap akan bertambah la cawangan dtox ni kat setiap negeri π
Bestnya servis ni 10 minit je. Rasa nak pegi try pulak. Kebetulan kete memang nak kena servis. Thanks for this info ya.
10 menit ? Cepat sekali π
Memang best kalau ada servis kat johor macam nie. 10 minit jer.
Macam best bermacam nak cuba jer ..
owh…aku baru tahu ade service macam nie rupanya..kalau 10 minit dah siap, banyak masa boleh save tu…at first aku ingatkan DTOX nie macam barang utk kesihatan…
Regards,
-Strider-
Kalo BOTOX tu apa panjangnya? haha..
Wah.. harap2 dorang kembangkan sayap ke Sabah.. senang nanti.. memang best kalau ada macam ni.. hehe..
Bgus jugak ada tempat servis camni. kalau dapat semua negeri dan daerah, mmg boleh mengaun servis ni..terbaik
FA nak cendol bakar drive thru je.hahaha π