2,3 hari ini, line internet sekali lagi jahanam.
Walaupun dah puas aku marah akak yang menjawab call aku itu, tapi perkhidmatannya tetap serupa dekat 2-3 tahun ini. Kalau laju, memang laju gila. Kalau perlahan, kura-kura lagi laju rasanya.
Sabar ajelah.
Sekurang-kurangnya, perkhidmatan Streamyx yang ada kat rumah abah aku ini dah beri aku banyak pulangan yang lumayan. Sekurangnya, takdelah aku maki hamun orang macam syarikat P1 kena tu.
Cuma aku TETAP berharap, TM boleh baiki apa yang patut.
Hobbit.
- So far, agak puas hati aku menonton wayang untuk siri ke 2 bagi filem Hobbit.
- Aku bersetuju dengan ramai orang yang mengatakan bahawa filem ke 2 ini agak kurang best sikit berbanding filem yang pertama. Ini normal. Sama macam Harry Porter dan Ironman. Filem pertama tetap menjadi yang terbaik dihati. Tapi aku tetap berpuas hati dengan jalan ceritanya walaupun kekadang aku rasa macam strict forward sungguh. Takde helah atau terasa dibuat-buat. So far, takdelah nampak kelakar macam filem “ULAR” tu.
- Bagi yang nak menonton filem Hobbit. Boleh tonton. Seronok tengok diorang lawan naga tu. Tapi, tak mati-mati gak naga tu. Cukup hebat ilmu kebal loceng emas naga tersebut yek.
Ronin 47.
- Cerita tentang 47 orang samurai yang terpaksa jadi ronin kerana kematian tuannya. Jadi, 47 orang ronin ini telah bersaksi dan berjanji akan menuntut bela kematian tuan mereka dan membunuh dalangnya. Tapi cerita ini diubah suai sikitlah agar nampak menarik walaupun aku tahu sejarah sebenarnya memang lari habis. Haha..
- Agak fail sikit aku rasa sebab “orang jahat”nya itu tersanglah LEMAH. Tak reti bersilat langsung. Lawan sikit aje, dah kena tikam.
- Watak “KAI” lebih menonjol dengan aksi perlawanan yang tetap tak masuk akal dalam babak-babak terakhir. Senang cerita, cerita ni tak susah nak faham. Jenis “straight forward” juga. Takde mengarut sangat.
- Tapi serius, orang jahat ni agak bodoh gak. Dah tahu awal-awal bahawa 47 ronin tu bakal menjadi ancaman, tetapi tetap biarkan mereka hidup. Memang tak boleh jadi orang jahat sebab terlalu baik.
- Dan filem ini adalah adaptasi dari cerita sebenar. So far, memang tak boleh mengarut sangat sebab dibuat mengikut jalan sebenar dari cerita orang-orang lama dan sejarah yang ditulis oleh pemerintah dan mungkin juga ahli sejarah pada ketika itu.
- Jepun, memang penuh dengan kisah sejarah dan dongeng yang memang tak masuk akal. Tapi itulah hakikatnya, dengan kisah dongeng dan sejarah mereka itulah, banyak manga dan anime yang hebat-hebat tercipta hari ini.
Jiran sebelah.
- Sebelah rumah bapak aku. Ada jiran. Jiran kiri dan jiran kanan. Juga jiran selang dua atau tiga rumah. Dan juga jiran depan dan belakang rumah.
- Dan pagi tadi, aku dikejutkan bahawa jiran kiri rumah bapak aku meninggal dunia.
- Anak jiran aku ni tua setahun dari aku. Dan bapaknya meninggal ketika sedang main badminton di dewan depan rumah aku tu. Atas sebab apa, aku kurang pasti. Tapi dengar ceritanya, mungkin kena “heart attack” walaupun hakikatnya macam tak ada. Tak tahulah kalau arwah sembunyikan hal itu dari keluarganya. Apapun, kematian seseorang tidak ada tarikh yang dapat kita ketahui. Jadi, aku juga kena sentiasa bersedia.
- So far, aku terkejut gak sebenarnya sebab semalam baru aje bertegur sapa. Sempat borak sebelum dia keluar dengan bininya petang itu. Dan malamnya, arwah meninggalkan kami semua.
