Beberapa hari lepas, aku ada buat satu artikel tentang “Contest SEO Eridy“.
Beberapa jam selepas itu, berdesup-desup orang tulis artikel dan hantar artikel yang lebih kurang sama. Boleh kata, dah lebih 20 orang blogger yang dah sertai. Ya, mungkin lebih yang dah tulis artikel berdasarkan kata kunci “Contest SEO Eridy“.
Senang cakap..
Ada trik untuk menang Contest SEO ini kalau korang nak tahu.
Tapi, takkanlah aku nak bagitau kan?
Aku kan tamak. Nak menang sorang-sorang.
Tak. Tak..
Kebanyakkan orang yang tahu tentang “Permainan SEO” ni, TAHU cara nak menang.
Tapi bergantung juga dengan keupayaan dan kehebatan blog yang mereka gunakan untuk sertai Contest SEO seperti Contest SEO Eridy ini. Β Senang cakap, kena caranya, mantap strateginya, teknik yang betul dan pilihan taktikal yang berkesan. Pasti akan menang.
Kenapa aku tulis “pasti akan menang”?
Ya. Kalau semua itu korang ikut, memang korang akan menang dengan mudah.
Meh, aku bagi tahu..sedikit rahsia yang macam bukan rahsia untuk korang agar boleh menang Contest SEO Eridy ini.
- Blog yang guna blogspot ada kelebihan besar untuk menang. Ini kerana Google “BACKUP” baik punya. Ada sebab-sebab yang tak dapat aku terangkan kat sini memandangkan itu periuk nasi aku juga. Nak tahu juga, belanja aku cendol semangkuk. Jadi, sesiapa yang ada blog dari blogspot, kalau korang boleh kuasai elemen kemenangan, tak susah nak menang cabaran Contest SEO Eridy ini.
- Blog wordpress berbayar. Memang tak banyak kelebihan. Tapi, jika semua dah setting dari awal dari sudut SEO, pemilihan theme yang berkesan, teknik SEO yang gemilang dan juga strategi serta taktikal yang berkesan. Mana-mana blog dari blogspot memang SUSAH nak beat blog jenis macam ini.
- Oleh sebab Contest SEO Eridy ini menggunakan Google.com untuk menentukan kemenangan. Jadi, cara paling mudah nak “tackle” benda ini adalah menggunakan bahasa english. Β Tapi, blog bahasa melayu yang hebat seperti point no. 3 tadi, tetap susah nak dikalahkan walaupun korang guna artikel berbahasa english.
- Kasi pekat artikel korang dengan kata kunci yang dipertandingkan. Faham, kan? Aku tak nak ulas lebih-lebih. Bahaya.
- Guna taktikal jahat untuk jatuhkan artikel lain. Ini pun tak boleh cerita. Aku cuma guna kalau ada orang lain guna cara yang jahat sahaja. Kiranya macam balas dendam la jugak sebab bagi mereka itu bukan cara jahat. Itu cuma permainan teknikal sahaja.
- Belasah aje apa yang korang rasa betul.
- Jangan percaya sangat apa yang aku tulis ni. Tak menang, jangan salahkan aku plak.
Dan lain-lain lagi yang boleh korang fikirkan sendiri.
Banyak cantek aku nak beritahu semua. Β Haha.
“Tapi bro, susahlah nak menang Contest SEO Eridy ni. Saya tak reti nak main SEO ni..”
“Aku tak pandai cam ko lah. Ko terer, bolehlah. Ada peluang besar nak menang. Aku, SEO pun tak tahu..”
…
….
Beb, dulu pun aku tak pandai. Sekarang pun, masih banyak lagi belajar untuk kasi tajam skill penulisan artikel dengan suntikan elemen SEO yang tak tak terkalah tu. Sebab itu, kebanyakkan Contest SEO, aku join. Untuk belajar dan kasi faham skill baru yang aku baru jumpa. Kalau menang, itu rezeki. Kalau kalah, aku tetap untung sebab dapat cilok idea-idea baru dari mereka yang menang. Kalau dapat sales, itu memang hasil yang cemerlanglahh. Haha..
Siapa yang patut sertai Contest SEO Eridy ini?
- Sesiapa sahaja. Yang pandai SEO ke, yang bodoh SEO ke, yang tahu half-half aje. Semua boleh.
- Blogger yang nak menang hadiah wang tunai macam aku.
- Blogger yang nak asah skill SEO mereka.
- Blogger yang dah ikut kelas WordPress MasterClass Denaihati. Korang mesti dah boleh menang, kan?
- Blogger yang dah beli Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Trik dan teknik yang aku tulis dalam kitab itu, TETAP boleh diguna pakai untuk menang Contest SEO Eridy ini. Cuba sahaja. Kalau dapat 1st page hingga 3rd page dalam Contest SEO ini, itu tandanya korang dah mula faham konsep bagaimana nak bermain dengan SEO dengan lebih mudah pada masa hadapan.
