Semalam..
Aku dapat satu soalan daripada salah seorang protege aku. Cik F.
Ya, siapa yang beli kitab merah jambu aku tu, secara tak langsung dah jadi macam protege aku la. Itu bahasa paling mudah.
Oleh sebab cik awek seorang ini memang cukup suka bertanya semenjak kenal aku, memang sakit jiwa juga nak melayan karenahnya itu. Dah la manja dan comel, campur pakej gedik sikit-sikit lagi. Nyaris-nyaris dah boleh isi borang untuk calon-calon bakal-bakal bini aku. Haha..
Tak. Sekurangnya, dia nak bertanya. Itu namanya belajar.
Tak tahu, kena tanya. Barulah tak sesat sampai Uganda. Kat Uganda, tak ramai yang fasih berbahasa melayu. Memang lapan kali ganda sesatlah kalau korang tersesat ke sana. Jadi, untuk bantu korang. Meh aku senarai mengapa tak ramai orang suka komen kat blog korang. Ini pendapat aku. Tak semestinya korang semua kena ikut dan dengar.
Baca aje. Percaya atau tidak, terpulang pada pemikiran usus kecil dan gegendang telinga korang.
1. Sediakan ruang komen yang tidak menyusahkan.
Ruang komen korang cukup menyusahkan orang. Sebolehnya, cuba mudahkan orang lain untuk komen kat setiap artikel korang.
Jangan guna discus dan segala bagai jenis ruang komen kat blog korang. Aku tahu, ada kelebihan guna discus kat blog korang. Tapi itu kelebihan kepada OWNER blog. Kelebihan untuk para pengomen, tak cukup tinggi. Aku cukup kurang gemar nak menulis komen kat mana-mana blog yang guna discus. Sebab bagi aku, agak menyusahkan.
Kalau guna blogspot, sediakan ruang komen yang memudahkan semua pengguna blog. Tak kisahlah blog blogspot atau wordpress berbayar. Mudahkan diorang. Kalau terlalu banyak sekatan, tak hairan kenapa blog korang tak ada yang berminat nak komen.
2. Gaya penulisan yang menarik.
Gaya penulisan. Artikel yang menarik biasanya ada gaya penulisan yang tersendiri, unik dan boleh merangsang pembaca untuk meninggalkan komen. Tak kiralah orang itu ada blog atau tidak, kalau dia suka dan berminat nak beri pendapat, dia akan komen juga walaupun korang punya ruang komen memang SANGAT menyusahkan. Point ini akan pangkah point 1,2 dan 3 jika korang punya artikel memang ada jiwa.
Tulis artikel dengan jiwa. Ini cuma satu terma yang aku reka. Secara logik, celah mana nak tulis dengan jiwa. Jiwa tak boleh menulis atau menaip. Tangan dan jari-jari kita yang menaip membentuk ayat-ayat dan tulisan yang menarik dan menghiburkan hati para pembaca. Tulis dengan jiwa ada 2 cara.
Pertama. Tulis seliar dan sejujur mungkin. Kalau ada salah ejaan pun orang tetap tak kesah membacanya. Keduanya, tulis jenis “calculated”. Cara tulis jenis ini nampak macam korang tulis dengan jujur tapi hakikatnya, korang betul-betul tulis agar artikel korang boleh jadi lebih menarik. Aku ada bakat untuk tulis melalui kedua-dua cara ini. Ada cara ketiga, tulis dengan menggunakan bahasa melayu tinggi. Cara ini, aku kurang suka. Tapi cara ini banyak membantu untuk menghasilkan jualan yang mantap.
Jadi, pilih mana yang korang suka dan praktikkan dalam blog korang sekarang.
3. Tema blog (Theme).
Sebolehnya biarlah menarik. Aku salah seorang yang agak memandang susun atur sesebuah tema blog sebelum membalas komen. Lebih-lebih lagi kalau tema blog itu kemas dan tenang. Lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba ada salji. Kalau tengah marah, tiba-tiba sahaja hati jadi tenang tanpa was-was. Blog yang ada salji, hampir 100% aku akan tulis komen kat blog mereka. Jadi, sila letak salji. Haha..
Ya, selain itu kelajuan tema blog yang korang pilih haruslah laju. Sejajar dengan kelajuan internet secara umum. Kalau tema korang BERAT macam blog aku ini, korang terpaksa bersandarkan gaya penulisan yang unik sahaja untuk mengumpan para pembaca untuk menulis komen diblog korang. Jadi, blog yang tak berat dan tidak menyusahkan para pembaca mereka, mempunyai peluang cerah untuk dapat komen dalam setiap artikel yang korang tulis walaupun korang cuma tepek sekeping gambar tanpa apa-apa perkataan.
