Pernah tak korang dapat flyers atau baca kat mana-mana iklan dalam majalah yang tiba-tiba ada bagi kupon diskaun ataupun voucher RM10 ke RM30?
Kalau korang pernah jumpa, apa yang korang lakukan selepas itu?
Ya.
Ya.
Sama seperti yang aku lakukan. Gunting dan simpan elok-elok.
Biasanya aku letak atas meja aje. Berselarak bertaburan begitu. Sampai kekadang kena kebas dengan adik perempuan aku yang kuat gila makan piza. Tinggal satu dua aje tinggal kupon piza aku tu. Grr..
Kot-kot terpergi tempat yang boleh kita guna kupon atau voucher tu, bolehlah beli barang dengan harga yang lebih murah dan kadang-kala voucher yang RM10 atau RM20 tu boleh bantu kita sedikit untuk beli barangan keperluan harian. Malah, dah banyak kedai shopping online yang keluarkan voucher untuk tarik perhatian pembeli untuk membeli dikedai mereka.
Dan korang-korang yang selalu pergi EVENT blogger tu, mesti banyak dapat voucher sana-sini, kan? Okeh. Bolehlah simpan elok-elok dan gunakan bila perlu. Memang ada sesetengah orang tak berapa pandang sangat bab voucher atau kupon ni. Itu punya jenis orang, aku tak ada masalah dengan mereka. Itu gaya hidup mereka. Itu yang mereka fikir. Itu hak mereka. Kita tak boleh nak kata mereka kolot atau bangang sebab tak nak guna kupon atau voucher.
Kalau diorang tak nak, boleh bagi kat aku. Haha..
Bagi yang nak dapat voucher macam-macam, boleh gi Cuma korang kena daftar dan isi borang terlebih dahulu. Barulah korang dapat voucher khas ikut keperluan dan kehendak korang. Ada pelbagai jenis voucher yang korang boleh dapat selepas register secara online. Nak shopping online pun boleh, nak beli direct kat kedai pun boleh. Tapi majorit voucher biasanya sesuai bagi mereka yang dok dekat dengan pasaraya-pasaraya besar seperti TESCO, AEON, Econsave, Giant dan sebagainya. Ada juga pasaraya tempatan yang masih bagi flyers dan kita kena gunting voucher atau kupon tu kalau kita nak gunakan.
- Dah, pi daftar kat sini – .
Ps: Cendol banting tak perlu kupon diskaun atau voucher. Harga masih 1 ringgit semangkuk. Hehe..
24,026 total views, 1 views today
Rajin juja kumpul baucer dan kupon salah satu cara untuk jumat berbelanja.
Yap. Selagi kita boleh berjimat, kita jimat.
Voucher Jusco la paling best, dulu pernah menang contest voucher jusco rm300… dapatlah beli sepasang kasut yg sangat selesa dipakai hingga skrg… worth buying
peh. untunglah hang.
mesti tak ingat nak belanja gua masa tu. haha.
Dengan voucer dan kuponlah dapatlah berjimat cermat
Betul tu. Jimat sikit kan
bijak… bijak…
den tgh sedut ilmu ayat manis cekgu cendol ni 🙂
ayat manis bendanya nih..
Voucher KFC dan Pizza ni mmg selalu dapat ehhh.. Hujung2 bulan lepas gak duit makan malam
Yap. Lepas la apa-apa yang patut kann. hehe..
Rajin jugak ko kumpul baucer dengan kupon ye. Haha. Kalau beli pizza domino tu selalu memang dapat kupon.
domino antara yang paling senang dapat kupon. Rajin benar diorang bagi kupon. hehe.. 😆
kalau kumpul banyak2,,, bila pakai,,, JIMATTTT
Yap. Memang jimat yang amat. 😆
cendol Banting tetap best ! heheheh
Hehe.
Tau takpe. 😆
Kalau kumpul je tak guna..haha, sekali tengok dah tarikh luput.
Macam selalu terkena juga dengan saya..
hehe..
jap gua pergi tengok. 👿
laaa,, baca entry ni baru teringat,, hari tu dapat voucher dari tesco,, tak guna lagi,, aiyaakkk,, kena pergi nih,, huhuu
mohon belanja gua.
ini lah cara utk berjimat…. guna kupon, dpt murah skit….
betul tu. Kadang-kadang dapat jimat banyak juga.. 💡
Bolehlah kan.
Sekurangnya, lepas la apa-apa yang patut. 😎
Hahaha cendol tu xley blah…
main stream ya cendol sekarang ni… sohoque ng abg iezil lah kuat…
Diorang memang kuat makan. 😈
Pernah juga dapat ketika beli biskut. di dalam ada kupon KFC potongan RM10. Itu oklah jika beli dgn dgn harga sebenar RM30 lebih, jika dipotong RM10, jadilah Rm20 lebih je…
Oklah tu, dapat la berjimat sikit. 😉
Nak start kumpul voucher la mulai sekarang ni..
Okeh.
Sila kumpul yek.
Voucher dari My Mega Sale Shopping kembali lagi…
Haha.
Tak tahu plak dah kembali.
Jom sesama kumpul voucher ni
Jom, mari kumpul kupon banyak-banyak. Yehh!
Cambest jer kumpul voucher nih… Saya biasanya simpan voucher Dominos jer.
Ok la tu. Leh makan piza plak hari-hari.
yang penting baru tadi gua dapat kopun tuk makan esok..untuk ambil voucher bantuan banjir esok..hahaha
Rezeki tu.
Tahniah. Kalau ada lebih, sila hantar ke rumah yekk. 😀
Slalu ada selit dlm Astroview, tapi tak pernah guna pon.. Huhu
Mulai sekarang, rajin-rajinlah guna yek.
tips penjimatan ni.kumpul lah voucher hatta RM10 sekalipun… 🙂
Hehe..
selagi boleh jimat. kita jimatlah yek. 😎
Tak pernah lagi ambil peduli sangat dengan vaucher-vaucher ni…taoi nampaknya nak kena peduli sekarang…barang semua dah mahal!
Haha..
tau takpe! 👿
selalu ignore je kupon ni… 🙁
lepas ni nak kena consider balik… 😛
hehe..sekarang, kena rajin jeling-jeling kupon. 😆
yang selalu puteri dapat voucher pizza..naik muak dah nak makan pizza..hehe
sifuuuuuuuu..nak baucer KFC tu satu..hahaha
Bila agaknya cendol banting tu nak naikkan harga..haha
Tips bagus nie…. so bila boleh jimat duit untuk makan lunch or dinner
Bagaimana cara sy untuk mendapatkn baucer..?
Sy ingin mendapatkan baucer pasaraya econsave..