Risiko bermain saham?
Ya. Nak main saham ini ada risikonya. Korang kena tahu setiap risiko jika mahu main saham atau membuat pelaburan saham. Dan mesti sentiasa serius ketika hendak bermain saham. Salah percaturan, bersiap sedialah untuk mengalami kerugian pada bila-bila masa.
Apa risiko bermain saham yang ramai tidak tahu? Apakah faktor-faktor ramai pelabur dan pemain saham gagal mendapatkan keuntungan yang lumayan dalam pelaburan saham?
4 Faktor kenapa ramai pelabur saham GAGAL
1. Tidak ada ilmu bermain saham.
Maksudnya, tidak ada ilmu pelaburan saham yang kuat. Jika korang bermain saham kerana ikut-ikutan dan beranggapan bahawa main saham ini mudah. Korang memang silap besar. Korang memang kena belajar dan memahami selok-belok cara bermain saham yang berkesan. Barulah boleh dapat keuntungan yang besar. Tak ada siapa mahu dapat keuntungan kecil dan kerugian ketika bermain saham. Jadi, mesti belajar tentang cara bermain saham dengan betul jika betul-betul serius.
Jika serius, boleh dapatkan Ebook Panduan Saham ini untuk tambah pengetahuan dan ketahui teknik rahsia yang tidak ramai orang tahu tentang cara bermain saham yang berkesan – Ebook Panduan Saham.
2. Dapatkan broker saham yang boleh diharap.
Jika anda ada broker, jangan segan silu untuk bertanya saham mana yang paling bagus untuk dibeli. Tanya juga apakah potensi setiap saham itu. Tanya juga saham mana yang mungkin jatuh dan mengapa setiap saham ada waktu naik dan turunnya. Pasti ada sebab tersendiri mengapa sesetengah saham itu naik dan turun.
3. Terlalu dengar khabar angin dari pelbagai pihak.
Hendak bermain saham ini. Otak dan hati mesti kuat. Tak boleh ragu-ragu. Tak salah mendengar banyak informasi dari rakan-rakan pelabur saham yang lain. Tapi pilih rakan yang betul-betul pakar. Sudah ramai pakar saham dilahirkan di Malaysia. Tanya mereka, dan dapatkan tunjuk ajar mereka. Jika kena belanja teh tarik dulu, belanja aje. Berapalah sangat kan kos teh tarik itu dengan keuntungan yang kita bakal dapat nanti, kan?
Dah. Itu sahaja untuk perkongsian hari ini.
INGAT.
Nak bermain saham memang mudah. Cuma nak dapat keuntungan itu sahaja yang agak sukar. Tapi, jika kita tahu cara bermain saham yang berkesan, tak susah sebenarnya nak dapat keuntungan yang lumayan dari pelaburan saham pada setiap bulan. Hehe..
3,521 total views, 1 views today