Ya.
Dah habis. Aku dah mula membaca komen-komen kat semua blog-blog aku tadi. Dah start mengarang dan mula draft advertorial yang tertinggal akibat kemogokan yang melandan beberapa hari ini akibat kekalahan Malaysia dalam Sukan SEA ke atas Indonesia dan Singapura. 2 pasukan yang selalu menjadi “BADI” bagi pasukan Malaysia.
Dan aku perhatikan, boleh tahan banyak isu panas yang timbul dalam 2-3 hari ini sejak aku meninggalkan arena blog seketika.
P1 Sucks.
- Aku lihat, boleh tahan ramai gak blogger dok maki P1 Wimax ni. P1 Sucks memang dah tak boleh buat apa dah. Memang ramai gila kutuk servis P1 yang tak seindah seperti yang dipromosikan. Aku tahu, ada juga dikalangan pengguna P1 yang tak ada masalah dengan line mereka. Dan aku juga tahu, agak ramai juga yang bermasalah.
- Senang cakap, P1 kena buat sesuatu. Kena MODAL besar. Sama ada membuat permohonan minta maaf secara BESAR-BESARAN di surat khabar utama dan mengembalikan hak-hak pengguna yang teraniaya tu. Aku lihat bukan takat puluh-puluh lagi yang menyatakan dan mengatakan bahawa mereka dianiaya oleh pihak P1. Ada yang rasa TERTIPU dan memacam lagi. Jadi, P1 kena buat sesuatu dan tidak berdolak dalih lagi. Kata-kata manis sudah tidak berguna.
- Dan kepada mereka yang teraniaya, kalau betul rasa teraniaya..SILA, SILA buat cara yang betul. Setakat post kat facebook, memang diorang buat sardin aje. Kalau berani, kumpulkan orang-orang yang teraniaya dan serang KUBU utama atau ibu pejabat P1 dalam tempoh 7 hari secara berturut-turut. Panggil orang media, panggil orang surat khabar, panggil blogger dan “cover” isu ini. Dalam 7 hari, kalau P1 masih berdolak-dalik, korang boleh buat sesuatu yang serius seperti menyaman P1 akibat teraniyaa. Setakat cakap dalam blog, cakap kat facebook, memang tak ada effect sangat. Mesti serius kalau nak selesai masalah ini.
Blogging.
- Kalau betul korang nak buat duit dengan blog, buat cara nak buat duit. Baru nampak hasil. Jangan dok tengok aje dan dok kagum dengan orang lain. Bila masa plak korang nak kagum dengan diri sendiri. Bukan nak riak, ujub atau bangga diri. Ini tentang maruah dan kredibiliti diri korang. Jangan main-main dengan benda ini.
- Kalau orang tegur, ambil apa yang baik. Yang jahanam tu, jangan ambil dan jangan layan. Tapi aku tengok, ramai sangat yang ego tak bertempat. Kalau nak ego sangat pun, biar kena pada tempatnya. Tak salah nak ego. Itu hak korang.
- Blogging adalah tentang skill. Itu antara yang utama. Skill korang PADU, toksah risau bab nak dapat komen banyak, nak dapat trafik banyak dan nak dapat duit banyak. Dan mahu dapatkan skill, mesti ada ilmu. Jadi, banyakkan membaca dan buat kajian selalu.
- Blogging untuk hobi, untuk saja-saja dan untuk kegembiraan hati korang. Aku tak ada masalah. Cuma, aku tak nak korang mengeluh dalam blog, dalam facebook dan mengeluh apa sahaja tentang isu-isu kenaikan. Harga domain pun naik gak kalau korang semua perasan. Dah susah nak dapat under RM30. Melainkan korang guna kupon dan biasanya yang sediakan kupon ni adalah penyedia hosting luar negara, syarikat yang base luar negara. Syarikat Malaysia, memang susah la nak jumpa melainkan waktu promosi sahaja.