4. Promosi.
Apa benda yang korang nak jual, mesti ada buat siri-siri promosi. Korang nak ada orang komen korang, korang kena promosi blog korang. Lakukan blog walking, ping la kat merata tempat, beli iklan kat blog orang lain, cari guest posting yang boleh bantu korang hasilkan artikel yang menarik dan sebagainya. Belajar tentang cara menggunakan teknik SEO yang boleh membantu korang mendapat lebih ramai pembaca dari search engine. Ini salah satu cara untuk bantu korang dapat pembaca baru untuk blog korang.
Kesimpulan.
4 benda ini korang ada, tak ada SEBAB mengapa korang tak boleh dapat komen yang banyak.
Yang penting, mesti rajin berusaha dan buat yang terbaik untuk blog korang.
Ps: Aku tulis artikel ini untuk jawab soalan protege Cik F itu. Kalau korang baca artikel bertajuk “Ilmu Blogger Blogspot Malaysia“, isinya lebih kurang sama sahaja dengan apa yang aku tulis pada hari ini.
14,870 total views, 1 views today
yup mmg betul apa titan ckp ni…perkara yang wajib blogger perlu tahu..
betul tu. Kena cuba ikut semua ni.
cis gua macam dah ada habit nak komen dekat sini
baik2, dah nak ketagih komen kat sini. nanti kena belanja cendol pulak. hohoho 😯
Komen ajelah tanpa ragu-ragu.
haha.
Kalau yang guna disqus memang aku tak komen langsung. Cuma baca je. Hehe
kasihan..saya pun tak pasti komen ker tak.
Tengok topik.
Topik menarik, baru aku usaha untuk komen.
Kalau tidak, sekadar baca ajelah jawabnya.
Errr…kalau makcik2 retis tanya soalan , rasa2 ada jawapan tak?
bergantung pada soalan kot?
hehe..
kalau tempat komen ada letak captcha ke copy paste password ke, memang aku tak komen la. 😈
letak captca yang mudah-mudah, aku tak kesah lagi.
tapi yang menyusahkan tu, memang sakit jiwa gak la dibuatnya.
leh terang lg lanjut cam mane tulis seliar dan sejujur ngan calculated.. huhu.. mo try nih
hang baca aje blog-blog aku tu. Nanti hang faham la.
bro, kalo komen ada Google Account to ok lagi sbb guna akaun google yg bersambung dgn google plus. kalau pilihan lain tu elokla dibuang terus.. Paling afdhol yang Name/Url tu
Disqus agak kurang gemar juga. Intense debate boleh tahan lg
tengok orang.
Kalau aku, aku memang tak gemar bila kena login atau klik sesuatu dulu sebelum leh komen. Menyusahkan je rasa.
Terutama pengguna platform blogspot terlepas pandang hal ruang komen. Susah benar hendak tinggal komen di blog mereka.
Itulah.
Ada yang dah bertahun. Tetap sama aje ruang komennya. Tegur pun buat dek aje. So, blah ajelah. Apa lagi. Haha..
komen kat blog den makin kurang sejak kurang blogwalking…huhu
Orang tengah sibuk bercuti ni.
Biasalah tu.
Nice tips bro 😉 Rajin BW nk komen blog org pon boleh icrease komen dkt blog kita kan?
betul tu. ada kaitan juga.
nombor satu tu point paling penting sekali..ya betul..kekadang user ni ada memacam, guna phone,phablet bagai..mana ada masa nak layan ruang komen yang kecik,ada capthca bagai..pastu plak takleh letak URL..erm..kena login google id…huk alo…
aku dulu letak memacam, tapi bila kena setepek ngan Kak Jie..biar mcam baisa je sudah 😀
haha..
camana leh kena setepek nih..
sonang jer, blogwalking ler, heehe
Haha..
Ya, itu yang paling senang.
tips yang indah dari otai yang hebat
Tips biasa-biasa aje maa.
betul sgt la tu…
walaupun kadang2 nk komen..perkara yg x de kaitan kan :p
Hang memang suka komen benda-benda pelik. haha
betol…huu..tgah usahakan…tp nak tye..kenapa kotak komen yg awk letak kat atas tu..awk ckp krg bagus ye??
menyusahkan orang nak komen.
kena login gmail baru leh komen. Yang lain, kena ada akaun tu baru leh login dan baru leh komen. OpenID pun kena setting dulu awal-awal. Baru leh komen. Dan memacam lagi.
