Sejak aku mula kenal dunia online ni, aku dah bershopping online banyak kali. Kalau nak kira, ratusan kali agaknya. Macam-macam Β dah barang yang aku beli dan macam-macam kedai shopping online yang aku dah cuba.
Pendek kata, dah jadi mainan dah.
Asal ada benda yang berkenan dihati dan duit kat akaun Maybank tu masih berbaki. Aku beli terus dengan rakusnya .
Haha.
Dan tahukah korang?
Lazada adalah salah satu tempat terbaik untuk korang shopping online dengan gemilang.
Meh, aku cerita sikit mengapa korang pun harus cuba shopping online di Lazada.
Aku berani cerita sebab aku dah shopping kat sana. Bukan takat shopping mata sahaja. Ini shopping keluar duit terus. Takdenya tunggu 2,3 hari buat survey, buat keputusan 5-6 hari..hari ke 18 baru nak beli. Tak ada. Ini pengalaman, aku masuk kali pertama dan terus bayar tanpa banyak soal. Hoho..
Dah, sila baca.
Mengapa korang harus CUBA shopping online di Lazada?
- Terlalu banyak pilihan yang menarik. Banyak barang yang dulunya sukar nak beli dan didapati didalam negara, boleh didapati dengan segera. Termasuklah barang bayi, barang dapur, barang elektronik yang pelbagai jenama dan macam-macam lagi.
- Banyak barang yang unik dan pelik. Sampaikan lego pun korang boleh beli kat Lazada. Harga pun agak murah selepas tolak diskaun sana-sini.
- Barangan yang berjenama juga boleh didapati dengan harga yang agak berpatutan. Murah sikit berbanding beli kat “alam nyata”. Maklumlah, kat kedai biasa, harga mesti “mark up” kaw-kaw punya. Terasa macam kena tipu aje bila banding harga kat kedai biasa dan Lazada.
- Kalau korang menghadapi masalah nak beli hadiah untuk girlfriend korang, Lazada antara tempat TERBAIK untuk cari barang-barang yang unik dan comel untuk mereka. Girl friend korang mesti bertambah sayang sejuta kali dengan korang. Lagi-lagi kalau korang bagitau, korang beli barang dari Lazada. Tambah lagi 2 juta kali sayang. Haha.
- Harga murah. Of course selepas tolak diskaun.
- Harga yang dah tolak diskaun tu plak menjadi lebih murah selepas voucher digunakan.
- Mudah dan senang. Proses atau prosedur nak beli barang kat Lazada tidak menyusahkan. Senang faham walaupun korang baru kali pertama cuba-cuba untuk membeli barang secara online.
- Terima bayaran dari akaun bank tempatan, visa, paypal dan macam-macam lagi. Pendek kata, hidup kita dimudahkan. Nama pun shopping online.
- Barang cepat sampai. Pengalaman aku, cuma ambil masa 2 hari sahaja.
- Barang yang dihantar dalam kondisi yang baik. Siap ada “bubble wrap” untuk alat-alat elektronik untuk mengelakkan daripada barang tersebut rosak, bercalar atau mengalami pendarahan dalaman.
- Boleh buat bayaran secara COD (Cash on Delivery). Barang dah sampai, BARU BAYAR. Haa, best kan?
Pengalaman Shopping Online di Lazada.com.my
Ya. Aku pernah cuba beli barang dari Lazada. Entah kenapa satu hari tetiba rasa nak beli barang. Jadi, aku pun carilah beberapa kedai shopping online yang biasa aku pergi. Tak jumpa benda-benda yang aku nak. Sekali, bila masuk kat Lazada, jumpa plak benda yang menarik hati.
Jadi, aku pun pilih la satu barang iaituΒ tablet tenko T7. Harganya agak murah. Baru RM149 sahaja. Setakat ni, tenko T7 inilah tablet yang paling murah setelah ditolak diskaun. Harga asal, dekat 3 ratus lebih. Tablet yang bawah RM500, memang banyak. Kalau korang tak nak beli tablet tenko T7, boleh cuba dapatkan jenama yang lain.