Naik dan tak turun.
- Termasuklah isu minyak naik, tol naik, taarif elektrik naik. Kita memang tak boleh nak hentikan kenaikan. Memang akan naik dan terus naik. Jadi, apa yang kita perlu NAIKKAN? Naikkan pendapatan kita.
- Itu sahaja cara yang aku nampak setakat ini. Kita caci dan maki kerajaan pun, tak ada gunannya pun. Bukkan kerajaan akan turunkan dengan serta-merta.
- Sejak banyak benda yang naik ni, apa benda yang turun? Gaji yang turun dan ramai yang kena buang kerja. Jadi, aku tak nampak hasil cacican dan makian agak menampakkan impak yang positif untuk berlaku penurunan. Makin naik lagi, itu aku yakin 1 juta peratus. Makin banyak benda akan naik pada masa hadapan. Waktu itu, kalau kita tak tingkatkan pendapatan, memang sakit. Nak beli rumah pun memang ramai yang takkan mampu sampai bila-bila.
- Kasihan dengan orang miskin dan orang kampung yang tak berkemampuan. Ya, aku rasa semua orang kasihan dan simpati. TAPI, fikir balik, kau kena PENTINGKAN diri kau dulu sebelum kau TOLONG orang lain. Sama konsep macam SOLAT atau hal-hal pakai tudung. Kau nak nasihat orang lain agar solat 5 waktu, sila PASTIKAN juga kau jaga solat 5 waktu kau. Jadi, kalau korang rasa orang kampung tu tak mampu, SILA TOLONG DIORANG. Jangan dok cakap dan kuat mencaci aje. Apa yang korang lakukan untuk mereka? Jika ada orang miskin yang datang minta sedekah, kau bagi atau tak? Duit biru 1 ringgit tu, SUSAH sangat ke nak hulur?
- Dulu, apsal salah “pilih”? Salah pangkah? Dan sekarang, korang nampak kesannya kan? Lain kali, bijak memilih.
- Aku bukan orang politik. Ini sahaja cara yang aku tahu untuk TOLONG kehidupan aku dan juga kehidupan adik-adik aku dan ahli keluarga aku. Keluarga lain, memang tak dapat lah nak tolong sedangkan ramai lagi sepupu, sedara dan pakcik-pakcik aku yang hidupnya lagi susah dari aku.
Stop complain. Start make money.
- Dunia akhir zaman, semua nak guna duit walaupun duit tak bawa masuk kubur. Tapi kena ingat, kalau kita MAMPU dan BOLEH tinggalkan sedikit harta untuk kesenangan anak cucu kita, itu adalah lebih baik daripada tak tinggalkan apa-apa langsung untuk mereka dan melahirkan mereka dalam keadaan yang cukup menyedihkan.
- Salahkan ada banyak harta dan salahkan cari duit banyak-banyak? Tak. Tak salah. Carilah sebanyak mungkin dan jangan lupa, rajin-rajinlah bersedekah dan juga mengunjungi surau dah masjid. Insya-Allah, pintu-pintu rezeki akan lebih terbuka.
- Berdoa. Korang maki dan caci orang sana-sini. Kekadang, tanpa bukti yang kukuh. Kekadang, orang lain maki, tetiba korang kasi tambah api tambah sebab. Apa pasal beb? Seronok sangat maki orang? Kalau tak tahu apa-apa, dok diam elok-elok dan tulis blog tu. Tak payah nak jadi hero kat facebook. Dah ramai sangat hero kat facebook tu. Tak payah nak tambah lagi. Ramai yang dok menyamar aje. Robin Hood macam ni, tak payah kita nak ambil pusing sangat. Jaga keluarga kita, itu lebih afdal. Hang nak jaga orang lain, keluarga orang lain, tapi anak bini dan keluarga sepupu sepata sendiri masih terkontang-kanting, tak payah dok sibuk nak kutuk maki orang lain.
