Esok dah kerja.
2 hari bercuti ni, rasa hati lebih gembira.
Balik Banting dan sempat merasa Β makanan emak dengan penuh kasih sayang. Siap berebut dengan adik lelaki lauk-lauk yang emak masak. Emak cuma tersenyum sebab dia tahu..
kami memang anak-anak lelaki emak yang ensem. Haha.
…
….
Semalam, sempat la juga gi shopping dengan emak. Emak aku jenis tak suka shopping online. Dia tak reti nak main internet. Yang pandai, dia reti main game Candy Crush Saga sahaja. Itupun, sakit kepala juga aku nak bagi emak aku faham. La ni..dah nak dekat level 100. Entah apa yang emak aku buat..tau-tau dah jauh ke level itu.
Gi pasaraya Megah. INgatkan emak mahu gi beli tudung ke shawl hijab fesyen terkini itu ke..telekong ke. Sekali, dia gi kat bahagian buah-buahan.
“Mak nak apa?”
“Buah strawberry.”
Petang itu, aku kena paw dengan mak sendiri. 5 bekas kecil yang berisi strawberry yang memang besar dan segar. Aku tahu, khasiat buah Strawberry ni memang banyak. Bagus untuk kesihatan dan memacam lagi. Tapi, takkan la sampai banyak tu, kan?
Dan sebelum aku balik ke rumah sewa tadi, emak sempat hulur 2 bekas untuk aku.
“Lahh..mak yang nak makan, kan? Apsal bagi orang plak??”
“Ambil je. Mak bukannya nak makan sangat strawberry tu..” jawab emak dengan laju ketika aku tengah start engine Black Saga aku itu.
“La..habis tu, watpe suruh orang belanja plak semalamm..” tanya aku. Pelik.
“Saje.”
…
….
Itulah emak.
Yang cantik dan rupawan. Kreatif memasak dan pandai menjahit. Serta mempunyai deria ke 8 yang tak ramai orang dapat. Mak aku, tahu aje bila masa aku sakit. Even aku demam kura-kura pun dia tahu. Huh..pelik. Tapi yang paling best, sambal belacan emak. Memang champion. Even orang kedai pun tak leh lawan. Haha..
Pandai bapak aku pilih.
Aku tahu, mak saje je nak keluar jalan-kalan dengan aku. Bukan selalu aku keluar berdua dengan emak. Masa dah kerja ni, hujung minggu ajelah dapat jumpa. Kekadang, sebulan baru balik. Jadi, tak hairan mak rindu. Mungkin aku tak rasa apa yang emak aku rasa. Kat sekolah tak ajar bab ini. Kat seminar hartanah jauh sekali. Kat universiti lagilah tak ada. Aku fikir, mungkin sebab aku tak ada anak lagi. Belum jadi mak bapak lagi. Pengalaman belum cukup. Masih hijau laksana. Jadi, itu tidak hairan apabila tidak berlaku pada aku. 100% akan berlaku pada mak bapak. Pasti rindu akan anak-enak mereka.Β …
…
….
“Mak, orang dah sampai rumah.”
Ini sms wajib yang perlu aku hantar, sebaik sahaja aku selamat sampai ke rumah sewa aku.
Kesimpulan.
Sayangi emak korang dan emak aku. Okeh?
7,532 total views, 2 views today
anak emaik ni. bagus-bagus.
Memanglah anak emak aku.
Habis anak siapa lagi. Haha
deria 8, mmg bhaya woo.. aku dah kene gak bru2 ni tp benda tu lom sampai lg kat umah.. dah sampai, bru nak citer lam blog.. hang tggu post aku nanti, hahaha..
sayangilah mak aku jugak.. haha
Apa plak bahaya.
Itu anugerah untuk emak gua. Gua hormat dan kagum.
bahaya dari aspek seorang mak yang kasih anak.. π
sempoi lah… aku pun tak pernah main candy crush… hehehehe
Peh.
Hebat hang tak pernah main candy crush saga.
Kita tak rasa apa yang mak kita rasa…huhu. Seorang ibu amat menyayangi anaknya…
Mana-mana ibu pun memang sayang anak maa..
selamat hari emak hari2…
Yahh..
selamat hari emak setiap hari. hehe
mak.jangan lupa belanja FA cendol ek.eh.hahahhaha
Bila nak belanja aku cendol ni haa??
ehehhe… kadang2 bunyi macam ganaz… rupa2nya, manjerrr… ehehhee
Biasalah tu.
Haha..nama pun anak emak kannnnnnnn..
ayat last tuh buat tergelak jer…
tiba-tiba pula kita kena sayang mak dia… huhu~
btw, deria ke-6 tu biasa dengar. Deria ke-8 ?? hurmm~ kena menuntut dengan mak hang nih, klu nak dapat deria ke-8…
Tak.
Itu anugerah, semua emak-emak ada maa biasanya..
Saya sayang mak saya. π₯
Semua orang sayang emak masing-masing maa..
Sweetnya…jadi syahdu gitu baca entry ni, terus teringat makk.
Leh bagi sikit sambal belacan mak tak!! π
sambal belacan emak?
sudah habis. Haha..
sesetengah org malu bila digelar anak mak. Diorg mungkin kurang kasih sayang mak barangkali.
Sayangilah mak kita, sayangilah ibu bapa kita
Yap.
Sayangilah emak-emak anda semua.
alololo so suuwiittttt π
Aku memang manis orangnya. Haha..
sayang mak
semalam temankan mak aku gi cari orang nak jual kambing
punya la jauh
sudahnya beli kambing kat kampung sendiri
haha
Wahh..
mahu buat kenduri kahwin lagi sekali kahh??
Ok..tersentuh gak bila baca artikel ni…pandai encik titan mainkan perasaan…semoga emak tu seihat selalu dan sentiasa bertenaga untuk buatkan sambal belacan kesukaan anak-anaknya..huhu…biasalah…dah lama emak tu tak naik black saga tu..hehe
Emak aku yang rasmi dulu bila aku beli kereta saga tu maa.
haha..
baca entry ini boleh gelak sorang2 …
ada2 je en titan ini dalam entry bersama mak dia heheheheheh
Untunglah menjadi kesayangan anak emak. π
Balik bercuti makan dan luang masa bersama ibu bapa memang seronok dan menenangkan