- Yang sedih, makcik sebelah rumah ni ada panggil aku dalam jam 11 malam. Tapi masalahnya, aku dah tertidur. Jadi, memang tak dapatlah bangun. Mungkin beliau nak minta aku tolong apa-apa yang patut. Tolong panggil orang masjid ke, beli kain kapan ke atau apa-apa yang patut lagi.
- Sedar pun pukul 2-3 pagi tadi. Dan aku baru terperasan tiba-tiba ada khemah kat rumah jiran aku dan ada kerusi yang dah siap disusun. Waktu subuh tadi baru aku dan abah aku perasan yang jiran aku dah meninggal dunia. Anak-anak diorang juga baru sampai malam tadi.
- Sayu je masa gi ikut sekali ke kubur pagi tadi. Serius, memang agak sedih. Arwah memang tegas orangnya. Tapi hati dia baik dan peramah dengan budak-budak.
- Teringat juga kisah arwah yang ajak aku dan kaklong untuk makan tengah hari kat rumah diorang. Waktu itu, aku dan kaklong dah balik dari sekolah. Tapi kuncinya kaklong aku terlupa bawak. Cari celah kasut, tak jumpa. Kul 2 lebih nak gi sekolah agama plak. Mungkin kesian tengok aku dan kaklong dah melepak kat luar rumah, diorang jemput masuk dan belanja makan tengah hari. Antara makan tengahari yang sangat sedap dan masih aku ingat rasanya sehingga ke hari ini.
- Arwah juga pandai bermain takraw dan badminton. Salah seorang tuk guru aku dalam dunia badminton selain pakcik Ladydy, abah aku, paman Pasmen dan juga Cikgu Rahmat SRK Sri Langat.
- Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak lelaki yang kacak-kacak belaka.
3 orang anak lelaki inilah yang selalu jadi pemain bola dalam pasukan bola ditaman aku. Yang sulung tu, selalu jadi TOP STRIKER bersama-sama aku. Kiranya, partner striker masa sekolah rendah dulu. Kalau main badminton, dia juga partner aku. Bergu kami memang tak terkalah kat Banting nih. Tapi sayangnya, tak dapat wakil sekolah sebab aku cuma dapat wakil sekolah masa darjah 6. Masa tu, dia dah naik tingkatan 1. Kesimpulannya, dia salah seorang sahabat yang baik.
Kesimpulan.
Mungkin hari ini aku jahat dengan korang. Selalu maki korang.
Jadi sila maafkan aku dengan hati terbuka. Maklumlah, aku ni bukan sempurna. Selalu jugak buat jahat.
Kalau korang ada buat salah dengan aku, aku dah lama maafkan sebelum tidur. Jangan risau. Korang boleh buat jahat dengan aku banyak kali sebab aku sentiasa maafkan korang sebelum aku tidur.
Bukan apa, aku takut kalau aku mati hari ini. Tak sempat plak nak maafkan korang. Tak pasal-pasal korang kena meredah jutaan atau billion orang kat padang mahsyar nanti semata-mata nak cari aku untuk minta ampun dan maaf.
Aku tak nak susahkan korang. Penat tau nak nak cari orang ni..
Ulang tahun kelahiran Hanis.
Dah, aku nak gi beli ayam KFC. Hari ini ulang tahun kelahiran adik bongsu aku. Hanis. Degil tapi mengada lebih. Sanggup dia hasut mak aku suruh aku gi kedai KFC malam-malam gini semata-mata laparkan ayam KFC tu. Memandangkan aku seorang “abang” yang baik. Aku tak ada masalah menunaikan permintaan adik dan mak aku itu.
Ps: Oh ya. Hanis adik bongsu lelaki aku. Dan masih bujang.
9,099 total views, 1 views today
-Biasanya yang pertama itu adalah yang terbaik.
-Bukan je di Jepun, malah seluruh dunia diwarnai oleh cerita dongeng yang pelik tapi tak la ajaib mana pun.
-Mati itu pasti.