Orang kita, ramai yang pemalas. Termasuklah aku. Jadi, ubah sifat pemalas itu, dan tak payah mengada nak mogok macam aku. Aku lain. Aku special case. Haha! Sekurangnya, masa aku mogok, aku masih tetap dapat gaji dan dapat duit setiap hari. Jadi, sila jadi rajin dan tambah imu serta rajin membaca. Orang malas membaca, memang fail sepanjang hayat melainkan korang ada “skill tak terkalah” yang orang lain tak ada.
“Bro..hang bolehlah. Hang banyak duit..hang pandai cari duit..orang kampung nak simpan duit pun susah, orang kampung mana reti main affiliate dan tulis blog!”
Ini jawapan aku. Kalau korang rasa HIDUP ni susah benar nak cari duit.
- Beb, kau pernah kumpul tin kosong dan botol kosong tak? Kau tau satu guni yang penuh tin kosong yang dilenyekkan tu dan dapat 2-3 kg tu..bersamaan dengan berapa ringgit?
- Pernah kumpul surat kabar bertingkat-tingkat dan bila jual cuma dapat 2-3 ringgit aje??
- Pernah cari jalur emas dalam komponen elektrik dalam komputer lama-lama tu tak?
- Kau pernah kerja 3-5 kerja dalam 1 hari tak? Kau pernah tak angkat kampit beras lebih dari 50 kali dalam sehari dan dalam masa yang sama berguni-guni bawang dan kentang kena pikul letak dalam lori? Dan waktu petangnya, kau gi jual air atau kuih. Upah satu kuih cuma 5 sen sahaja. (Masa tu, aku nak wat kuih tak reti. Cuma reti tolong jual aje sebab tempat sesuai dan skill merepek agak tinggi) Dan nak menghabiskan jualan kuih dan air..ingat senang ke?
- Kau pernah tak tahu betapa azabnya nak “BELAJAR buat duit dengan blog” dan dalam masa yang sama terpaksa “belajar” untuk lulus exam? Dan pada hari yang sama juga kau kena siapkan tesis, asignment, prepare untuk kuiz mingguan, menghadap tutorial, kena maki dengan lecturer sebab lambat hantar kerja dan juga aktif berpersatuan dan join kelab sana-sini walaupun hakikatnya benda tu semua menyusahkan korang aje..
- Berapa ramai antara korang yang masih pakai handset yang harganya RM100 dan ke bawah? Dan cuma topup paling cikai pun RM30 ke bawah dalam masa 2-3 tahun ke belakangan ini. Pernah?
- Berapa ramai antara korang yang TAK BELI baju baru dan masih pakai baju 10 tahun yang lepas? Baju sukan aku masa sekolah rendah pun masih muat dengan aku sebab tersilap beli saiz L dan XL. Bangang betul aku masa tu. Tapi Allah maha adil. Muat lagi baju tu sampai sekarang.
- Kau pernah makan biskut kering dengan teh o kosong TANPA gula hampir lebih dari 2-3 bulan dan dalam masa yang sama terpaksa CATU duit nak kumpul duit untuk beli tiket kapal terbang? Kau pernah menangis sebab makan biskut kering tak? Kau pernah menangis bila anak korang menangis mintak susu tapi tepung susu dalam tin tu dah licin tanpa sebarang habuk pun? Pernah?
- Dan kau pernah tak struggle nak HABISKAN hutang pinjaman study seperti JPA atau PTPTN dan juga hutang DUA kereta dalam tempoh 3-4 tahun? Dan kena SARA adik-beradik kau yang lain?
- Berapa ramai antara korang yang sanggup bawa bekal ke tempat kerja atau berpuasa paling direct hampir 2 bulan tanpa henti. Rekod aku pernah buat, 3 bulan hampir setiap hari. Ada gak la yang kantoi. Aku tak puasa pun sebab tetiba ada jamuan makan masa tu. Masa itulah nak rasa “NASI” dan “AYAM” serta lauk-lauk yang sudah lama diidam-idamkan.
