Aku ada pergi SEDA MALAYSIA trip beberapa hari lepas.
Salah satu benda yang aku belajar dalam trip tersebut adalah tentang cara nak kira penggunaaan kadar elektrik di rumah.
Ya, nampak macam kelakar. Takkan itu pun tak tahu, kan?
Well, tak semua orang tahu banyak benda. Dan aku tetap yakin masih berpuluh ribu orang yang tak tahu cara nak kira penggunaan kadar elektrik dirumah masing-masing. Malah, dah masuk tahun 2014 nanti pun masih ramai yang tak tahu. Yang diorang tahu, diorang bayar dengan muka penuh ketat kerana kena bayar banyak akibat tak reti nak kawal penggunaan elektrik dirumah.
Senang cakap, salah satu cara nak jimatkan penggunaan elektrik kat rumah adalah mengetahui serba-sedikit tentang taarif elektrik terbaru dan juga bagaimana cara nak mengiranya. Bagi aku, ini agak penting.
Perkara pertama, mesti tahu kadar tarif elektrik terbaru tersebut. Paling tidak, korang print satu sebagai salinan peribadi dan tampal dekat dinding agar korang boleh lihat selalu.
Dari gambar diatas, paling TERUK pun, korang kena tahu DUA kadar ini..
- 200 kWh pertama (1 – 200 kWh) – RM21.80 sen/kWh
- 100 kWh seterusnya (201 – 300 kWh) – RM33.40 sen/kWh
Majoriti memang biasanya akan pakai antara 200-300 kWh dalam sebulan. Cuma bagi orang macam aku yang jenis membazir elektrik setiap masa, memang dah biasa terlebih sampai 400-500 kWh sebulan. Oleh sebab menggunakan elektrik secara berlebihan dan jadi satu keperluan kepada aku, jadi aku tak kesah sangat. Sebab aku masih MAMPU bayar.
Jadi, kepada yang TAK MAMPU nak bayar, jangan mengada nak guna LEBIH DARI 300 kWh dalam sebulan. Jika lebih dari itu, pasti korang akan dapat bil berjumlah RM77 dan ke atas dengan menggunakan kadar tarif yang terbaru. Dan pastinya, jumlah keseluruhan akan BERTAMBAH akibat kena surcaj RE Fund (Tenaga baru yang diperbaharui) seperti yang terpapar dalam bil elektrik korang.
Untuk makluman, Surcaj RE Fund juga telah NAIK dari 1% ke 1.6%. Jadi sumbangan sebanyak 1.6% dari bayaran bil elektrik korang itu akan disumbangkan kepada RE Developer yang bersusah payah membekalkan elektrik ke grid elektrik pada setiap bulan. Jadi, jangan risau dengan sumbang RE Fund sebanyak 1.6% itu. Anggap sahaja itu sumbangan yang baik untuk mereka yang melakukan perkara baik yang tak mampu korang lakukan. Dan jangan risau, pihak SEDA Malaysia akan membantu menguruskan RE Fund itu dengan sebaik-baiknya.
Cara kira penggunaan kadar elektrik di rumah
Jadi, bagaimana nak kira?
Pastikan korang masih ingat kadar tarif elektrik terbaru yang aku tulis tadi. Dan pastikan korang juga tahu membaca meter elektrik dan pandai dalam matematik. Senang cakap, ikut step dibawah.
- Tahu kadar taraf elektrik 2014 yang terbaru.
- Kenal meter elektrik.
- Tahu baca meter elektrik. (Tengok aje dalam bil bulan lepas. Bandingkan dengan bil bulan yang terbaru.)
- Tahu tolak bacaan meter elektrik bulan lepas dan bulan terbaru. Tolakkan dan dapatkan perbezaan. Kepakaran anda dalam melakuan penolakan antara nombor-nombor sangat diperlukan ketika ini.
- Buat kira-kira seperti dalam jadual diatas.
- Kalau penggunaannya lebih dari 300 kWh sebulan atau bil korang tertera lebih dari RM77 sebulan, korang akan kena RE Fund atau sumbangan sebanyak 1.6% dari baki bayaran korang tu. Jadi, jumlah keseluruhan akan bertambah.
- Bayar bil korang dengan penuh kasih sayang.
Itu sahaja yang korang perlu tahu.
Jadi, aku masih tak terasa sangat dengan kenaikan tarif elektrik ini. Dan cuma bulan-bulan tertentu sahaja aku kena bayar lebih dari RM77. Jadi, tak rasa nak mengamuk sangat dengan kenaikan kali ini. Dan yang lebih penting, jika korang tak nak kena bayar lebih, tak nak kena surcaj/RE Fund sebanyak 1.6% itu..
SILA JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DIRUMAH ANDA.