-Selamat hari lahir untuk Hanis. 🙄
nama Hanis..gua ingatkan pompuan..ahaha.. 😉
hahaha..tak jadi nak tanya tanya lebih2…hahaa
hahahahaaa… semua pakat nak tanya…
rasa rasa takde mood nak pergi tengok wayang bulan ni..
Innalillah~ Takziah buat jiran sebelah rumah…
Dah lama tak gi tgk wayang… baru plan hari sabtu nih nak gi tgk Hobbit~ itu pun kalau ada tayang lg~
Adik lelaki nama Hanis? Ingatkan perempuan~ btw, Happy Birthday buat adik hang~
Innalillah~ Takziah buat jiran sebelah rumah..rasa xde mud nak tgk wayang pulak sb cerita bawah tu sedih la huhu
Aku nak tengok cerita 47 ronin je sebab ada keanu reeves. Takziah atas pemergian jiran.
takziah untuk kluarga arwah… sentap aku baca entri hang… sentiasa maafkan org tu yg terbaek..
# Hanis, ingat pompuan -_-
Berita mengejut dari jiran sebelah. Tak sangka.
Tak akan belanja makan ayam KFC jer tentu ada sampingan lagi tuh. 🙂
Hobbit dan Ronin 47 saya tak pernah tengok la..
Yang jirang sebelah tu, takziah buat mereka. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan hidup ni.. Selamat hari Ulang tahun kelahiran Hanis.. berapa ekk umur dia??dah ada BF??hahaha..
*jangan marah gurau aje..tahu encik titan tak suka ada adik ipar macam saya ni…kahkahkah
Takziah buat jiran bro…
Cerita ronin tu macam best. Aku pun minat juga kat keanu reeves tu
Ronin ke, hobbit ke..semua tak masuk kamus gua tahun ni..tahun depan, mungkin…hohoho
al-fatihah utk arwah…moga damai abadi di sana..ameen
gua pun agak teruja nak tengok 47 ronin tu..best sgt ke bro
menarik je bunyinya citer hobbit 2 tu.. tapi keterangan ko citer ronin cam tak best plak..
takziah kepada jiran.. memang kematian takde tarikhnya.. bersiap sedia sahajalah..
cerita lawak malaysia tahun ni rasanya ULAR kot..
Takziah buat keluarga jiran bro dan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.
dari lord of the ring sampai hobbit 1 memang tak miss lah.
nak mohon maaf juga dengan bro.
salam takziah buat keluarga jiran bro tuh ye …
hobbit tu cerita apa .. cam tak pernah tengok je rasanya .. hehehehe
minta maaf jugak lh ye kalau ada salah dan silap mana tau ada terkutuk ke termengata kan dan segala “ter” lah ye … hehehehe
haha den tak suka betul ending citer ronin tu
takziah kepada keluarga arwah
amboi bestnye layan wayang …
takziah atas kematian jiran. teringat bbrp tahun dulu jiran setaman kami pun meninggal lepas/ketika main badminton malam2… terus sy pesan kat suami jgn main badminton malam2.. huhu
hepi besday ye adik bongsu. nama seakan serupa lak.bongsu dah mmg sama
harap berpeluang tengok 2 filem tuh di panggung wayang…
Al-Fatihah buat arwah jiran…
Selamat hari lahir Hanis..ingat Hanis Zalikha, nama tu suitable untuk perempuan..rupanya adik lelaki eh….
suka nama Hanis…tentu orangnya handsome….lelaki ek….
kesibukan aku membuatkan aku tak tengok filem kat panggung.. cuma order kat Astro First je.. huhuhu..
Salam takziah buat jiran…
Takziah… Aku pun baru kehilangan atuk sedara belah bapak aku.. Baru je hari khamis . Alfatihah
Bulan ni aku tgk Frozen je kat wayang. Selebihnya aku akan bazirkan quota internet ni. haha!
Selamat hari jadi hanis!
aku tgk 47 ronin tu agak puas hati dgn herga tiket dan the hobbit tu aku setuju memang kureng sikit dr the hobbit 1…
Wah! tengok juga Ronin sama Hobbit? Boleh tahan gak kan.
Btw, Happy Belated Birthday buat Hanis. Brp tahun dah?