- Kau tahu tak aku nak belajar tentang affiliate dan SEO dulu, kena online kat kedai dan bayar RM5 untuk 1 jam walhal dengan duit banyak tu aku boleh kenyak makan roti canai dengan kuah kari untuk 5 hari punya belanja? Kau pernah tak tak makan nasi hampir 3 bulan LAMANYA? Kau pernah tak “SAVE” artikel-artikel penting dari blog-blog luar negara dalam disket dan baca sementara menunggu waktu berbuka tiba? Dan bila berbuka plak, air kosong dan biskut kosong sahaja? Pernah?
- Sekarang, kau mintak aku turunkan harga kitab Teknik SEO Merah Jambu. Maaf, memang aku takkan turunkan sampai bila-bila.
- Dan yang paling teruk, kau tahu tugas guru macam mana? Nak menghadap PBS, nak online key-in data 2-3 pagi. Nak siapkan kertas soalan. Nak tanda buku, nak monitor prestasi budak-budak. Itu baru untuk 1 kelas. Paling teruk bagi guru, 3-4 kelas kena monitor. Itu baru 1 subjek. Belum subjek lain. Kalau kau dapat budak lembam dalam kelas kau, kau tahu betapa sengsaranya nak mengajar dan memerah idea nak kasi budak tu faham apa yang kau ajar? Itu belum masuk kena maki dengan guru besar, dengan mak bapak, dengan geng-geng PIBG, dengan orang luar yang tak tahu apa-apa.
- Jadi, belajar bersyukur dengan apa yang cikgu kau ajar kerana sekarang kau dah jadi orang yang pandai membaca, mengira dan mengeja. Sekurangnya, kau tak kena tipu suatu hari nanti. Ini tidak, asal cikgu lempang kau..kau katakan cikgu tak sayang kau. Semua cikgu sayang anak murid mereka. Tak ada yang tak sayang walaupun kau selalu calar kereta cikgu kau dengan syiling 50 sen tu.
- Sebab itu, jangan hairan kalau aku gi EVENT, muka MENGANTUK dan rambut serabai tak sikat. Sejak 5 tahun yang lepas, sikat aku adalah jari-jari kasar ini sahaja. Aku dah lama gila tak bersikat. Kalau tersikat pun, terguna sikat mak aku.
Kesimpulan.
Dulu aku kurus. Sekarang dah berisi sikit. Hidup lebih gembira.
Allah tu maha adil dan penyayang. Dulu, susah nak makan nasi. Sekarang, hari-hari makan nasi. Alhamdulilllah. Paling teruk pun, dengan lauk kicap atau ikan kering. Paling sedap, bila balik rumah mak bapak aku. Masa itulah aku makan dengan penuh nikmat. Penuh dengan kasih sayang. Lebih istimewa, kalau mak yang tolong suapkan..
Ps: Dah. Jangan merungut. Percayalah, ada orang lagi sengsara dari korang. Usaha tu lebih sikit. Dan banyakkan berdoa dan mintak pada Allah. Korang tak mintak, macam mana Allah nak bagi?
11,568 total views, 1 views today
hoho..alhamdulillah..segala perit jerih..mengajar erti susah payahnya nak mencari rezeki.. 😉 setiap org ada liku liku hidupnya..xramai yg sudi flashback balik..tak ramai yg pandang ke belakang dahulu sebagai motivasi diri..apa pun,memang berbaloi segala usaha dan penat lelah..syukur..:)
terbaik punya entri!…untuk part yang last hidup kena pandai berjimat dan tahu menguruskan kewangan. nak duit usaha kena ada.
mmg ramai sgt robin hood yg cikai duk bermaharajalela.. reti komplen tapi takde amik tindakan, hampehh… nak komplen tapi biar cerdik..
tang susah tu, mmg slalu kene ingat, ramai lg yang susah dr kite sndiri..
kisah yg teh kosong ngan biskut tu teringatkan aku time aku susah2 dulu, skrg alhamdulillah.. tak perlu aku citer kat sini.. citer hang dah memang bleh buat org sentap..
yang penting berdoa dan slalu bersyukur.. rajin2 bersedekah..
meletop lepas mogok..huh..