Aku dah feel chenta dengan tenko T7 ni. Jadi, tablet lain aku pandang pandang macam anak tiri ajerr. Haha..
Dah beli satu barang. Angkat lagi satu dua barang.
Ini masalah besar aku. Bila dah beli satu, mesti nak tambah barang lagi..
Bukan apa, dah alang-alang harga tenko T7 tu dah seratus lebih, baik aku kasi genapkan ke RM200. Jadi, belilah jugak satu dua barang lagi untuk mencukupkan.
Harga keseluruhan = RM209.00.
Dan yang bagusnya, aku ada voucher RM10 dari Lazada. Jadi, bila dah tolak dengan voucher tersebut, aku cuma perlu bayar RM199.00.
100 sen je lagi nak genap Rm200. Hoho!
Dan selepas itu, buat pembayaran. Aku gunakan akaun Maybank2u untuk melakukan pembayaran. Tak sampai 1 minit, proses pembayaran selesai dengan rakusnya.
Tak sampai beberapa saat, aku dapat email yang memberitahu, Lazada akan proses penghantaran barang aku dan juga aku terima “tracking order number” melalui email yang membolehkan aku semak samada barang yang aku beli kat Lazada tu dah diproses dan dihantar ke belum.
2 hari kemudian..
Aku dapat kad dari GDEX, suruh aku gi ambil barang dari Lazada kat GDEX cawangan banting. Maksudnya, orang GDEX dah datang rumah aku, tetapi tak ada orang kat rumah. Jadi, petang tu aku pergilah ambil barang lepas kul 6. Sebab aku tahu, kalau aku datang pukul 3-4, mesti barang aku masih dalam van GDEX tu yang dok sibuk menghantar barang kat taman-taman lain dikawasan rumah aku. Jadi, kena datang lewat sikit agar aku takdelah ulang-alik dan membuang masa.
Barang-barang yang aku terima, semuanya dalam keadaan yang baik. Tak ada masalah. Setiap kotak yang aku terima dibungkus dengan penuh kasih sayang. Siap ada “bubble wrap lagi” untuk perlindungan yang lebih kukuh. Disoletape juga dengan ketat dan bai agar semut atau serangga nak menyelit pun takut sebab risau-risau tak cukup oksigen untuk bernafas.
Dan bila semua barang itu dicuba dan disemak dengan penuh teliti, memang tak ada cacat celanya. Semuanya ok dan prestasinya cemerlang terutamanya tenko T7 yang comel dan juga mouse ikan oren yang tembam itu. Dompet merah yang tak berapa pink itupun juga dalam keadaan yang gemilang. Tak ada yang koyak atau zip yang tercabut.
Senang kata, aku agak puas hati.
Dan ini buktinya. Meh layan kejap gambar-gambar candid barang-barang tersebut.
Kesimpulan.
Aku puas hati dengan pembelian bersama Lazada kali ini.
Berkemungkinan besar mungkin aku akan lebih banyak shopping online di Lazada untuk satu tempoh yang panjang. Sebab masih banyak lagi barang-barang yang menarik hati aku jumpa setiap hari.
Servis Lazada memang tip top. Aku harap servis mereka kekal cemerlang setiap masa.
Dan aku cukup suka dengan diskaun dan voucher yang pihak Lazada berikan. Tak banyak kedai shopping online berani tawarkan seperti yang Lazada berikan. Harga diskaun kadang-kadang memang TERBUKTI berjaya mengumpan hati-hati kita untuk TERUJA membeli barang-barang tersebut dalam keadaan yang segera.
Tak percaya? Pergi cuba dulu di disini – http://www.lazada.com.my
Ps: Kalau korang tak teruja nak membeli, korang memang ada masalah besar. Hoho..
