Tahun 2013 penuh dengan kenangan manis.
Terlalu banyak.
Ya. Kalau nak diceritakan, terlalu banyak kenangan manis. Dapat banyak advertorial dan job review, dapat banyak jemputan ke event blogger, menang contest, dapat tulis ebook baru, dapat award dan juga menjadi panel.
Antara kenangan manis tersebut.
- Menang Award MSMW 2013 untuk salah satu blog aku.
- Jadi panel untuk Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network
- Menang blog Contest Delima Home
- Dapat cuba servis DTOX yang pertama kali ada kat Malaysia
- Pergi perhimpunan Blogrrr, KUM2013, Iftar eQurban dan sebagainya.
- Terlibat dengan program SEDA Malaysia
- Dapat menang spek mata Fokus Point
- Dapat try macam-macam gadget seperti Tenko T7, Samsung S4 dan Ninetology U9X1
- Dapat menjual lebih dari 150++ Kitab Teknik SEO Merah Jambu
- Dapat banyak komisen affiliate
- Dapat ramai kawan blogger baru.
- Dapat pergi melawat Farm Solar Fortune 11 dan Labu Palm Oil.
- Dan macam-macam lagi.
Itu sedikit sebanyak yang membuatkan dunia blogging aku lebih meriah pada tahun ini.
Secara peribadi, aku gembira dengan kejayaan-kejayaan kecil itu semua. Bukan senang dan mudah untuk capai semua kejayaan itu. Kena usaha gigih dan berusaha bersungguh-sungguh. Kena bersaing dengan ramai orang yang lebih hebat. Pendek kata, kalau tak usaha, aku takkan dapat semua itu.
Dan juga dengan berkat doa dan kasih sayang dari korang semua jugalah aku mampu senyum dan berdiri dengan gembiranya pada hari ini.
Terima kasih kepada korang-korang semua.
Dan..
Tahun 2014, datang dengan penuh harapan.
Harapan dengan misi yang penuh dengan tanggungjawab digalas.
Dah.
Aku tak nak tulis lebih-lebih. Nanti teremosi, susah pula nak berhenti.
Ok. Selamat datang ke tahun 2014 semua.
…
….
Ps: Kepada yang berminat nak beriklan dan nak aku tulis review untuk produk korang, bolehlah rujuk di ruang “advertisement” dan hubungi aku selepas itu. Harap maklum.
10,686 total views, 2 views today
testing komen.
testing weh.
testing la.
testing 1 2 3 haha
banyak betul tu bende2 manis jadi 2013…semoge 2014 banyak lagi bende best jadi…. so aku boleh jeles lagi…
tolongla paham nape aku jeless… hohooho
Yela. Yela.
Aku akan berusaha untuk bagi ko jeles. 👿
Tahun 2014..gua nak jadi blogger hebat macam lu
Aku rasa, lebih baik hang jadi diri sendiri. Jangan jadi macam aku. Aku kuat tidur. 😈
salah satu harapan FA 2014,nak makan cendol banting dgn abg Titan.hahahha 😆
Kena bertur panjang jika nak makan cendol ngn sifu.. 😀
Turun banting la makcik. Grr.. 😈
Semua orang dah up entri tahun baru oi, aku je belum. Selamat tahun baru en titan yang berhikmat titanium hijau.
Hoho..
meh belajar hikmat badan kebal titanium emas.
Good effort! Speaking londong pulak gua
Tapi tak dinafikan, setahun saya sbg silent reader nampak bro mmg gigih dengan dunia blogging ni. Selamat maju jaya dan selamat tahun 2014 yaww! :p
Mesti ko rajin skodeng blog aku ni, kan? kan?
hehe.. 😆
Tahniah diatas kejayaan yang dicapai..diharap ianya akan menjadi pemankin untuk lebih maju di masa akan datang..
Yap, mudah-mudahan begitulah.
wah banyaknye award hehe..nak satu blh?? 😛
Haa. Gi la ambil lapan belas. hehe..
yup..2013 paling best bagi aku rasanya…moga 2014 ni masyuk dgn duit dari CB plak..
Semoga hang lebih berjaya dengan clickbank nanti yek.
Banyak kejayaan yg bro kecapi utk tahun 2013 tahniah cikgu titan…
Sama-sama.
Mudah-mudahan aku akan dapat lebih banyak lagi.
Tahniah Cikgu. 🙂
selamat tahun baru bro
ahh banyak beno yang manis.. hahahaha moga tahun ni lebih banyak yang masuk..
Ya. Aku memang suka benda-benda manis nih.
Alhamdulillah 2013, pengalaman yang cukup manis 😛 . Semoga tahun 2014 lebih baik, inshaAllah..cikgu
Selamat tahun baru. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
😉
Good luck Mr.Titan….
Semoga ko dapat kongsi rezeki pada tahun 2014 yea…..
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Yang pergi akan terus pergi dan tak akan kembali lagi. Yang akan datang, kita bawa dengan seribu harapan. Selamat Tahun Baru untuk semua…
Ya. Selamat tahun baru.
Tahniah! Tahniah bro! pastinya setiap kejayaan yg datang tu bermula dengan usaha yang tak pernah putus kan. fuhh, kental…
Masih banyak lagi yang kena diperbaiki dan masih banyak lagi kena usaha dengan lebih gigih lagi.
hai..
selamat tahun baru.cikgu dah setat masuk sekolah awal kan heeee
Hehe..
Biasalah tu. Takkan tak faham kot. 😈
tahniah cikgu titan..semoga kejayaan berlipat kali ganda untuk tahun ni. Good luck 🙂
Mudah-mudahan, begitulah hendaknya ye. hehe..
Anugerah yang dimenangi adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Lepas ini jangan ugut ada cendol baru hendak datang 🙂
Hehe..
Kena ada cendol la. baru gua suka datang.. 😆
kejayaan demi kejayaan layak kita nikmati jika ada usaha berterusan seperti yang dilakar oleh bro Titan..tahniah!
pergi takkan kembali tu mcm lirik lagu je 😛