Okeh.
Kepada yang tak berapa tahu, 14-15 Disember 2013 ni akan ada satu perjumpaan besar-besaran antara blogger, para-para Geeks, penjual produk yang aneh-aneh, gadis-gadis bertudung fesyen pelik-pelik dan tak kurang juga golongan hipsters. Tak kurang juga mereka-mereka yang nak buat network dalam event ini.
Jadi, kepada mereka yang berminat nak pergi, bolehlah datang. Sila batalkan temujanji dengan awek atau pakwe tersayang demi hari yang bahagia ini. Dan kepada mereka yang berhajat tak nak datang, aku sarankan korang baca 8 sebab utama kenapa korang kena pergi Blogrrr Awards Event nih.
8 Sebab utama kenapa korang kena pergi Blogrrr Awards Event
- Berpeluang nak jumpa pembaca dan pengikut tegar korang. Itupun kalau korang ada pengikut la. Haha..
- Belajar bersosial sikit. Takdelah dok jahil sangat bab “Social Media” ni.
- Masa inilah kekuatan “Business Card” yang korang ada tu. Gunakan seliar mungkin.
- Belajar lebih banyak tentang dunia blogging dari speaker yang boleh tahan juga hebatnya. Aku nak dengar Aman merepek je. Tekong dah bosan dengar. Benda lebih kurang sama aje dia cerita. Hehe..
- Obtaining knowledge for growing business with the latest social media, technology, methods and tools. Yang ni, aku tak tahu nak komen apa.
- Promosikan blog dan diri korang yang tak berapa famous tu.
- Tempat yang agak sesuai nak mencapapkan diri sendiri.
- Ini paling penting. Boleh jumpa aku. Haha..
Ya, kemungkinan besar kalau takde aral melintang. Aku akan pergi.
Kepada yang nak jumpa aku, pepandailah cari aku nanti. Salah satu sebab aku datang, mungkin sebab aku nak t-shirt Blogrrr tu aje kot. Ya, mungkin juga sebab nak dengar Aman “kecek luar” atas pentas kalau ada. (ke tak ada?)
Orang lain? Malas aku nak dengar. Ayat lebih kurang sama aje. Haha..
Oleh sebab promosi macam “KURENG” aje dan ramai yang macam tak berapa tahu tentang “EVENT” ni, jadi aku mengajak korang semua pergi turut serta dalam perjumpaan ini yang dijangka akan menjadi perjumpaan terbesar antara para blogger di Malaysia. Sokonglah produk-produk buatan Malaysia. Yehh!
Untuk makluman pantas, sila rujuk di sini – Malaysia’s Largest Blogger GatheringΒ
Dah, itu sahaja. Kalau korang nak pergi, bagitau aku kat ruang komen. Takdelah nanti bila terjumpa aku, aku buat-buat tak kenal korang plak kat sana nanti.
Ps: Tak dapat t-shirt eksklusif Blogrrr tu, siap ahh. Aku nak saiz M. Haha..
8,388 total views, 1 views today
aku pegi.. hehehe… harap baju saiz xxl ade…
FA Pergi.hehehe..jangan buat diam sudaaa..erkkk.hehehe. π
inshaaAllah jumpa di sana
Aku plan datang pagi la sabtu tu…. tapi stay sampai tengahari je sebab petang ada event lain pulak…. hohoho
Aku pergi..nanti parking sebelah2.
alaa…salah satu sebab titan nak gi sebab nak tgok awek2 comel gak kan kan π
Betoi3… haha
kejap..boleh pergi macam tu jer ke….
boleh register kat laman web dia
aku pergi.. jumpa hang di sana.. di sana.. di sana.. π
Encik Titan, mencapapkan diri tu aper? π hadehla… bahasa apakah itu? kakak tak faham la… Kakak dah buat entri lebih kurang sama mcmni tp kakak mmg xleh g. haha… x pe ar, dah xde rezqi kakak g event hebat nih.
ko bukan pakai saiz XL ke?..
tak dapat pergi..sebabnya jauh…jauhhhh..jauhhhhh (nyanyi feel Zainal Abidin)…juga aku ada job date tu..lagi masyuk..
point no 4 tuh menarik gak… sebab tak pernah lagi jumpa Si Amanz tuh… teringin gak nak dengar apa dia sembang kat event tu nanti… kalau dia ada larr…
** hang dah pernah jumpa dulu… tak mahu lah jumpa hang lg~ huhu~
banyak sebab kena pegi tu..g jgn x g.. π
konpem gua pergi.. tshirt freeee
den tak dapat pergi , ada kat Kuala Terengganu masa tuh…lu kirim salam la kat aweks2 yang pergi yer…
Insyaallah, kalau ada kesempatan
Aku pon berasa berminat nak pegi ni… sebab utama point no 8 tuh … kahkahkahkah
InsyaAllah akan pergi. π
Nanti kalau jumpa Asyrof, jangan segan segan plak ya.
Asyrof ni pemalu, so peramah kan diri Cikgu ya. π
hahah ..
aku pun nak ikut
Rasanay belum ada masa terluang nak pergi ke sana. Sayang nak tinggal kek di sini. Apapun kirim salam semua ya. Mana blogger (blogrrr) spt Denaihati, benassaari, broframstone semoga berjaya…
harapΒ² sempat gua terjah selepas balik dari PD
best ke pergi event macam ni??
mcm best je mcm mnarik jer..hmm sygnye xleh pegi..jauh π
[…] ramai-ramai kita meriahkan acara Malaysia’s Largest Blogger Gathering ni. Kenapa perlu join event Blogrrr? Salah satu sebabnya kenapa aku nak pergi event ni esok, aku nak dapatkan T-Shirt Blogrrr. Selain […]
Aku pergi jugak esok.. Harap2 ada lagi t-shirt blogrrr saiz XL.. π
ahahhaha tula aku pun dah bajet orang malas nak dengar aku nye talk dah. so kasi aman.
Emm belum ada rezeki lagi nak jumpa blogger idaman saya ni..kalau dekat memang tak kan lepaskan peluang menarik macam ni..jauh + malas..tu yang jadi lagu ni..haha
bella pergi,, ramai blogger. tapi bila jmpe depan2 bukan dpn cam pun.
best dpt t-shirt saiz S ! pagi2 da nampak Encik Amir denai hati =)
tak pergi sebab mak ayah suh balik kampung..hehe
[…] nak tahu lebih lanjut kenapa mesti pergi event Blogrrr ni, boleh pergi baca kat blog Cikgu Titan ni. Di situ diterangkan sebab-sebab mengapa korang kena pergi event […]