So, senang cakap, menyusahkan orang. Dan, yang paling penting, tak dapat bina backlink dari blog tu. Dari sudut backlink, kelebihan pada pengomen kurang berbanding kelebihan yang owner blog dapat.
kalau bab komen saya paling kurang suka memberi komen di blog beraaskan platform BlogSpot. Lebih suka yang WordPress.
Memang biasa macam itulah juga.
Yang mana boleh komen, kita komen.
Emm betul kata encik titan ni..dan promosi paling senang saya rasa adalah dengan blogwalking aje…banyak kelebihannya..komen dapat, alexa pun cun semacam aje..hahaha..
Kalau rajin, memang dapat la.
Dari komen2…Semakin jelas kenapa pengguna hosting berbayar dan wordpress kurang komen di Blogspot. Terlihatlah juga kenapa kelompok2 ini akan berada dalam komuniti mereka sendiri. Hmmm…btw dari artikel pula, informasi yg sangat bermanfaat buat saya, thanks!
bukan tak nak komen. Tapi dah susah nak komen, nak buat macam mana kan? hehe..
yes.. hahaha sebab tu aku pasang salji kat blog aku.. haha semalam salah plugin.. punya la ribut salji ada dalam tu..
Untuk cik F, hope lepas ni banyak lah komen dapat.. rajin blogwalking, ayat manja dan best di baca tu orang tergoda.. Cewaaahh boleh dah jadi calon bini Titan ni.. hahaha
Tu pasal takut aku masuk blog hang masa tu. Tetiba ribut plakkk..
lebih mudah komen kat blog wordpress. Tapi kalau blogspot yang mesra komen pun boleh juga
kalau mudah nak komen, takde masalah rasanya. hehe..
ARTIKEL yang menarik dan ada info berguna mesti ada respon pembaca..
Yap.
Biasanya memang begitu.
ye.FA suka komen blog ni sbb blog ni ruang komen dia byk emoticon yg comel2..sayang pulak xad mr Rabbit. eh..haha
Rabbit comel kat blog satu lagi.
awek blogger pyh mau cari oooo
Boleh cari. Cuma susah mahu dapat aje. hehe
Ramailah orang serbu blog kita lepas buat 4 benda ni kan? 🙂 heheehe..
Biassnya, memang jadi.
Cubalah nanti. hehe
Perkongsian daripada orang yang menarik semestinya menarik. Terima kasih:)
Ya, biasanya begitulah. 🙂
Susah nak dapat komen2 dari blogger baru kalau tak betul2 konsisten…
senang cakap, kena rajin la sikit. hehe
kat blog check dh pasang intensedebate..moh la komen 😈
intensedebate tu apa plak? 😯
yg pasang commentluv tu laa 😮
kena rajin blogwalking kat blog orang gak, dan tinggalkan komen. jangan harap orang laen je nak komen kat blog kita. ye tak?
kiranya win-win situation la tu.
haha.
adeh… dah cuba x nak komen…tp x upaya kena komen jugak…
dah la list ‘alon-calon’, ‘bakal-bakal’ pulak tu whoahaahahahaahhaa
mana tak usus kecil ni berteriak soh komen, wlaupun gegendang telinga ni berdengugn.. huhuhu.. whoahahaahaha…
😀
wah, heabt usus kecil hang ye. Leh berteriak tu. 😈
Oh ya.. camana nak bagi salji turun kat blog kita ek? huhuhuhu…
aku guna plugin wordpress. Blogspot kena setting sendiri. Aku tak tahu wat untuk blogspot.
Ya lah awak. Saya pun kurang dapat komen. Nasib baik awak rajin komen kat blog saya. Kalau tak malunya, blog tak de orang datang 😀
Eh ye ke awakkkk.. hehe 😆
ahaaa..tips yang berguna encik titan 🙂
tip ini memang berguna untuk saya..terima kasih cikgu
Eh..terkomen kat entri lama..he he
Mana gambar awek cun tu? Hang sorok kat mana?
tips yg best. btw sy ada blog tp agk bersawang kehkeh. pas ni kene update la..
kene cari theme yg sedap mata memandang.. lg 1, ruang komen tu bergantung kpd theme ke? hehe
* ceq baru nak belaja * ampun