Sylvestar Stallone.
Nama ini macam biasa dengar, bukan?
Ya. Filem terbaru dia “ESCAPE PLAN”.
Dah tengok?
Tapi, tahukah korang beberapa kisah dan detik sedih dalam kehidupan Sylvestar Stallone sebelum dia mencapai kejayaannya seperti hari ini?
Sylvestar Stallone pernah ada saat kejatuhannya. Dia jatuh miskin dan hidupnya melarat. Sampai satu saat, dia CURI barang kemas isterinya dan menjualnya. Dan lebih teruk lagi, dia kehilangan rumah dan terpaksa tidur di stesen bas New York selama 3 hari berturut-turut. Korang pernah tidur kat stesen bas, teruk kan?
Ya. Dia tidur kat situ sebab tak mampu dah nak bayar sewa rumah dan membeli makanan. Dan lebih keji lagi, dia cuba jual anjing kesayangannya itu kepada sesiapa sahaja di sebuah kedai arak. Ini kerana dia sudah tidak ada duit juga untuk beli makanan untuk anjingnya itu. Akhirnya, dia berjaya jual anjingnya itu dengan harga 25 dollar sahaja. Dan dia menangis selepas itu..
2 minggu kemudian, dia menonton perlawanan “boxing” antara Mohammad Ali dan Chuck Wepner. Perlawanan itu memberikan dia idea dan inspirasi untuk menulis sebuah skrip bagi filem popular, ROCKY. Dan percaya atau tidak, dia tulis skrip itu dalam tempoh 20 jam sahaja.
Dia cuba jual skrip itu. Ada yang menawarkannya dengan harga 125,000 dollar. Tapi dia ada satu permintaan. Dia mahu menjadi hero atau STAR dalam filem tersebut. Baru dia bersetuju untuk jual skrip itu. Sayangnya, permintaan beliau ditolak. Mereka mahukan “REAL STAR”. Bukan orang biasa. Mereka mengatakan bahawa Stallone adalah seorang yang kelakar dan suka bercakap tak serupa bikin. Kiranya, macam poyo sikitlah masa tu kot. Dan dia blah dari situ dengan skrinya itu.
Dan selepas itu, dia ditawarkan pula dengan harga 250,000 dollar untuk skrip itu. Dia tetap menolak. Dinaikkan hingga 350,000 dollar pulak, dia masih tetap menolaknya kerana permintaannya yang satu itu tidak diterima. Mereka mahukan skrip itu. Bukan dia.
Apa yang Stallone beritahu mereka?
“No. I had to be in this movie!”
Dan akhirnya mereka mengalah. Tetapi cuma membayar 35,000 dollar untuk harga skrip dan menerima Stallone sebagai hero dalam filem ROCKY.
Dan sejarah Sylvestar Stallone terbina dan tercipta. Dan korang semua tahu apa yang berlaku selepas itu.
- Filem ROCKY memenangi BEST PICTURE awards di Oscar Awards
- Filem ROCKY memenangi BEST DIRECTING awards di Oscar Adwards
- Filem ROCKY memenangi BEST FILM awards di Oscar Awards
- The Movie ROCKY was even inducted into the American National Film Registry as one of the greatest movies ever!
- Dan filem beliau yang lain seperti First Blood, RAMBO, Β The Expandables semuanya dok meletup-letup kaw best gila tengookkk. Oh..dem heji.
- 3 filem yang dilakonkan oleh beliau ROCKY, RAMBO dan The Expandables, semuanya bersiri-siri. Tak banyak pelakon filem luar yang boleh buat macam nih..
Dan korang tahu apa yang dia beli selepas dapat duit sebanyak 35,000 dollar itu?
Anjing kesayangannya.
Stallone terpaksa menunggu selama 3 hari untuk menunggu orang yang membeli anjingya dulu tu muncul dikedai yang sama. Selepas 3 hari menunggu, orang yang membeli anjingnya itu muncul. Stallone terangkan sebab mengapa dia jual anjingnya itu. Tetapi lelalki itu enggan menjualnya. Stallone cuba naikkan harga ke 500 dollar. Tetapi lelaki itu masih tetap tak nak jual. Kemudian, naik lagi ke 1000 dollar. Tetap tak nak jual. Sehingga satu tahap, dia naikkan harga ke satu angka yang agak tinggi. Korang rasa berapa?
15,000 dollar!
Untuk harga seekor anjing kesayangannya yang sebelum ini cuma berharga 25 dollar sahaja.
