Hire me!
Haha.
Bila aku jumpa gambar dibawah ni, aku tertanya-tanya. Siapalah punya gerangan yang cukup rajin untuk buat gambar itu dan sebarkan kepada semua orang di facebook. Ini antara kebaikan menggunakan facebook. Berita sentiasa tersebar dengan berjaya dalam 1 hari walaupun kita cuba menghalangnya.
Berbalik kepada isu perlukah blogger dibayar?
Jawapannya cukup mudah.
PERLU.
Di negara maju yang lain, satu artikel dibayar paling tinggi 500 dollar. Bahkan bagi blogger popular dan blogger terkenal ada yang menarima bayaran lebih dari 1000 dollar bagi satu-satu advertorial atau review positif.
Tapi di Malaysia, lain permainannya. Mungkin industri blog dan blogger di Malaysia ini masih berada ditakuk lama. Para blogger dimomokkan bahawa dengan tulis blog boleh buat duit dengan banyak-banyaknya. Tulis artikel dan boleh dibayar dengan tinggi. Jadi, semua orang mula tulis blog. Peningkatan yang ketara bermula pada tahun 2009 sehinggalah hari ini. Hampir kebanyakkan blogger mula menulis blog dengan serius dengan harapan boleh tambah pendapatan sampingan.
Maklumlah..banyak benar benda yang dah naik harganya walaupun cuma harga kangkung aje yang turun. Tapi penurunan harga kangkung belum cukup ampuh untuk membantu rakyat Malaysia dalam meneruskan kehidupan harian yang penuh dengan ranjau dan duri-duri landak yang tajam.
Jadi, kenapa perlu bayar blogger mahal?
Lihat gambar dibawah.
Ingat senang ke nak perah idea untuk hasilkan artikel yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik dengan apa yang kita tulis dalam artikel tersebut? Ingat senangkah nak buat orang komen dan berkongsi pendapat dalam artikel kita itu? Ingat senangkah nak tulis satu artikel yang boleh meletup dan mampu tarik perhatian orang lain untuk baca apa yang kita tulis? Jadi, kenapa tidak boleh mereka dengan satu harga yang berpatutan? Itu belum campur dengan tak cukup tidurnya lagi..
Jadi, apabila ada isu blogger tidak dibayar untuk buat kerja seperti menulis review, menulis advertorial, melakukan promosi untuk sesebuah syarikat dan membuat “AWARENESS” untuk produk-produk tertentu dengan sewajarnya, pasti akan ada yang panas hati. Dan lebih NGERI lagi, mereka cuma bagi goodies yang kadang-kadang tak sampai RM20 pun. (Ya, gua banyak kali dapat). Tapi diminta promosi bagai nak rak untuk syarikat tertentu. Kadang-kadang, tak ada bayaran langsung kerana tak ada bajet dan meminta kita melakukan promosi atas dasar sahabat dan juga atas dasar membantu BANGSA sendiri.
Terasa macam tak berbaloi dengan usaha korang itu, bukan?
“Beb..orang lain pun nak makan nasi. Ingat lu orang aje suka makan nasi?”
…
….
Dan isu ini tidak terhad kepada penulis blog sahaja. Ia juga membabitkan perekacipta website, Photographer dan yang sama waktu dengannya. Setiap kerja, harus ada bayarannya. Tak ada yang percuma didunia ini. Setiap orang ada mulut yang minta disuap. Ada perut yang menyanyi lagu-lagu rock setiap hari. Minta disi dengan nasi dan lauk kangkung. Kalau ada rezeki, dapatlah ayam goreng rangup pedas kaw meletup. Cicah sambal belacan. Apa ingat, lu orang aje nak makan sambal belacan? Kami pun mahu juga!
Cadangan dan nasihat
Kepada semua advertiser, syarikat-syarikat yang berminat menggunakan blogger sebagai agen pengiklanan atau untuk mempromosikan produk korang, sila buat bajet dan sediakan sedikit imbuhan berbentuk wang tunai untuk mereka. Tak banyak pun tak apa. Paling teruk pun RM100. Itu harga paling murah untuk 1 artikel yang berkualiti. Lihat kekuatan para blogger. Ada yang boleh korang approach dengan harga RM100. Tapi untuk blogger hebat, blogger popular dan penulis blog yang berkualiti, RM300-RM500 adalah harga yang normal bagi mereka. Korang bukan sahaja dapat promosi yang hebat dari segi penulisan, korang dapat exporesure di laman facebook, group facebook, twitter, instagram penulis blog itu secara tidak langsung. Lebih hebat lagi, artikel mereka akan kekal di search engine untuk satu tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi jika penulis blog itu bijak memanipulasikan teknik SEO dalam artikel itu.
Ini salah satu bayaran advertorial yang pernah aku dapat. Tak susah kerja dengan diorang ni. Siap kerja, tak sampai sehari terus dapat bayaran. Takde banyak songeh.
Jadi, tak rugi bayar MAHAL untuk penulis blog. Kalau tak mahal pun, sekurangnya biar berpatutan. Hasil yang para advertiser dapat pasti lebih dari apa yang dijangka. Cuma, kena BIJAk memilih. Siapa penulis blog yang korang harus pilih itu, pilihannya ditangan korang. Salah pilih, artikel tak meletup, trafik tak banyak, produk gagal diketahui oleh ramai orang, ayat dalam artikel tak menarik dan tak cukup ZINGnya untuk tarik perhatian para pembaca. Itu salah korang kerana memilih penulis blog yang lemah. Dan tak guna korang salahkan mereka. Mereka dah cuba yang lakukan yang terbaik. Yang silap, korang. Sejak awal lagi.
Kesimpulan.