- Mereka yang dah ikut macam-macam bengkel, seminar dan kelas SEO. Tak kiralah dari personal coaching ke, seminar SEO ke, belajar dari buku ke, belajar dari ebook ke. Tetap boleh sertai..
- Blogger yang guna blogspot atau wordpress tak kiralah yang berbayar atau percuma.
Dahhh.
Aku rasa aku dah banyak sangat bercerita. Sejak dari blog Earncent, sehinggalah ke blog ini dan sehinggalah ke hari ini. Dah beratus artikel dah rasanya aku dok bercerita tentang teknik SEO dan taktikal yang aku gunakan. Sama ada korang perasan atau tidak, aku tak tahu. Siapa yang perasan, dia akan faham dan tahu bagaimana aku selalu menang contest, selalu dapat komisen Jobdirumah dan tak kurang juga selalu disukai oleh gadis-gadis bertudung comel.
Kesimpulan.Β
Habis sahaja Contest SEO Eridy ni, jangan tinggal macam itu sahaja. Tak kiralah korang menang atau kalah, korang WAJIB skodeng blog-blog yang ada kat 1st page search engine Google.com dan Google.com.my. Mesti tengok dan kaji sebaik-baiknya.
Lepas ini, kalau korang masih kata aku jenis kedekut nak makan sorang-sorang lagi, aku tumbuk tulang rusuk kiri korang satu demi persatu. Huh..
Okeh. Ini artikel backup terakhir untuk Contest SEO Eridy ini. Menang atau tidak. Itu belakang cerita. Tapi kalau menang, jangan maki aku plak. Itu cuma nasib aje. Artikel sebelum ini pun dah kena tendang masuk muka surat ketiga kat search engine.
Demm korang. Berani potong secara terang-terangan ekk. Tak apa, tak apa..
Ps: Apapun, good luck pada korang semua. Ini cara belajar teknik SEO paling cepat yang pernah aku belajar dulu. Semoga memberikan manfaat kepada korang-korang semua.
18,979 total views, 19 views today
Fuh dia sudah buka langkah Silambam. Bahaya orang Banting nih. π
Gua mana layan silambam maa
gua layan silat cekak hanafi ajerrr. haha.
lawan tetap lawan!!! entri aku tak siap lagi..hahaha
wah..
ada gak yang nak melawan nih. haha
π Ramai gak yang join contest ni..good luck buat mereka semua
Yah, good luck untuk mereka semua.
Cukup rajin maa..hoho
Dasyat juga permainan Contest SEO Erady ni…Mencabar Blogger!
Mampukah Titan ditewaskan…31 Dec menjadi saksi.
p/s: sukakan semangat anda!
Artikel dah kena tinggal jauh dah.
haha..sabar ajelah. π
yeah yang penting mesti ada blog baru boleh join tak gitu der ekeke
tak kisahlah blog baru ker, blog lama ker..
janji support contest ni. hehe
artikel tak boleh blah, gambar tak boleh blah. Ini tak boleh jadi. kah kah. Power power! Tunggu masa je nak guna point no 5. belek2 artikel yang join, ada yang main kasar. tunggulah.
apa yang tak boleh belahnya. Gi ambil kapak, boleh aje belah.
Haha..
waaaaaa tips pecah lubang. kalau tak dimanfaatkan jugak, tak tau lah nak kabo amenda lagi π
mana ada tips pecah lubangnya.
tips biasa-biasa aje maa.
Aku masih lagi dalam proses nak cedok ilmu..newbie sangat ni..cedok jangan tak cedok. π
cedoklah selagi yang kita mampu.
aku pun masih banyak lagi kena belajar nih.
sedang menuntut ilmu disini π
Kalau ada, ambil dan amalkan.
Kalau tak ada, pun kena ambil dan amalkan apa yang patut. haha..
hehe terbaiklah…sy punya dah ke page kedua huhu
Sekarang ni, entah gi mana dah artikel aku tu.
haha..
tips dah ada, selamat mencuba semua dan good luck bro.
Ya.
Tinggal ikut dan follow aje. haha.
Dah.. takyah cakap banyak Titan
Jom aku bawak hang makan cendol!
ingat hang dok satu taman dengan aku kah..
jauh tuuuu.
haha
best best.. tak nak dedahkan semuanya tuh, aku tunggu2 gak nih kalau2 tertulis kat entri tuh.
” kasi pekat dgn kata kunci ” <— ini yang blogspot menang contest klinikcinta ni.
Baca artikel-artikel lama aku.
Ada banyak dah aku cerita bab “rahsia” tu. haha.
caya lah sifu.. buah kilas ada lg tu.. yg tu tak leh dedahkan.. hehehehe..
p/s: aku ingat nak pi banting la utk belanja En Titan ni cendol. untung2 dia bg buah kilas dia
Meh..meh..