USAHA… komplen2 jugak..tapi mahu cari ikthiar lain… kita banyak pilihan lain..
Betul tu…jgn asyik nak complain je tapi diri sendiri tak ada usaha. Bila tgok org senang dok mengata..bila tgok org susah pun ngata gak..so tutup mulut buat koje sendiri dn tingkatkan apa2 yg patut..
karangan yang penuh dgn pengajaran,,, terbaik jugak
pasal P1 tu pernah pakai sehari je terus lempar hantar pulang.
rumah saya 2 tingkat… kalau bawak ke tingkat bawah… langsung line x dpt pada tengah bandar kuantan ni…
nasib dpaat semula duit bayar tu…
Akak menangis baca entri ni… Kalau korang rasa HIDUP ni susah benar nak cari duit…. ada yg lebih susah sebenarnya…
Aku suka yang ni
“Dulu, apsal salah “pilih”? Salah pangkah? Dan sekarang, korang nampak kesannya kan? Lain kali, bijak memilih.”
Masa untuk memilih sudah tamat , sekarang adalah masa untuk terima akibat dari pilihan yang dibuat.Bising – bising xde guna.
Tunggu le pilihanraya seterusnya jika nak buat perubahan 🙂
aku suka entri ni..aku harap, ramai yang kaki komplen datang singgah baca. komplen tapi kalau takde action, sampai bila2 duk takat tu je. hoho.
betul2 meletop lepas mogok…bagus gak mogok ni…entri lebih menyentap jiwa raga…thanks en titan!
Aku menangis baca entri ni bila sampai bab terakhir. 🙁 😥
Lepas mogok sekali panjang lebar dia punya hujah
Wahh panjang lebar dia tulis ni.. aku dok paham dr tadi malam.. hehehe..
aku cuma nak komen bab orang bising2 naik harga tu.. aku pun kurang minat berpolitik tapi ramai orang yang bersuara tak kena tempat.. Makian dan cacian itu mengundang perbalahan.. Kaum lain?? Ketawa besar melihat kita.. Propaganda jatuhkan anak melayu sekarang..
nak taknak terpaksa aku sakisikan sendiri.. Tak ramai antara kita yang sedar..
Memang ada pelan awal bulan Januari hendak pergi kelas berbayar tahun hadapan untuk menambah ilmu.
Aku memang sokong apa yg kau tulis.. kita ni banyak sangat baca kisah kejayaan org lain. Tapi tidak membaca apa kesusahan yg mereka lalui sblm berjaya…kegagalan org yang berjaya tidak pernah kita nak tahu.
Hitler kata jika anda jumpa orang malas tetapi bijak…letakkan dia pada jawatan yang paling tinggi!!
setuju. itu yang boss-boss gua lakukan pada gua dulu.
demm. penat wehh..
On top of everything, Allah sebaik baik tempat untuk mengadu.
FA baru senyap kejap 2 3 hari i..tgk fb blog semua macam2 dah..
senang cite.jgn jaga tepi kain orang la.hidup masing2 xada yg sempurna.jdi blajar dr ksilapan diri dan niatkan hidup kerana Allah.insyaAllah y baik akan mengiringi. 😀
haha please grow up friend itu aje yang mampu aku kata
hahahha yang ni orang panggil ” penulisan superb bai! ”
inilah dikatakan blog, share apa yang ada dalam kepala hotak untuk panduan BERSAMA!