Dan hari ini, orang yang pernah menjual anjingnya dengan harga 25 dollar itu dan juga pernah tidur distesen bas selama 3 hari adalah merupakan salah seorang Bintang Filem yang dikagumi dan dihormati di Bumi.
Being broke is BAD. Really BAD. Have You ever had a dream? A wonderful dream? But You are too broke to implement it? Too tiny to do it? Too small to accomplish it? Damn! I’ve been there too many times! Life is tough. Opportunities will pass you by,just because you are a NOBODY. People will want your products but NOT YOU. Its a tough world. If you aint already famous,or rich or “connected”,You will find it rough. Doors will be shut on You. People will steal your glory and crash your hopes.You will push and push. And yet NOTHING WILL HAPPEN. And then your hopes will be crashed.You will be broke. Damn broke. You will do odd jobs for survival. You will be unable to feed yourself. And Yes,you may end up sleeping in the streets. It happens. Yes,it does. BUT NEVER LET THEM CRUSH THAT DREAM. Whatever happens to You,Keep Dreaming. Even when they crush your hopes,Keep Dreaming. Even when they turn you away,Keep Dreaming. Even when they shut you down,Keep Dreaming. NO ONE KNOWS WHAT YOU ARE CAPABLE OF EXCEPT YOURSELF! People will judge You by HOW you look. And by WHAT You have. But please,Fight on! Fight for Your place in history. Fight for your glory. NEVER EVER GIVE UP! Even if it means selling all your clothes and sleeping with the dogs,ITS OKAY! But AS LONG AS YOU ARE STILL ALIVE,Your STORY IS NOT OVER. TRUST ME. Keep Up the Fight. Keep your dreams and hope alive. Go gerrit.- Sylvestar Stallone.
Kesimpulan.
Korang ada impian? Ada cita-cita yang masih belum tertunai? Ada keinginan yang masih belum tercapai? Terlalu sukar untuk melakukannya? Terlalu sakit untuk melaksanakannya? Tidak berupaya mencapainya dengan segera? Sylvestar Stallone dah lalui semua itu. Susah payah, penderitaan, penghinaan, cacian dan kutukan. Semuanya beliau dah rasa. Dan beliau mampu bangga dan tersenyum atas segala usaha beliau itu walaupun pernah jatuh ditimpa tangga-tangga kesusahan.
Dan aku juga dah lalui semua itu. Alhamdulillah, sedikit sebanyak impian aku ada yang dah tercapai. Yang belum tercapai termasuklah nak kahwin empat tu, akan aku usahakan sedikit masa lagi. Yehh!
Semoga, korang juga akan lebih berjaya dan dapat capai impian korang semua.
Usaha yang berterusan itu biasanya membentuk lif-lif kejayaan – Encik Titan.
Sumber – Β Wikipedia Sylvestar Stallone
Ps: Fuhh, penat translate macam-macam tadi.
12,395 total views, 1 views today
ni feveret film star ever…tak pernah jemu tengok filem2 dia terutama Rambo…
errr…apesal ejaan nama dia lain ek?bukan Sylvester ke?hehe
haha..tersilap aje. terbuat “star” la plak. haha..biarlahh.. π
Inilah hero OTAI kesayangan gua tau… Hahaha
ini salah satu hero semua lelaki maa. haha..
ada gak termenyelit komen yg kat entri 5 sebab kenapa perlu nikah akak tu ye Encik Titan? Akak salute berjutalion dgn org sehebat sylvestar stallone dan sorang lagi yg berkaca mata tu. Anda semua penyumbang semangat buat akak. Syabas dan tahniah buat akak lebih bersemangat utk meneruskan kehidupan yg mmg dulu2 sering ditimpa tangga2 kesusahan. Now kejayaan bakal mendatang
Ya. Bukan senang nak membentuk lif-lif kejayaan ni sebenarnya. hehe..
haha minat juga cerita rambo, cuma kalau dia bua sekuel judge dread lagi best kot
haa..
dred pun best. aku memang tengah cari filem dred lama-lama nih.
judge dreg eh…I’m the law…hahaha…
teringat lagi beli VCD ni kat PS.
antara Hero yang diminati… bibir dia seksi.. huhu~
btw, baru tahu yg pelakon popular sorang nih pernah hidup dlm keadaan yang amat susah…. 1 kisah hidup yg boleh dijadikan iktibar…
ehhhh..
suka bibir dia ehh.. π―
Gua ada jugak something in common dengan Sly ni.
apa yang somthing in common tu???