Oleh itu, cari mereka yang boleh buat apa yang korang hendak. Yang boleh beri AWARENESS tentang produk korang dengan hebatnya sampai sales tak terhenti setiap hari.
Itu sahaja nasihat dari aku. Boleh contact aku kalau nak aku tulis advertorial disini. Harga aku tak murah. Harga aku juga tak mahal sangat. Tapi aku akan pastikan artikel itu mencapai apa yang korang mahukan.
…
….
Sekian, terima kasih.
11,966 total views, 1 views today
sedapnya baca artikel ni sambil melantak otak2.. 😛
pos kat FA sikit otak22222 kawww tu.hahahah
Ohh..makan sorang-sorang ye.
Tak ajak pun.
hahaha..FA suka entri ni.FA pun suka arnab tu pengsan.hahaha..letih taw!
arnab tu juga yang hang nampak rupanya ye. Haha..
haha xblh belah arnab tu..
haha..
memang tak bleh blah langsung.
hebat arnab sampai terlentok..haha. betol kata bro bukan senang nak menulis nak kena perah otak kasi idea keluar. 😉
Memang kena perah otak maa.. 😆
blogger jangan dikangkungkan pendek kata gitu
Kangkung itu sangat sedap dan murah.
advertorial yg penah aku terima, tak penah dpt goodies mlaenkan voucher, hohoho.. tang event, mmg aku tak pergi, jauh..
pehh..event blogrrr..sanggup plak hang datang eh. hehe
hehe… kalo ade event yg diorang leh tampung segala kos2 aku, ok je nak pegi..
event blogrrr, blakang kire…
Emm saya ada gak dapat tawaran review blog..Murah je..RM20..sekurang2 saya tahu itu harga yang selayak dan memang layak untuk saya..haha..macam kelakar lah pulak gambar kat bawah tu..hahahahahahaha…. 😆 …
Hang dah boleh naikkan harga dah patutnya. Blog hang tu dah kira cukup kuat dah sebenarnya. Rm100 satu artikel pun dah ok dah.
jangan kata entry review yg nak kena cari idea.. kadang2 nak tulis entry peribadi pun sekrat jalan sebab tiba2 je tak tahu nak tulis apa..sekarang brg semua mau pakai duit, tambah2 kalau fulltime blogger…
mana-mana artikel pun kena perah idea. haha..
Terbaekkkkkkk! Hidup En Titan… 😆
Apa yang terbaiknya nih..
ingat senang ke nak perah otak, cari idea nak karang ayat kat entri…nak free je…adehhh…
gambar last terbaik….HAHA
haha..
aku masa jumpa gambar tu memang gelak habis.
no komen..belum pernah dapat advertorial.. blogger newbie la katakan hehe
Nak free atau murah tulis sendiri la. Suruh orang buat apa. haha. Eh, ni arnab yang hang bela tu ke? 😛
bila masa plak aku bela arnab nih wehh..
Bukan hang bela Rabbit ke? Eh eh, rabbit tu kucing kan? Hahahaha.
Ha..
Dah gerharu, cendana la plakk.. 😆
blogger pun cari duit jugak kan ? malaysia je pelik2 nak byr murah
nak buat macam mana, sabarkan ajelah jawabnya.
Wahaha..
Hurm.. gelak-gelak jugak kan..
Tapi bak kata orang putih, It does makes sense..
Perah idea satu hal, nak jaga struktur dan susunan ayat kerja lain pulak..
Takkan nak mintak preeeee ajerrr.. hulur la setimpalnya..
Bukan tak boleh free, tapi agak-agak la.
Kadang2 ada juga dalam kalangan blogger yang bunuh market sendiri. Kerana terlalu mengharapkan job, bagi cekelat pun diterima. Akhirnya.. Nah! Terimalah. Advertiser pandang rendah pada blogger. Mereka sewenang-wenangnya meletakkan harga blogger ke tahap paling tak masuk akal. Kesian kepada yang bertungkus lumus membina kredebiliti bertahun-tahun.
nak wat camana, terpaksalah hadap dan belajar terima hakikat..
kesian ‘jebbit’… penat ye… meh sini jebbit-jebbit tuh~ nak pok-pok, dia….
btw, dlm proses mengasah skill lagi… huhu~
Siapa jebbit ni sebenarnya???
Musykil aku weh.
haha kangkung dekat kampung aku free hehe
kat kampung nenek aku pun free maa..
kalau dapat rm20 pun dah ok bagi saya tapi sedih pun ada juga kalau ada kawan mintak promote free,, mcm diperguna pun ada,, serba salah jugak nak say no but i say no jugak,, huhuu
bayar mahal perlu pada tempatnya..jika bayar murah untuk blogger hebat merupakan tindakan yang tak patut!
dulu2 aku pernah perah santan kelapa
penat juga jari tangan
setuju. sebab ade sesetengah pengiklan pandang enteng terhadap blogger. kena setimpal dengan hasil kerjanya.
sesetengah advertiser memandang remeh terhadap ability blogger… mereka nak produk mereka terkenal tapi tak nak keluar modal yang lebih…
Blogger kena pandai, jangan jadi tikus ditarik hidung. Lol
Bila ramai ramai aware, benda ni tak menjadi masalah bagi kita
Hurmmm kompeni mane la nak amik aku jadi blogger review model depa… hehe
Sudah tentu kualiti kerja yang dihasilkan sepadan dengan bayaran. Kalau tidak penatlah. 🙂
bro adalah orang yang menaikkan para blogger, tahniah dan terus maju..
Moga tak ada lagi yang suruh promote free lepas nie 😉
Bagi semua advetorial kat en.titan je la, mcm kesian pula baca.. 🙄