Tahukah korang tentang CLIMATE CHANGE? Ya, Climate Change inilah yang membuatkan semua negara berusaha untuk mencari “RENEWABLE ENERGY (RE)” yang baru sebagai sumber tenaga yang boleh membekalkan tenaga elektrik ke seluruh negara. Disebabkan oleh kerakusan manusia mengejar arus pemodenan, wujudlah Climate Change seperti Kesan Rumah Hijau, banjir, pembakaran hutan, kekurangan air bersih dan sebagainya. Ini membuatkan sumber tenaga semakin sukar untuk diperolehi dan kita terpaksa mencari Sumber tenaga yang boleh diperbaharui (RE) demi meneruskan kelangsungan kehidupan di Bumi ini.
Kesimpulan
- Jika jumlah bil elektrik korang nanti adalah sebanyak RM77 atau lebih rendah, maka (dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik yang sama) tahun 2014 amaun tersebut akan kekal, tiada kenaikan. RE Fund sebanyak 1.6% juga tidak dikenakan.
- Dan jika bil elektrik korang tiba-tiba meningkat ke RM135.70 pada bulan Januari nanti, korang terpaksalah bayar elektrik mengikut tarif elektrik terbaru itu. Dan sudah tentu, korang kena bagi sumbangan (RE Fund) sebanyak 1.6% dan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah lebih tinggi.
- Belajar dan ambil tahu juga tentang apa itu Feed-in Tarif dan juga Re Fund 1.6% yang ada dalam bil elektrik anda.
- Belajar cara nak jimatkan penggunaan elektrik dirumah.
- Belajar sayangkan Bumi kita. Agar kita tidak lagi kekurangan sumber tenaga untuk bekalan anak cucu kita pada masa hadapan.
Sumber rujukan –
- SEDA MALAYSIA – Sustainable Energy Development Authority Malaysia
- KeTTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau) dan Air
- Pusat Tenaga Malaysia – PTM (Malaysia Energy Centre)
- Suruhanjaya Tenaga
- Apa itu Feed-in Tarif dan RE Fund (Sumber tenaga boleh diperbarui)
- RE – Renewable Energy
35,843 total views, 1 views today
oh baru aku tahu macam mana nak kira hehe
jadi, selama ni hang memang tak reti kira lah?
aduhaii..
perkongsian yg menarik.baru tahu macam mana nak kira..sebelum ni pandai tengok je bil berapa.haha
orang perempuan memang ramai yang tak reti nak kira.
diorang bayar aje. hehe..
biasanya bil elektrik kedai/bengkel lagi mahal dari bil elektrik rumah.. itu kira macam mana ya?
itu, kena tanya orang kedai lah. hehe..
Dulu aku suka kira benda ni. Lepas TNB asyik bagi bil anggaran (E), aku tak kira dah. Sekarang ni, sebab bil pun asyik free je, lagilah tak kira. Apapun, maklumat yang berguna kepada semua. 😉
apa pasal plak hang dapat free ni. tak aci nih.. 😈
nak kena fahamkan betul2x entri ni. Agak pening membaca..hehe, dulu tak amik port pun pasal kadar penggunaan elektrik.
Baca dulu elok-elok.
Tak susah nak faham sebenarnya.
pening kepala nak memahaminya
Tak apa.
Ambil masa sikit. Nanti lama-lama boleh faham dengan mudah. 😉
Bestnya bila ada jadual ni.. Lepas ni Senang nak kira tarif penggunaan tenaga elektrik dekat rumah sendiri… 😉
Download aje jadual kat atas tu.
Tampal kat dinding bilik. Nanti nak kira, senang dah. 😉
hehehe. seriuss, saya pun baru tahu juga. 😆
Memang ramai yang baru nak ambil tahu, kan?
hehe.
bgusnya ada entri cmni..suka yg no 7 tuu..haha
haha..
ramai yang suka no.7 tu yeee..hehe
Serius encik titan..saya memang jak dulu sampai sekarang memang malas sangat nak mengira ni..entah la..ni baru tahu secara detail sikit..hahaha
aku tahu lama dah.
tapi family aku sendiri ramai yang tak tahu. Tu pasal aku terpanggil nak kongsi jugak tu.
kompem rumah aku bukan januari nnti kena bayar RM135.70 citttt……
Haha.
Jadi, sila bayar dengan penuh kasih sayang ye.
okay boleh kira sendiri untuk bil elektrik kat umah pasni..
mesti selama ni tak tahu, kan?
hehe..
Jenuhnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak kira sendiri. Hahahaa
kenalah belajar kira-kira ni yek.
jangan malas-malas yek. hehe..
ohh..macam ini caranya kiranya. memang tak tahu sblm nii.
haa.baguslah. sekurangnya dah tahu cara kira sekarang, kan?
asal bil bulan ni melambung tinggi..pelik saya…
Kegunaan 554kwh…tlg kiraka blh x??
kadar bayaran sebulan antara 650.00 hingga 800.00/4 buah penghawa digin,mesin basuh,peti sejuk memang begitu kosnya?
saya ada buat kalkulator bil 2015.
free..
download dlm youtube. version 1
utk version 3
tunggu.. benda dah siap.. tapi ada perlu repair
untuk Windows.