Antara aktor kegemaran saya. Filem kesukaan saya adalah Rambo dan tidak suka menonton Rocky.
ROCKY mula-mula aku tengok, tak berapa faham. Tapi bila layan tengok dari rocky 1 hingga yang akhir tu..baru la rasa seronok sikit. Hehe..
Rambo? tetap feveret sepanjang zaman.
XYL aku layan Rambo 1~4 boleh kata tiap2 hari mase dia tak kerja dulu2…hahaha
memang terinspirasi membaca entri ini…ada suntikan motivasi untuk terus berusaha..
Semoga membantu walaupun sedikit. π³
dah pernah baca cerita ini. Satu lagi fakta ttg Stallone adalah kecederaan yang beliau alami masa dilahirkan memberi kesan kepada cara beliau bertutur. Tapi, ia tidak menghalang beliau untuk terus berjaya. Satu inspirasi kepada kita semua π
Yap.
Ada gak pernah baca dulu. Tapi tak tahu blog mana satu. π
Ya ke begitu kisahnya. Filemnya memang masih diminati walaupun beulang-ulang ditayangkan namun masih tak puas menontonnya.
Yap. Memang tak puas. Tonton banyak kali pun tak apa. π
pergh..memang idola gua semasa kecil ni..selalu bermain konon-kononnya jadi rambo..hahahaha..tapi kisah hidup dia ini betul2 hebat..memang patut dia jadi ‘rambo’…dan satu lagi semoga tercapai juga la impian bro nak kahwin 4 tu
idola budak-budak sepanjang hayat.
sungguh memberi sumber inspirasi
Mudah-mudahan, begitulah hendaknya.
Nanti saya tonton.
motivasi ni sangat membantu, memang tengah agak down sekarang ni. Thank you π
Kenapa plak tengah down? Kena up selalu. hehe..
keji ek jual anjing sndiri? hehehe…
wa layan filem rocky dan rambo ni masa kecik2 dulu… ingat lagi babak dia jahit luka kat tgn dia hidup2… urghhhh~
rambo memang best.
stallone memang pandai menjahit. hehe..
Yela citer rocky memang meletop..
tanpa impian mimpi takkan menjadi nyata..
sangat terinspirasi..
marilah sentiasa berimpian. π
cerita yg benar2 memberi motivasi.FA pun nak dan AKAN berjaya sperti dia.InsyaAllah π
nak berjaya macam dia?
nak jadi pelakon ker???
dak la…nak menjadi org yg memberi manfaat kpd org lain π
Saya suka filem rocky..yang lain tak tengok mana..hehe..
Takkan cerita rambo ko tak tengok kot..
Rocky memang filem top kot..aku ingat lagi tengok citer ni ramai2 masa kecik dlu.
Kalau tengok ramai-ramai dulu, memang syok habis. hoho..
memang sangat memberi motivasi dan inspirasi…maceh..memang kalau nak diikutkan kegigihan dia tu dan idea brilliant dia tu tak dapat disangkal lagi..bijak..kalau dia hanya jual skrip tu..dia nobody…:D
dia faham konsep tu. Jual skrip aje, dok belakang tabir la jawabnya.
owh… baru aku tahu pasal skrip dan kisah cerita awal beliau.. mantap.. ada pengajaran…
aku pun tak tahu. Terbaca dan aku terjemah ikut bahasa aku. haha..
Bila dia buat comeback tu memang terus jadi filem yang ditunggu-tunggu pulak kan….
yap. sebelum cerita rocky tu, dia ada gak berlakon. Tapi lepas dia jatuh lama tu..dia datang dengan filem rocky. filem tu yang kasi letup lagi nama dia.
Motivasi menarik π First time dengar kisah Sylvestar Stallone. Tak sangka dia orang susah dulu.
Lepas nih artis mana lak punya cerita?
Dia memang artis. Dah pernah berlakon filem pun. Tapi lepas tu dia jatuh. Filem rocky ni yang naikkan kembali nama dia.
Wah! Teruja, teruja! π―
Wah, sampai terujua ekau dibuatnya yek.
Banyak kali jugak aku baca kisah dia ni
oooo baru tau…
otai lama ni power byk kejayaan yang die bt dlm industri filem
Minat Stallone ni start cerita Rambo la. Lepas tu Rocky. Cerita The Assasins pulak penuh falsafah. π
Pernah dengar lagu tema filem Rocky? betaul2 naikkan semangat