Aku tak lalui apa yang ko lalui, tapi kesusahan yang aku lalui pun tak kurang susahnya hhee
gua suka qoute ni “Kau pernah tak tahu betapa azabnya nak “BELAJAR buat duit dengan blog” dan dalam masa yang sama terpaksa “belajar” untuk lulus exam? Dan pada hari yang sama juga kau kena siapkan tesis, asignment, prepare untuk kuiz mingguan, menghadap tutorial, kena maki dengan lecturer sebab lambat hantar kerja dan juga aktif berpersatuan dan join kelab sana-sini walaupun hakikatnya benda tu semua menyusahkan korang aje..”
seriusly reflect kat aku weyh. tapi pelan2 aku daki, slow2. modal pun ciput je nak run semua benda. student mana nak cedok duit nak buat modal. makan pun ken berkira, aku tunggu je bila ada rezeki, insyaallah aku boleh bebas dari masalah duit ni.
“Retire young, retire rich” – Robert Kiyotaki
terbaik bro, salute ! CN sokong 100% ! Kurangkan complain dan tingkatkan prestasi, itu azam baru tahun 2014 ! 😛
Sungguh dayah tersentuh dengan penulisan ini. Actually dyh tgh rsa down dgn apa yg dyh sedang buat.. tapi tulisan hang nih bebetul beri sesuatu yg positif kat dyh..
Ye.. dayah pernah rasa susah nak cari duit tu..
Teruskan usaha buat duit..kalau asyik dok komplen je, dengan komplen tu takkan menjana duit..
Brutalnya
Dah dua blog ari kawe baca complain pasal P1.. Rasanya mmg tak bagus lah servis mereka kesimpulannya. Psl buat duit dari blogging..insya-allah ada usaha pasti ada jalan.
Entri yang cukup terbaik untuk dibaca,alang-alang tu aku bookmark,bosan-bosan boleh la baca lagi
Ini karangan SPM. Panjang lebor. Compile sekali pasal masalah dunia. Macam PM pon ada jugak. Masalah negara. Hahaha
Apa yang gua boleh kata ini memnag entry bantai orang yang mempunyai sikap negatif. Terbaik bro. Semangat aja ada tak usaha pun tak guna jugak.
bersyukur malaysia masih aman
Terbaik la en titan … azab dan dugaan ko lebih teruk dari aku..aku insaf.
nasib gua tak komplen apa2
biasanya kesusahan mendidik kita menjadi lebih baik , Insya Allah…
ya, tindakan lebih penting dari caki-maki, semua yang “terkena” buatlah tindakan/report sewajarnya. cerita kat fb ada yang baling model kat customer service, marah sangat dah ni.
Kurangkan complain dan dalam masa yang sama tingkatkan kemahiran diri.. hidup lebih tenang.
haha komplain komplain komplain..
sejak den dah menjadi ulat buku ni, ‘komplain’ tu dalam kamus den ada pada seorang looser je..
all the best for 2014.. semoga kita berjumpa lagi nanti 😉
aku suka dgr org komplen2 + membebel..tp aku tetap buat duit..faham x?:-p
wah pengajaran yang boleh di ambil terbaiklah
Emm lepas baca ni, barulah sedar banyak perkara…terima kasih..serius, apa yang encik titan alami dulu, saya tak pernah alaminya….sebab susah MANJA sikit bila berhadapan dengan dugaan hidup sekarang ni…
betul tu.. merungut dan komplen tak bawa kemana.. seeloknya majukan diri dan bantu orang lain
ada orang guna mulut untuk cari senang
ada orang guna mulut untuk cari susah
hehe
Mekasih atas teguran dan peringatan bro. Menrungut pon tak der makna. Barang tetap naik. Skang pon saya tgh nak naikkan pendapatan saya dgn buat side income.
perghh pnjg giler entry ni..hehehe…
jenuh nak baca..tp input memang mantap!!
btul dah tue…dari asyik duk merungut je…
lagi bagus usahakan terbaik cr duit utk 2014…
bab silap pangkah tu tunggu 4 tahun lg la plk…hohoo…