Gua tengah berkampung dibanting nih. haha
kita akan tengok siapa pemenangnya nanti..pentas SEO masih terlalu luas untuk bertempur!
Ya.
Jangan mudah mengaku kalah sebelum berjuang. hehe
Terbaik..lepas ni nak join seminar SEO mr titan pula….
Haha..
bilalah agaknya aku nak buat. Tak tahu la bila. Haha..
good luck bro, nak join tp tgh kumpul ilmu
join aje.
tak perlu tunggu sampai pandai baru nak join. hehe
memang teror mamat ni main SEO..hehehehhee π
Ni mesti jurus kecendolan tanpa bayang…fuh!
maceh sebab bagi tips yang tak terkalah..aku nampak dah situ..taktik jahat tu aku akan buat gak nanti..ehehe.. nak cecuba gak ni..
peh, nampak aje hang ye. haha..
tips yang menarik dan boleh diaplikasikan segera ni
aku pun nak belajar taktik jahat tu
bukan nak buat jahat tapi nak elak dari buat jahat
perghh entri ni pun ade teknik dan taktikal jugak hehehe nampak2 π
tak tahu berapa banyak dah ” entri repekan ” yang aku baca melalui blog ni dan earncent tu.. tetapi bagi aku kesemua point yang ko beri memang aku simpan dan aku baca.. nanti la aku free aku godek entri semua.. hehe..
bab yang blogspot tu memang aku setuju.. sebab aku dah dapat lihat banyak contest seo yang pernah aku jumpa memang blogspot ada yang menjadi pemenang..
Hehe..
Rajin hang ni ye rupanya.
Bila otai mengganas..hahah.
(Psst…Tuan, jom makan cendol nak? gua nak bawak laptop sekali ni! π )
memang dah agak , pasti ada back up artikel……
Gua belasah saja, janji ada masuk page. Page berapa tak kisah sebab nak banding yang top no 1 dengan sendiri punya….masih tak faham lagi dengan SEO ni!
setuju sangat
belasah saja janji masuk page
tak dapat page 22, page 2 pun jadi la
mantap..
tips ni kalau boleh kopi mmg terbaik.. π
thanks for the tips tuan..walaupun bagi half-half…moga berjaya
Alhamdulillah,
Tipsnya dah nampak.
Cuma perlu buat dsan tawakal.
Hahah ..
InsyaAllah ada rezeki menang, okay dah .. π
wah macam ramai jer yang join contest nih…
Wahh..Cikgu SEO dah keluarkan tendangan tanpa bayang dia.
Adeh.. banyak petua ehh.. Thanks sbb sharing.
itu dia cikgu SEO sudah ada backup artikel..hehe
wahh, terbaiklah En,Titan, suka.suka!Dia dah keluar entri back up tu.Jangan risau dan susah hati, saya akan tiru mana-mana teknik dan taktikal yang boleh..ahaha..
Sekali otai seo bg tips lah
Masha Allah…
rezeki tak tidur malam dan rezeki walk blogging…
Jazakallahu khairan akhi…
dengan artikel tuan ni saya dah mula nampak pergerakkan SEO.
saya positif dalam setiap penyertaan, kalah menang adat lah, tuah ayam nak dikaki, tuah kita tak siapa tahu…
janji usaha, doa, tawakal kan titan…
ohye Titan lagi satu nak tanya tang ‘BACKUP’ tu, maknanya blogger yang menggunakan hosting blogspot lah ya? walaupun domain sendiri?
Menarik nie, tapi kalau nak join mungkin tidak buat masa nie…mungkin akan datang…
pergh ini orang jangan bikin main2 dia gila… seruba dia punya abang haha π
kontes seo penuh dengan trik
Aku nak buat artikel pekat dgn kata kunci, try and error. Banyak benda lagi perlu di belajar…seo..seo..seo..
dah tgk ramai join…hehe..good luck titan!!
π π π
otai SEO upanya…
Memang ramai gak nak nak tahu cara JAHAT tu…. nak menang punya pasal….hohohoho
Ok..terima kasih kongsikan..contest eridy tu malas dah nak fikir..memang tak ada harapan dah Pondok Kecil nak menang..sipi2 lagi lah tak ada..emm
[…] banyak blog. Hingga berpuluh-puluh pun ada. Dan mereka memang Blogger Otai. Salah seorangnya ialah 47ca43bb5d310276f0c37c3ad3272fb0Ahmad Faizal. Blogger bijak dengan teknik SEO. Teknik untuk cari duit internet. Blog beliau balik-balik cerita […]
[…] Kalau mahu korang boleh baca banyak tips lagi dalam blog >>Β Cikgu Titan […]