30,356 total views, 2 views today
review sket tablet ni bang. laju x? ingt nk beli gak la seketol.
kalau dulu selamat simpan duit dalam bank… tak risau terbelanja ke apa tp skrg bahaya sgt… duit cepat habis mcmana bila tunai tu berada kat tangan…. hihihi…gara2 shopping online tambah kalau servis online shop tu bagus,gerenti nak beli lg…
zaman dah maju.. orang lebih suka beli online, malas nk keluar rumah.. ni cari dan klik saje.. tu duit dalam bank pun cepat je nipisss… hahah
dulu pernah dengar lazada ni penipu, tu yg tak pernah beli dr lazada tp kalu dah sifu ET cakap camni…………. maka dgn lelajunya kakak pown nak membeli juga nanti di situ
Tblet tu macamana? Ok tak? Teringin jugak la nak angkat satu
SGP pun ada beli tablet ni. Memang puas hati! Kat tempat SGP tablet macam tu RM200 lebih. Memang berbaloi sgt beli dgn lazada.

Satu lagi tablet buatan China , biasa laaa. Time cepat , cepat lah . Time lembab . Memang x boleh kata pape dah. Hehehhe. Tapi sangat berpuas hati. Untuk ibu bapak pun sesuai skg ni.
dah maju skarang ada tablet..makin rancak lah blogging..dalam kereta pun bleh buat draft..hehe..aku pernah beli kat lazada gak..servis mantap sekarang ni.
Bagus ni. kena cuba juga lazada n. senang tak payah rugi masa dan minyak kan nak pegi shopping.. π π
Pernah shopping gak Kat lazada…servis bagus…
wah.. macam best ja mouse tu… π
tergugatnya nak beli jugak! π
sekarang dah makin improve lazada ni..kalau dulu, mmg banyak masalah..gua pun antara yang pernah terkena order barang 2 bulan baru sampai..
lazadas gua tak pernah try lgi
wah cam best je
Wah panjang lebar cerita pengalaman beronline nih! baru sekali shopping kat Lazada, itupun dapat voucher percuma!
wah…! dah terkena racun aku baca entry panjang lebar nie…macam best jer…nak kena klik Lazada…cari barang apa weiii….
barang yang aku nak beli belum ada sen mau beli..ahahaa..tunggu la dulu nampaknya π
Aku belum pernah lagi shopping kat lazada ni… bila dah shopping nanti susah tak ingat dunia. Semua benda mahu di beli he..he..he..
Gua macam dapat mesej dapat diskaun dengan pembelian barang di Lazada. Tapi barang yang gua nak beli takde dalam Lazada la. haha π
ooo suka shopping juga ye
Macam best je, macam ok je…
Aya tak pernah lg shopping kat Lazada.. π
baru tahu.. k finee.. nk usha sat π
Nampaknya LAZADA kembali menjadi pilihan blogger shopping online skang nie
belum pernah lagi shopping kat lazada..nanti nak try jugalah π
Sekarang ni baki maybank tak banyak lagi..jadi tak leh nak shoping dengan rakusnya di laman lazada ni..kan nanti tak tidur malam pulak asyik terkenan2 pada barang yang tak mampu nak beli..haha
Sekarang nie aku dah jarang beli barang secara online. Kalau dulu semasa aktif sbg IM mmg selalu aku beli barang secara online tetapi kebanyakannya adalah produk digital.
ketagihan kan shopping online? haha…
eh comelnya mouse ikan oren
Skrg dah senang beli kt lazada sbb dah ada cod,i dah gila bli brg kt lazada skrg ni total smua adalah dekat rm1k abis,bli skit2…fuh! skali total wow…ada byk lgi brg yg berknan dah msuk dlm wishlist,asal ada offer je i grab,setakat ni servis lazada mmg excellent..tpi hati2 tau,bila dah beli skali mcm ada kuasa magnet menarik u bli lgi lgi lgi dan lgi…
Lazada ni memang macam best tapi x penah try cz takut plk..lagipon brg yang nak dibeli tu macam mahal plak harga die kat Lazada ni
Br aje shopping kat lazada…memang best sgt…ari bayar esk brg dah smapai…serviz terbaik…..
Napa sy beli dah seminggu tak sampai2 pun